Tag

wajibtonton

Browsing

Korea Selatan bukan sahaja popular dengan drama, malah rancangan realiti TV juga sangat popular di seluruh dunia. Admin ada listkan 9 rancangan yang popular, yang mana satu anda suka tonton?

1. Running Man

Running Man merupakan rancangan tv popular di serata dunia. Kini, Running Man sudah bersiaran hampir 10 tahun (lebih 500 episode) daripada 11 Julai 2010. Siapa sahaja yang tidak tahu rancangan tv ini? Ayah admin yang umur 69 tahun pun tahu.. hahaha. Mulanya dengan Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Lee Kwang-soo, Song Ji-hyo, Lizzy, Song Joong-ki dan Gary. Selepas Lizzy,Joong Ki dan Gary keluar, digantikan pula dengan Jeon So-min dan Yang Se-chan. Rancangan Running man lebih ke arah game yang dilakukan secara berkumpulan. Episode mana yang anda rasa paling tinggalkan impak kelakar?

2. Knowing Bros

Knowing Bros (Bahasa Korea: 아는 형님 : Aneun Hyeongnim). Rancangan TV ini merupakan konsep sekolah menengah di mana ahli tetap berlakon sebagai pelajar di dalam kelas sementara para tetamu akan datang sebagai pelajar yang baru dipindahkan. Sebilangan besar segmen untuk format ini menggambarkan aktiviti yang akan dilakukan oleh setiap pelajar dengan rakan sekelas mereka. Kalau bosan-bosan tu, boleh la tengok rancangan ni hehe..

3. Infinite Challenge

Infinite Challenge (Bahasa Korea: 무한도전;  Muhan Dojeon) diiktiraf sebagai pertunjukan “Real-Variety” pertama dalam sejarah televisyen Korea. Program ini sebahagian besarnya tidak ada skrip. Bermula pada tahun 2005, sudah lebih kurang 15 tahun bersiaran!

4. King of Masked Singer

King of Masked Singer merupakan rancangan pertandingan nyanyian diantara artis Korea. Tetapi, yang membuatkan ia unik adalah artis-artis tersebut harus memakai topeng muka untuk menyembunyikan identiti masing-masing. Best rancangan ni, admin suka sebab kita boleh menilai suara artis-artis tu tanpa melihat muka mereka. Ada yang admin langsung tak sangka suaranya sedap sangat! Haa..pernah tengok ke show ni?

5. Three Meals A Day

3 Meals A Day (Bahasa Korea: 삼시 세끼; Samsi Sekki) adalah rancangan memasak realiti Korea Selatan. Ia disiarkan pada malam Jumaat di tvN mulai 17 Oktober 2014. Rancangan ini mengisahkan tentang pelakon (ahli tetap) tinggal di sebuah desa kecil atau desa nelayan selama 3 hari dan menggunakan apa sahaja makanan yang mereka temukan di sana untuk membuat tiga makanan sehari. Sementara itu, pelbagai selebriti dari Seoul akan tampil sebagai tetamu untuk makan malam.

6. Youn’s Kitchen

Youn’s Kitchen adalah rancangan perjalanan realiti Korea Selatan popular yang mengikuti ahli tetap dalam perjalanan ke destinasi luar negara di mana mereka membuka restoran pop-up selama beberapa hari. Antara hidangan popular dari Korea dijual di restoran mereka. Boleh bayang tak Park Seo Joon jadi waiter anda? 🥰

7. Law of The Jungle

Pelawak Korea Selatan Kim Byung-man mencipta sendiri Kim Byung-man’s Law of the Jungle pada tahun 2011. Dalam rancangan itu, selebriti, termasuk pelakon dan artis K-pop, bergabung dengannya di lokasi terpencil di seluruh dunia untuk mengalami hidup di hutan liar. Di setiap lokasi, para tetamu ditugaskan untuk memburu, menyiapkan makanan, dan membuat tempat tinggal. Kim adalah satu-satunya ahli pelakon tetap rancangan itu. Admin sangat suka Kim Byung Man dalam rancangan ini kerana dia seperti seorang yang sangat pandai berada dalam hutan. Jadi. kalau sesat..tak perlu risau!

