Wajib Tonton

The Pool : Movie Thai “Neraka 6 Meter”

Pinterest LinkedIn Tumblr

Hi semua! Bosan tak tahu nak buat apa dekat rumah memandangkan PKP dilanjutkan lagi 2 minggu! Admin nak kongsikan mengenai satu filem yang pada admin menarik jugak lah sebab penuh suspens jalan cerita dia. Untuk movie ini admin bagi 5/5 star sebab berjaya buat admin asyik terkejut 😅😅

The Pool merupakan filem Thailand yang bergenre thriller arahan Pung Lumprapleng yang dibarisi pelakon seperti Theeradej Wongpuapan dan Ratnamon Ratchirathan dan beberapa aktor tambahan yang lain. Filem ini mengisahkan sepasang kekasih iaitu Day dan Koi telah terperangkap di dalam sebuah kolam renang terbiar yang berkedalaman 6 meter!! What?! 6 meter!! Menakutkan 😱😱Tangga dan jalan keluar juga tiada ya!! Apa yang lagi menakutkan dekat kolam itu juga terdapat seekor buaya yang sama terperangkap selepas buaya tersebut keluar dari tempat persembunyiannya yang berdekatan dengan kawasan kolam itu lalu terjatuh ke dalam kolam itu!!

Mesti anda semua tertanya-tanya macam mana Day dan Koi boleh terperangkap dalam kolam itu dengan pakej sekali buaya termasuk. Okay jom admin sharekan sikit pasal filem ini.

Permulaan cerita sahaja sudah terdapat beberapa aksi yang agak memeranjatkan bagi admin😰 Okay cerita ini bermula dengan watak Day yang bekerja sebagai kru filen (Team Art) di suatu agensi. Pada hari kejadian, pihak produksi telah mengadakan satu shooting untuk iklan di sebuah kolam renang.

Selepas penggambaran selesai, semua kru telah balik dan tinggallah Day dengan seekor anjing peliharaanya yang bernama Lucky dan seorang rakan produksinya dekat kolam tersebut. Kejadian mendebarkan ini start pada hari last mereka shooting.

Selesai semua kru produksi balik, Day mengambil kesempatan untuk berendam dan berjemur sekejap dekat dalam kolam itu dengan menggunakan satu pelampung besar dan Day berbaring di atas pelampung tadi. Sedang Day berehat, rakan dia tadi hendak beransur pulang sebab hendak ke airport. Sebelum dia pergi, dia sudah mengingatkan Day bahawa dia telah menutup sistem air kolam kerana kolam itu tidak akan digunakan lagi. Dia juga berpesan pada Day supaya segera keluar dari kolam itu kerana air kolam itu akan mulai kering. Lucky pula telah diikat lehernya oleh rakan Day tadi di tepi kolam kerana takut Lucky akan terjatuh ke dalam kolam. Sebelum rakan dia gerak, Day sempat meminta rakannya tadi untuk orderkan pizza.

Lepas sahaja rakan Day tadi beredar, Day sambung untuk berehat di atas pelampung tadi kerana dia sangat keletihan. Di sebabkan terlalu letih Day pun tertidur. Day mula terjaga bila Lucky mula menyalak. Dia terkejut dan start panik kerana air kolam itu sudah setengah keringnya. Day melakukan pelbagai cara untuk naik ke dasar kolam sampai kuku jarinya patah waktu dia cuba memanjat dinding kolam itu untuk menyelamatkan diri. Bukan itu sahaja, Handphone Day yang ada dekat tepi kolam itu pun terjatuh ke dalam kolam kerana vibration.

Untuk elakkan air kolam itu dari cepat mengering, Day menggunakan baju dia untuk menutup lubang saluran air tadi. Waktu Day menyelam untuk tutup saluran itu, budak penghantar pizza pun sampai menghantar hantaran pizza. Yang hendak dijadikkan paniknya, sewaktu ingin menyelam ke atas semula untuk meminta pertolongan kepada budak pizza tadi, rantai seluar Day boleh pula tersangkut dekat lubang saluran tu. Bila Day naik ke dasar, budak tu telah pergi.

Disebabkan usaha-usaha Day ni tidak menjadi, Day sambung untuk berehat kerana keletihan dan dia tertidur. Tanpa Day sedari , girlfriend dia Koy telah datang ke kolam itu untuk buat suprised kepada Day. Koi terlihat Day tidur dan tidak mahu membangunkannya so dia decide untuk lakukan terjunan palang! Semasa Koi nak mula terjun, Lucky mula menyalak dan Day tersedar. Waktu Koi tengah berlari tu Day terus menjerit untuk Koi tidak terjun. Koi yang terkejut dengan jeritan itu terus tergelincir ke dalam kolam itu dan belakang kepalanya terhantuk pada palang batu kolam. Koi terus pengsan dan belakang kepalanya cedera dan mengalami pendarahan.

Day mula risau tidak tahu hendak berbuat apa. Day kemudian kembali ke lubang kolam tadi untuk ambil bajunya tadi untuk membalut luka kepala koi. Day membaringkan Koi diatas pelampungnya tadi. Pada waktu ini la buaya itu start muncul!! Sewaktu Day dan Koi dekat dalam kolam itu, tiba-tiba sahaja Lucky mula menyalak. Day mula merasa pelik dengan nyalakkan lucky. Rupa-rupanya di hadapan Lucky terdapat seekor buaya yang terlepas dekat kawasan itu. Sedang buaya itu menghampiri Lucky, buaya itu tergelincir masuk ke dalam kolam!!

Sangat suspens kan cerita ini. Mesti you guys nak tahu cerita selanjutnya bukan? Adakah Day dan Koi terselamat dari serangan buaya tu?Adakah diorang selamat naik ke dasar kolam? atau adakah mereka mati dibaham dengan buaya tu? Ok jangan lupa WAJIB TONTON filem ini okay!!

Filem ini pasti tidak menghampakan anda yang meminati thriller movie!! Banyak lagi aksi yang mendebarkan dalam filem ini!Kisah sedih juga turut terselit dalam jalan cerita ini..Haa.. kalau nak tahu tengok lah cerita ni. Trailer admin dah letak bawah ni, bagi anda lebih semangat nak tengok cerita ini. Selamat menonton~

Write A Comment