Wajib Tonton

TOOTSIES & THE FAKE: Thai’s Comedy Movie! [RECOMMENDED]

Pinterest LinkedIn Tumblr

Hi welcome back guys! Macam mana sepanjang RMO ni, banyak tak lemak diternak? Hihi.. jadi harini admin nak share satu movie thailand yang lawak sangat! Quick introduction, Tootsies ni adalah satu group yang terdiri dari 4 orang, tiga orang gay dan seorang lesbian. Setiap sorang ni macam-macam perangai yang membuatkan jalan cerita ni lagi menarik!✨ Cerita ni tak lah berat mana pun nak perah-perah otak bagai, memang enjoy dari awal sampai akhir. Ni admin cerita sinopsis je lah eh, nanti spoil kena kecam pulak 😂

Let’s get started y’all!

Nak dijadikan cerita, Golf (yang gemuk) memang minat sangat dengan model bernama Cathy. Dah la baik, cantik, lemah lembut — even gay pun suka tau! Pastu kebetulan haritu jugak Cathy datang ke tempat kerjanya untuk servis makeup. Boleh imagine tak dia punya teruja jumpa idola tu, sampai terjadi satu accident tak dijangka. Disebabkan niat baik hati Cathy nak tolong Golf jatuh dari kerusi, dia terjatuh dan pengsan yang membuatkan Cathy kena tahan wad. Pada awalnya manager Cathy nak cancel schedule since Cathy tidak sedarkan diri tetapi mereka haruslah membayar ganti rugi sebanyak 50 juta baht! Dan semua masalah ni 100% geng Tootsies ni kena selesaikan.

Plan mereka adalah mencari orang yang mirip dengan Cathy. Cari punya cari, terjumpa lah Nam yang kerja kat kedai tomyam tepi jalan. Dengan pembedahan plastik yang sempurna, muka Nam sangat mirip dengan Cathy! — walaupun bertaring & bertelinga Dumbo…..tak jadi masalah untuk masa yang kritikal ni~ Tetapi satu je yang tak dapat diubah iaitu perangai. Si Nam ni sangat kasar, mulut tak ada insurans, tomboy.

Adakah misi Tooties berjaya menyelamatkan keadaan? Tengok lah sendiri ahahaha. Cerita ni available kat Netflix jadi pergi tengok sekarang! Sumpah lawak gila 🤣👍 Dan plot dia bukan pasal ni je!!

Natty dengan desperate nak anak demi memenuhi impian ibunya.

dan Gus dengan konflik cinta dengan bekas teman lelakinya.

Dengan semua plot cerita ni mampu membuat anda terhibur masa RMO ni! So let’s enjoy the movie~ Sesiapa yang dah tengok do drop your comment below. Byee!

idea selalu datang time termenung dalam tandas

Write A Comment