8. The Return of Superman

The Return of Superman atau dikenali sebagai Superman is Back merupakan rancangan dimana ayah selebriti dibiarkan menjaga anak-anak mereka sendiri selama 48 jam tanpa bantuan sesiapa, sementara isteri mereka meninggalkan rumah untuk menikmati “Me Time”. . Selama 48 jam, ayah dan anak-anak harus melakukan tugas yang telah ditulis oleh isteri atau para ayah perlu meneroka aktiviti baru bersama anak-anak mereka. Admin sangat suka triplets Daehan, Minguk dan Manse, rasa macam nak anak kembar 3 pulak. Eh!

9. 2 Days 1 Night

2 Days 1 Night merupakan rancangan dimana ahli-ahli akan pergi menjelajah seluruh Korea Selatan dan tidur selama 2 hari 1 malam. Mereka harus masak sendiri makanan-makanan yang popular di tempat mereka pergi dan ada beberapa aktiviti yang mereka lakukan untuk mengelak daripada kena hukuman (Seperti terjun ke dalam kolam dan sebagainya). Rancangan ini disiarkan dari tahun 2007 sehinggalah sekarang.

Yang mana satu pilihan hati anda? Admin memang suka Running Man dari episode 1 sehinggalah sekarang. Walaupun banyak sahaja peminat-peminat lama yang bercakap-cakap tentang rancangan ini mula bosan dan penurunan dalam rating. Admin rasa dengan kehadiran Seomin dan SeChan memeriahkan lagi suasana! Apa pendapat anda?

1. Bawang Putih Bawang Merah

Siapa tak ingatkan siri Bawang Putih Bawang Merah yang suatu ketika dulu pernah menjadi sinetron wajib di depan TV lepas sahaja sekolah habis? Admin masih ingat kalau tak silap cerita ini ditayangkan pada pukul 2pm, jadi lepas balik sekolah tu mandi terus duduk depan TV. Hahaha. Drama siri Indonesia terkenal dengan adegan zoom berulang kali terhadap perlakon-pelakon. Sebelum perkataan Bersambung….setiap kali berakhirnya episod, akan keluarlah adegan zoom-zoom.

2. Olivia

Drama siri Olivia menceritakan tentang kisah Olivia yang memegang 2 watak perempuan dan lelaki. Sehingga lah suatu hari dia terjatuh hati terhadap Justin. Walaupun cerita ini ada sedikit konflik yang mengatakan bahawa jalan ceritanya sama seperti movie amerika She’s The Man. Apa-apa pun admin rasa setiap drama walaupun konsepnya sama tetapi plotnya masih berbeza.

3. Upik Abu Dan Laura

Siapa masih ingat lagu popular Cinta Laura “You say aku, seperti barbie”? Drama ini mengisahkan tentang 2 orang yang berlainan taraf. Opie merupakan seorang yang baik, lemah lembut tetapi miskin hartanya, manakala Laura seorang gadis kaya yang manja, liar dan sombong. Tetapi mereka berdua pergi ke sekolah yang sama. Nak dijadikan cerita, Laura diusir dari rumahnya dan terpaksa mencari makan dan kehidupan sendiri.

4. Jelita

Drama ini mempopularkan lagu Agnes Monica “Matahariku” sehinggalah ke hari ini. Jelita menceritakan kisah gadis yang dibesarkan oleh keluarga angkat kerana ibu bapanya telah membuat kesalahan besar. Tapi admin pelik, kenapa lepas dapat tahu kita ni anak angkat, kita harus keluar dari rumah seolah-olah ibubapa angkat kita ni menipu kita selama ni? Bukan kah mereka juga yang membesarkan kita dengan baik? Eh..tiba-tiba emo pula.

5. Mutiara Hati

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia wajib tonton drama ini di TV9 pada tahun 2006/2007, kan? Mutiara Hati mengisahkan kehidupan seorang budak berumur 5 tahun iaitu Nabila yang kehilangan ibu kandungnya. Ibu kandungnya sering muncul di dalam mimpi Nabila. Dia dijaga oleh ayahnya, Aji Darmawan, seorang pengurus di syarikat pembinaan. Guru kelas Nabila di tadika ialah Bu Arini, seorang guru yang penyayang serta dedikasi terhadap kerjanya. Ketika drama ini masih hangat, admin masih ingat kebanyakan kita mula untuk berfesyen seperti tudung Bu Arini, iya kan iya kan?

