Wajib Tonton

Top 9 South Korea Reality TV-Show Yang Popular

Pinterest LinkedIn Tumblr

Korea Selatan bukan sahaja popular dengan drama, malah rancangan realiti TV juga sangat popular di seluruh dunia. Admin ada listkan 9 rancangan yang popular, yang mana satu anda suka tonton?

1. Running Man

Running Man merupakan rancangan tv popular di serata dunia. Kini, Running Man sudah bersiaran hampir 10 tahun (lebih 500 episode) daripada 11 Julai 2010. Siapa sahaja yang tidak tahu rancangan tv ini? Ayah admin yang umur 69 tahun pun tahu.. hahaha. Mulanya dengan Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Lee Kwang-soo, Song Ji-hyo, Lizzy, Song Joong-ki dan Gary. Selepas Lizzy,Joong Ki dan Gary keluar, digantikan pula dengan Jeon So-min dan Yang Se-chan. Rancangan Running man lebih ke arah game yang dilakukan secara berkumpulan. Episode mana yang anda rasa paling tinggalkan impak kelakar?

2. Knowing Bros

Knowing Bros (Bahasa Korea: 아는 형님 : Aneun Hyeongnim). Rancangan TV ini merupakan konsep sekolah menengah di mana ahli tetap berlakon sebagai pelajar di dalam kelas sementara para tetamu akan datang sebagai pelajar yang baru dipindahkan. Sebilangan besar segmen untuk format ini menggambarkan aktiviti yang akan dilakukan oleh setiap pelajar dengan rakan sekelas mereka. Kalau bosan-bosan tu, boleh la tengok rancangan ni hehe..

3. Infinite Challenge

Infinite Challenge (Bahasa Korea: 무한도전;  Muhan Dojeon) diiktiraf sebagai pertunjukan “Real-Variety” pertama dalam sejarah televisyen Korea. Program ini sebahagian besarnya tidak ada skrip. Bermula pada tahun 2005, sudah lebih kurang 15 tahun bersiaran!

4. King of Masked Singer

King of Masked Singer merupakan rancangan pertandingan nyanyian diantara artis Korea. Tetapi, yang membuatkan ia unik adalah artis-artis tersebut harus memakai topeng muka untuk menyembunyikan identiti masing-masing. Best rancangan ni, admin suka sebab kita boleh menilai suara artis-artis tu tanpa melihat muka mereka. Ada yang admin langsung tak sangka suaranya sedap sangat! Haa..pernah tengok ke show ni?

5. Three Meals A Day

3 Meals A Day (Bahasa Korea: 삼시 세끼; Samsi Sekki) adalah rancangan memasak realiti Korea Selatan. Ia disiarkan pada malam Jumaat di tvN mulai 17 Oktober 2014. Rancangan ini mengisahkan tentang pelakon (ahli tetap) tinggal di sebuah desa kecil atau desa nelayan selama 3 hari dan menggunakan apa sahaja makanan yang mereka temukan di sana untuk membuat tiga makanan sehari. Sementara itu, pelbagai selebriti dari Seoul akan tampil sebagai tetamu untuk makan malam.

6. Youn’s Kitchen

Youn’s Kitchen adalah rancangan perjalanan realiti Korea Selatan popular yang mengikuti ahli tetap dalam perjalanan ke destinasi luar negara di mana mereka membuka restoran pop-up selama beberapa hari. Antara hidangan popular dari Korea dijual di restoran mereka. Boleh bayang tak Park Seo Joon jadi waiter anda? 🥰

7. Law of The Jungle

Pelawak Korea Selatan Kim Byung-man mencipta sendiri Kim Byung-man’s Law of the Jungle pada tahun 2011. Dalam rancangan itu, selebriti, termasuk pelakon dan artis K-pop, bergabung dengannya di lokasi terpencil di seluruh dunia untuk mengalami hidup di hutan liar. Di setiap lokasi, para tetamu ditugaskan untuk memburu, menyiapkan makanan, dan membuat tempat tinggal. Kim adalah satu-satunya ahli pelakon tetap rancangan itu. Admin sangat suka Kim Byung Man dalam rancangan ini kerana dia seperti seorang yang sangat pandai berada dalam hutan. Jadi. kalau sesat..tak perlu risau!

8. The Return of Superman

The Return of Superman atau dikenali sebagai Superman is Back merupakan rancangan dimana ayah selebriti dibiarkan menjaga anak-anak mereka sendiri selama 48 jam tanpa bantuan sesiapa, sementara isteri mereka meninggalkan rumah untuk menikmati “Me Time”. . Selama 48 jam, ayah dan anak-anak harus melakukan tugas yang telah ditulis oleh isteri atau para ayah perlu meneroka aktiviti baru bersama anak-anak mereka. Admin sangat suka triplets Daehan, Minguk dan Manse, rasa macam nak anak kembar 3 pulak. Eh!

9. 2 Days 1 Night

2 Days 1 Night merupakan rancangan dimana ahli-ahli akan pergi menjelajah seluruh Korea Selatan dan tidur selama 2 hari 1 malam. Mereka harus masak sendiri makanan-makanan yang popular di tempat mereka pergi dan ada beberapa aktiviti yang mereka lakukan untuk mengelak daripada kena hukuman (Seperti terjun ke dalam kolam dan sebagainya). Rancangan ini disiarkan dari tahun 2007 sehinggalah sekarang.

Yang mana satu pilihan hati anda? Admin memang suka Running Man dari episode 1 sehinggalah sekarang. Walaupun banyak sahaja peminat-peminat lama yang bercakap-cakap tentang rancangan ini mula bosan dan penurunan dalam rating. Admin rasa dengan kehadiran Seomin dan SeChan memeriahkan lagi suasana! Apa pendapat anda?

Idea penulisan datang dari kucing.

Write A Comment