Wajib Tonton

Top 5 Movie Thailand Paling Seram dan Popular Yang Anda Wajib Tonton

Pinterest LinkedIn Tumblr

Ramai diantara kita yang meminati movie seram lagi-lagi movie dari negara jiran Thailand kerana lakonan mereka yang seakan-akan realiti.

  1. The House

Movie ini mengisahkan kisah benar mengenai tiga pembunuhan yang dasyat yang berlaku kepada tiga wanita dalam masa yang berlainan. Seorang wartawan yang bernama Chalinee yang ingin mengetahui dan mencari maklumat mengenai kes pembunuhan ketiga-tiga wanita misteri itu sehingga membuatkan dia sebagai wartawan ingin menerokai dan mengetahui secara jelas kenapa mereka dibunuh dengan kejam. Chalinee berusaha mencari rumah dimana ketiga-tiga wanita itu dibunuh. Dia memberanikan diri ke sana dan tinggal di dalam rumah berkenaan. Dari mula dia melangkah masuk ke dalam rumah pembunuhan itu berlaku satu persatu kejadian aneh berlaku dan dia dihantui pengalaman yang mengerikan disitu.

2. Shutter.

Movie Shutter ini ditayangkan pada tahun 2004 yang mengisahkan jurugambar muda dan teman wanitanya yang menemui bayangan misteri dalam gambar mereka selepas mereka mengalami kemalangan tragik.

3. Laddaland.

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang berpindah rumah dan mereka mengalami peristiwa paranormal yang menyebabkan emosi dan mental mereka terganggu. Ini kerana di rumah yang mereka baru pindah itu menakutkan mereka dengan peristiwa aneh.

4. Pee Mak Phrakanong.

Antara filem seram paling laku pada tahun 2013. Mak merupakan watak lelaki dalam filem ini yang berkhidmat dalam peperangan. Mak meninggalkan isterinya yang sedang sarat hamil di rumah seorang diri kerana dia terpaksa menjalankan tugas di luar. Selepas urusan diluar selesai dan dia berjaya dalam perang. Dia mengajak empat orang rakanya ke rumah untuk memperkenalkan mereka kepada isterinya dan melihat bayi mereka yang telah lahir. Isterinya bernama Nak seorang wanita cantik dan diminati oleh ramai lelaki di kampung itu.

Mak pulang ke rumah seperti biasa dan melihat anak dan isterinya ada di rumah dan dia berasa sangat gembira. Ada orang kampung yang bercerita isterinya Nak telah mati sewaktu hendak melahirkan anaknya. Berita ini sangat mengejutkan Mak dan dia tidak dapat menerima berita ini kerana dia sendiri melihat anak dan isterinya baik-baik sahaja di rumah. Mereka mengalami peristiwa aneh dan kawan-kawan Mak yang datang ke rumah mereka itu mula berasa hairan dan yakin isteri dan anaknya telah mati dan muncul menjadi hantu. Mereka cuba sedaya-upaya untuk menyakinkan kawannya Mak yang isteri dan anaknya telah mati. Sukar untuk Mak menerima keadaan itu. Tetapi Mak perlu memilih sama ada hidup dengan isterinya yang telah mati itu sebagai hantu atau menerimanya sebagai realiti.

5.Dorm

Seorang remaja lelaki yang bernama Ton dihantar oleh bapanya ke sebuah sekolah berasrama supaya anaknya lebih berdikari. Ton mempunyai seorang kawan baru diasrama itu tetapi kawanya itu asyik bercerita kisah hantu yang menakutkan diasrama itu. Kisah budak lelaki mati lemas dalam kolam dan seorang gadis yang membunuh diri di asrama itu.

Hal ini menyebkan Ton tidak senang hati dan asyik dalam ketakutan. Tumpuannya untuk belajar juga hilang. Ton mengambil keputusan untuk berkawan dengan orang lain salah seorangnya ialah Vichien dan apabila dia menceritakan cerita hantu yang pernah dia dengar dari kawan barunya yang pertama itu barulah dia sedar sebenarnya itu adalah lelaki yang mati lemas. Dia terkejut ternyata kawanya itu adalah hantu.

Pasti kamu semua ingin mengetahui peristiwa aneh lain yang berlaku dalam movie ini. Jadi tontonlah sendiri filem seram ini untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik semua cerita seram ini. Pastinya ia membuat anda seperti berada dalam movie itu.

Kalau anda takut jangan tengok waktu malam tengok waktu siang ya. Movie seram Thailand ini memberi efek dari mula hingga akhir cerita kepada anda. Jalan ceritanya yang menarik pastinya tidak membuat anda berasa bosan malah menantikan apakah kesudahan kisah seram itu.

Write A Comment