6. Cinta Kirana

Siapa tak kenal 2 pelakon hebat indonesia nia ramadhani dan randy pangalila. Cinta Kirana mengisahkan tentang Kirana, gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari Saat sedang mengantarkan suratkhabar pada pelanggannya, Kirana dilanggar oleh kereta yang dipandu Galang. Kirana hilang sabar lalu menampar Galang kerana Galang mentertawakannya.. eh malah diketawakan sih? Ha..tiba-tiba jadi orang indonesia.

7. Dongeng

Dunia khayalan, dunia impian~ Mesti anda semua terbiasa kan dengan lagu ni? Siri dongeng memaparkan cerita-cerita dongeng yang mempunyai nilai-nilai yang baik. Antara siri dongeng yang popular.

  1. Putri Salju
  2. Putri Tidur & 3 Peri
  3. Rapunzel
  4. Si Itik Buruk Rupa
  5. Aladdin & Lampu Wasiat

Bonus : Kiamat Sudah Dekat

Movie ni kelakar sangat, admin masih ingat tagline “Suer, 2 minggu”. Filem ini menceritakan tentang musibah yang melanda Fandy, seorang rocker kelahiran Malaysia. Dia tidak pandai mengaji dan solat tetapi telah jatuh hati dengan anak Pak Haji Romly. Pak Haji memberinya masa 2 minggu untuk berubah, sampaikan satu kampung pelik melihat Fandy berubah ke arah agama. Bila ditanya kenapa, dia menjawab “Kiamat Sudah Dekat, Men!”

Haa..terimbau kenangan lama kan? Banyak lagi sinetron Indonesia yang popular di Malaysia suatu ketika dulu. Yang mana satu pilihan drama anda? Komen dibawah jika anda ada pendapat yang lain! 😀

Admin ada satu movie Jepun menarik yang admin mahu kongsikan. Pernah tak anda terbayang hidup tanpa elektrik? Bukan sehari tetapi berminggu sampai masuk berbulan-bulan! Terpaksa tinggalkan kediaman untuk mencari tempat yang ada elektrik dan terpaksa mengayuh basikal beribu batu jauh dan mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai. Bekalan makanan tidak cukup,kepenatan dan hampir putus asa untuk meneruskan kehidupan.

Survival Family merupakan filem Jepun yang bergenre drama komedi arahan Shinobu Yaguchi yang dibarisi pelakon utamanya Fumiyo Kohinata yang memegang watak sebagai Yoshiyuki Suzuki (ayah), Eri Fukatsu sebagai Mitsue Suzuki (ibu), Yuki Izumisawa sebagai Kenji Suzuki (anak lelaki), Wakana Aoi sebagai Yui Suzuki (anak perempuan) dan beberapa aktor tambahan yang lain sebagai watak sampingan.

Movie jepun ni mengisahkan tentang satu family yang hidup mereka sederhana di sebuah apartment di Tokyo, Jepun. Hidup family ni terlalu bergantung dengan peralatan elektronik modern. Anak- anak yang busy dengan handphone, si ayah terlalu busy dengan pekerjaan dan si ibu pula hanya tahu memasak secara modern sahaja.

Tapi pada satu hari tu, semua tu berubah apabila mereka bangun pagi, seluruh bandar Tokyo dikejutkan dengan ketiadaan elektrik secara tiba-tiba. Pelik bukan? Semua peralatan elektrik yang mereka gunakan dalam kehidupan seharian mereka seperti handphone, lampu, kipas, jam, tidak berfungsi langsung. Bukan itu sahaja ya, kereta, motor, dapur gas elektrik, bekalan air, plug elektrik , apa sahaja yang menggunakan tenaga elektrik tidak boleh digunakan. Kiranya macam totally blackout.

Keluarga ni ingat mungkin dekat area apartment mereka je yang tiada elektrik. So yang anak-anak pergi ke sekolah mereka macam biasa dan si ayah pula pergi ke pejabat. Rupa-rupanya, di sekolah dan pejabat juga memang tiada lansung elektrik! Segala kerja tidak boleh dibuat sebab perlukan elektrik. Jadi mereka pun balik terus ke rumah dan berharap ketiadaan elektrik cuma untuk satu hari itu sahaja.

