Tentang Kami

Naktahu.com adalah satu produk dan idea daripada syarikat Muslimtravelbug Sdn Bhd untuk menghasilkan satu blog berkonsepkan hiburan serta pendidikan berpandukan ke arah digital agar dapat mendidik rakyat malaysia ke arah perubahan digital yang makin pesat.

Bukan semua rakyat malaysia berpeluang untuk memanfaatkan kebaikan digital. Ada diantara kita tidak pernah mempunyai akaun facebook ataupun tidak pernah membuat bayaran bill secara alam maya (online). Setelah meneliti, tiada blog yang fokus pada pendidikan kearah digital dalam kehidupan seharian kita. Oleh sebab itu, kami ingin menjadi yang pertama untuk melahirkan satu laman web yang mempunyai panduan-panduan lengkap serta mudah untuk difahami.

Antara matlamat kami adalah menulis artikel-artikel berkaitan Cara Pembayaran, Cara Pendaftaran, Cara Memohon serta Cara Menggunakan platform-platform digital di Malaysia. Kami berharap dengan adalah blog ini sedikit sebanyak mampu memberi kesan kepada kemahiran rakyat malaysia menggunakan platform digital dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, demi untuk memastikan blog ini selari dengan keperluan hiburan semasa, kami turut menghasilkan konten review movie seperti wajib tonton. Kami yakin pengalaman setiap orang adalah berbeza. Kami harap dengan berkongsi tentang pengalaman review kami akan dapat membantu ramai yang lain untuk membuat keputusan yang tepat dan lebih baik.

Semoga segala info di dalam blog ini bermanfaat. Selamat membaca naktahu.com