Apabila tiba sahaja untuk makan malam, mereka satu family makan malam dalam keadaan yang gelap, hanya ditemani dengan cahaya lilin sahaja. Si ayah pula, buat kerja sambil menikmati makan malam. Selesai makan si anak pergi ke tandas dan turut mendapati bekalan air juga tiada! Pelik kan tapi itulah yang terjadi dekat family Yoshiyuki Suzuki dan seluruh warga Tokyo. Jadi malam itu mereka tidur dalam keadaan yang gelap dan sejuk dan berharap bila bangun, elektrik akan ada. Tapi sangkaan mereke meleset apabila bangun sahaja masih tiada elektrik!! Keadaan ini berterusan sehinggalah masuk hari ke-3. Si ibu yang meneruskan kerja rumah seperti biasa dengan membasuh kain secara manual, basuh dengan menggunakan tangan. Si ayah pula yang berada di pejabat mendapat pengumuman dari pihak atasan untuk pulang sahaja ke rumah dan dibenarkan untuk bercuti sehingga masalah elektrik ini selesai.

Keadaan still berlarutan sehingga masuk hari ke-7. Pasaraya mula kehabisan stok makanan, penggunaan ATM lansung tidak boleh guna. So pada waktu inilah Yoshiyuki Suzuki sebagai ketua keluarga decide untuk family mereka pergi ke Kogishima memandangkan sudah hampir seminggu elektrik masih tiada.


Di sebabkan faktor cuaca di Kogishima agak panas dan bekalan makanan mereka hampir susut membuatkan dia membuat keputusan begitu. Tapi anak-anak dia tidak bersetuju dengan cadangan bapa mereka dan setelah dimarahi baru mereka setuju untuk ikut cadangan bapa mereka. Untuk ke Kogishima bapa mereka menerangkan bahawa mereka akan menaiki kapal terbang dari Haneda untuk sampai kesana. Untuk sampai ke Haneda mereka akan mengayuh basikal dengan menggunakan main road. Jadi mereka satu family start la packing semua kelengkapan untuk perjalanan mereka dan mengeluarkan semua duit simpanan yang mereka ada untuk membeli tiket kapal terbang nanti dan untuk buat belanja perjalanan mereka.

Mereka satu keluarga memulakan perjalanan mereka untuk ke Haneda. Bukan keluarga mereka sahaja yang ingin ke Haneda, penduduk di situ juga bercadang untuk meninggalkan kediaman mereka. Dalam perjalanan mereka, di tepi bahu jalan kelihatan peniaga yang berniaga makanan dan minuman pada kadar harga yang tinggi. Di sebabkan terlalu mahal mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka berhenti di suatu mini market untuk dapatkan bekalan makanan dan minuman mereka. Di mini market tu juga turut menjual barang dengan harga yang tinggi. Di sebabkan si ibu mempunyai kepakaran dalam bidang tawar-menawar, mereka berjaya mendapatkan minuman dengan harga yang ditawarkan.

Setelah mendapatkan bekalan, mereka meneruskan perjalanan ke Haneda. Sampai disana mereka dikejutkan dengan lapangan terbang ditutup disebabkan masalah elektrik yang berlaku. Semua yang berada di situ mula berasa marah dan mula bertindak ganas kepada polis yang bertugas. Disebabkan kepenatan, mereka bermalam dulu di sebuah hotel dengan kadar bayaran 30ribu yuen sekepala!

Memandangkan mereka tidak dapat menaiki kapal terbang untuk ke Kogishima, so Yoshiyuki Suzuki bercadang untuk mereka sekeluarga akan berbasikal sahaja untuk ke sana!Perjalanan ke sana jauh dan mengambil masa berbulan ya untuk sampai. 😰Tapi nak buat macam mana kan. So terpaksa la keluarga dia ikut je keputusan ayah di. Okay disinilah bermula suka duka mereka sekeluarga meneruskan perjalanan ke Kogishima! Macam-macam rintangan dan dugaan yang mereka hadapi sepanjang perjalanan mereka. Tapi berjaya ke mereka sampai ke sana? Berapa lama masa yang mereka ambil?

Okay guys, macam tak best la pula if admin cerita sampai kesudahannya kan. So admin memang suggest untuk anda tonton movie ni untuk tahu pengakhiran cerita keluarga ni! Seriously tak rugi langsung. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita ni. Jadi admin sharekan sikit trailer movie ni untuk bagi korang semangat untuk terus tonton movie ni sampai habis ya🤗🥰.

Ramai diantara kita yang meminati movie seram lagi-lagi movie dari negara jiran Thailand kerana lakonan mereka yang seakan-akan realiti.

  1. The House

Movie ini mengisahkan kisah benar mengenai tiga pembunuhan yang dasyat yang berlaku kepada tiga wanita dalam masa yang berlainan. Seorang wartawan yang bernama Chalinee yang ingin mengetahui dan mencari maklumat mengenai kes pembunuhan ketiga-tiga wanita misteri itu sehingga membuatkan dia sebagai wartawan ingin menerokai dan mengetahui secara jelas kenapa mereka dibunuh dengan kejam. Chalinee berusaha mencari rumah dimana ketiga-tiga wanita itu dibunuh. Dia memberanikan diri ke sana dan tinggal di dalam rumah berkenaan. Dari mula dia melangkah masuk ke dalam rumah pembunuhan itu berlaku satu persatu kejadian aneh berlaku dan dia dihantui pengalaman yang mengerikan disitu.

2. Shutter.

Movie Shutter ini ditayangkan pada tahun 2004 yang mengisahkan jurugambar muda dan teman wanitanya yang menemui bayangan misteri dalam gambar mereka selepas mereka mengalami kemalangan tragik.

3. Laddaland.

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang berpindah rumah dan mereka mengalami peristiwa paranormal yang menyebabkan emosi dan mental mereka terganggu. Ini kerana di rumah yang mereka baru pindah itu menakutkan mereka dengan peristiwa aneh.

4. Pee Mak Phrakanong.

Antara filem seram paling laku pada tahun 2013. Mak merupakan watak lelaki dalam filem ini yang berkhidmat dalam peperangan. Mak meninggalkan isterinya yang sedang sarat hamil di rumah seorang diri kerana dia terpaksa menjalankan tugas di luar. Selepas urusan diluar selesai dan dia berjaya dalam perang. Dia mengajak empat orang rakanya ke rumah untuk memperkenalkan mereka kepada isterinya dan melihat bayi mereka yang telah lahir. Isterinya bernama Nak seorang wanita cantik dan diminati oleh ramai lelaki di kampung itu.

Mak pulang ke rumah seperti biasa dan melihat anak dan isterinya ada di rumah dan dia berasa sangat gembira. Ada orang kampung yang bercerita isterinya Nak telah mati sewaktu hendak melahirkan anaknya. Berita ini sangat mengejutkan Mak dan dia tidak dapat menerima berita ini kerana dia sendiri melihat anak dan isterinya baik-baik sahaja di rumah. Mereka mengalami peristiwa aneh dan kawan-kawan Mak yang datang ke rumah mereka itu mula berasa hairan dan yakin isteri dan anaknya telah mati dan muncul menjadi hantu. Mereka cuba sedaya-upaya untuk menyakinkan kawannya Mak yang isteri dan anaknya telah mati. Sukar untuk Mak menerima keadaan itu. Tetapi Mak perlu memilih sama ada hidup dengan isterinya yang telah mati itu sebagai hantu atau menerimanya sebagai realiti.

5.Dorm

Seorang remaja lelaki yang bernama Ton dihantar oleh bapanya ke sebuah sekolah berasrama supaya anaknya lebih berdikari. Ton mempunyai seorang kawan baru diasrama itu tetapi kawanya itu asyik bercerita kisah hantu yang menakutkan diasrama itu. Kisah budak lelaki mati lemas dalam kolam dan seorang gadis yang membunuh diri di asrama itu.

Hal ini menyebkan Ton tidak senang hati dan asyik dalam ketakutan. Tumpuannya untuk belajar juga hilang. Ton mengambil keputusan untuk berkawan dengan orang lain salah seorangnya ialah Vichien dan apabila dia menceritakan cerita hantu yang pernah dia dengar dari kawan barunya yang pertama itu barulah dia sedar sebenarnya itu adalah lelaki yang mati lemas. Dia terkejut ternyata kawanya itu adalah hantu.

Pasti kamu semua ingin mengetahui peristiwa aneh lain yang berlaku dalam movie ini. Jadi tontonlah sendiri filem seram ini untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik semua cerita seram ini. Pastinya ia membuat anda seperti berada dalam movie itu.

Kalau anda takut jangan tengok waktu malam tengok waktu siang ya. Movie seram Thailand ini memberi efek dari mula hingga akhir cerita kepada anda. Jalan ceritanya yang menarik pastinya tidak membuat anda berasa bosan malah menantikan apakah kesudahan kisah seram itu.

Filem ini memaparkan pelakon yang terkenal seperti Zizan Razak, Zahirah Macwilson, Bell Ngasri, Khir Rahman, Maya Karim dan ramai lagi. Mendengar sahaja nama-nama mereka ini pastinya membuatkan anda ingin menonton filem ini.

Genre filem ini tertumpu kepada aksi tembak menembak dan diselitkan juga dengan watak lucu oleh pelawak terkenal Zizan Razak dan Bell Ngasri dalam adegen cerita ini. Antara sebab kenapa anda perlu menonton filem ini ialah Watak Pria yang dilakonkan oleh Zizan Razak dan Bell Ngasri pastinya mencuit hati. Pria dalam filem ini berperanan membantu misi Bulan yang dilakonkan oleh Zahirah Macwilson untuk memburu adiknya Melati yang berada dalam tangan bapak ayam.

Barisan pelakon Bulan dan Pria Terhebat

Seterusnya, kita dapat melihat kekuatan dan semangat juang wanita yang tinggi yang ditonjolkan oleh Zahirah Macwilson sebagai Bulan dalam filem ini. Zahirah memegang watak Bulan yang merupakan seorang pelatih dalam pasukan ‘special forces’ di Indonesia yang sanggup menyeludup dirinya ke kancah sindikit pemerdagangan manusia. Tujuan bulan berbuat demikian adalah untuk menyelamatkan adiknya Melati dari gengaman bapa ayam.Pada mulanya Melati ditawarkan menjadi model. Tapi sebenarnya dia ditipu kerana bapa ayam itu berhasrat memperdagangkan Melati, dia tertipu kerana lelaku itu memberi janji manis dia bukan dijadikan model malah dipaksa menjual maruah diri.

Selain itu, Filem ini memaparkan persahabatan, kesetiaan dan kepercayaan. Dalam filem ini anda dapat melihat bagaimana seorang kawan itu berfungsi dengan sanggup berdepan risiko demi keselamatan dan ingin membantu sahabat. Ini jelas dapat dilihat pada watak yang dilakonkan oleh Zizan Razak, Bell Ngasri dan Zahirah ketika mereka bersama-sama berhadapan dengan penjahat. Bayangkan macam mana mereka boleh melakukan aksi-aksi lasak dan memastikan ada sedikit komedi yang membuatkan penonton tertawa dan mencuit hati melihat gelagat mereka dalam Bulan dan Pria Terhebat.

Untuk merasai sendiri keseronokkan filem ini. Jangan lupa tonton filem ini, ianya filem aksi yang lasak dengan adegan-adegan menggunakan pistol yang diselitkan komedi yang pasti mencuit hati. Anda pasti tidak akan menyesal menonton filem ini kerana pelakonnya semua terkenal dan berbakat yang pasti tidak akan mengecewakan anda. Selamat menonton!

Negara kita sekarang makin maju selepas kita mendapatkan kemerdekaan daripada tangan komunis. Ramai yang lupa akan perjuangan yang dilalui oleh nenek moyang kita sebelum mendapatkan kemerdekaan.

Filem Bukit Kepong merupakan filem patriotik yang diterbitkan pada 1981 dan diarahkan oleh seniman terkenal iaitu Jins shamsuddin. Sehingga hari ini filem ini masih ditayangkan ditelivisyen terutama sekali pada bulan kemerdekaan.

Bukit Kepong menceritakan kisah benar serangan Gerila Komunis terhadap stesen polis Bukit Kepong pada 23 February 1950. Sikap komunis yang jahat, memandang rendah akan semangat juang pasukan polis negara yang membuat komunis berhasrat untuk merampas kawalan stesen itu untuk dijadikan kawasan kawalan komunis. Pasukan polis negara kita tidak memiliki kelengkapan dan senjata yang canggih untuk melawan komunis tetapi wira-wira negara kita sanggup berusaha dan bertarung sehingga nafas terakhir mereka untuk mempertahankan kubu polis yang dibuat daripada kayu. Mereka berani bertarung sehingga lima jam sebelun komunis berjaya membakar kubu kayu tersebut.

Antara pengajaran yang dapat kita lihat dan ambil untuk dijadikan inspirasi kepada diri kita untuk menghargai jasa-jasa wira negara dan kita perlu mengekalkan kemerdekaan.

  1. Bekerjasama. Sentiasa berkomunikasi secara terbuka antara satu sama lain. Dalam filem ini, kerjasama dapat dilihat apabila pasukan polis pimpinan Sarjan Jamil Mohd Shah, penduduk kampung, dan wakil British yang duduk berbincang dalam mesyuarat tentang kelemahan kawasan masing-masing. Kawasan kubu wira-wira negara kita terletak di tebing sungai dan memudahkan musuh untuk datang menyerang dengan menggunakan bot. Dalam perbincangan itu wira-wira negara dan orang kampung bekerjasama untuk sentiasa berjaga-jaga serta memasang mata dan telinga untuk anggota polis. Kita mestilah sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain agar kita boleh menyiapkan diri untuk berhadapan dengan tugas yang mencabar dan bekerjasama menangani masalah untuk kebaikan bersama.
  2. Keberanian yang tinggi. Pengajaran ini dapat kita lihat apabila komunis Muhamat Indera membuat beberapa panggilan kepada pegawai polis Bukit Kepong supaya mengangkat bendera putih yang memberi tanda wira-wira negara akan menyerah diri. Wira negara kita enggan berbuat demikian kerana mereka sangat berani dan melawan apa yang diperintahkan oleh komunis. Mereka tidak menyerah diri begitu sahaja. Walaupon susah untuk berjuang demi keberanian tetapi wira-wira negara kita tetap berjuang, berganding bahu dan tidak gentar untuk mendapatkan keadilan.
  3. Mementingkan kepentingan orang lain melebihi diri sendiri. Dalam filem ini dapat kita lihat Sarjan Jamil mempertahankan nyawanya untuk memeriksa saki-baki orang yang masih hidup dalam berek polis walaupun dia tahu keadaan dia sendiri dalam bahaya tapi dia masih memikirkan anak dan isteri polis yang lain yang berada dalam berek polis untuk diselamatkan.

Banyak pengajaran yang ditunjukkan oleh wira-wira negara kita dalam mempertahankan maruah negara dan ahlinya daripada filem ini yang dapat kita perolehi dari watak-watak yang dilakonkan semula melalui filem ini. Bukan itu sahaja malah banyak lagi pengajaran baik yang ditunjukkan.

Untuk yang belum pernah menonton filem ini. Tontonlah kerana ia tidak merugikan dan pasti memberi inspirasi kepada anda untuk mempertahankan kemerdekaan negara yang kita peroleh hari ini hasil pengorbanan wira – wira negara kita. Semoga kita semua sentiasa hidup dalam keadaan aman dan kita sebagai warganegara Malaysia jangan pernah menghianati negara sendiri untuk kepentingan diri. Hargailah perjuangan dan pengorbanan wira-wira kita terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan yang kita nikmati sehingga hari ini.

Hi semua! Bosan tak tahu nak buat apa dekat rumah memandangkan PKP dilanjutkan lagi 2 minggu! Admin nak kongsikan mengenai satu filem yang pada admin menarik jugak lah sebab penuh suspens jalan cerita dia. Untuk movie ini admin bagi 5/5 star sebab berjaya buat admin asyik terkejut 😅😅

The Pool merupakan filem Thailand yang bergenre thriller arahan Pung Lumprapleng yang dibarisi pelakon seperti Theeradej Wongpuapan dan Ratnamon Ratchirathan dan beberapa aktor tambahan yang lain. Filem ini mengisahkan sepasang kekasih iaitu Day dan Koi telah terperangkap di dalam sebuah kolam renang terbiar yang berkedalaman 6 meter!! What?! 6 meter!! Menakutkan 😱😱Tangga dan jalan keluar juga tiada ya!! Apa yang lagi menakutkan dekat kolam itu juga terdapat seekor buaya yang sama terperangkap selepas buaya tersebut keluar dari tempat persembunyiannya yang berdekatan dengan kawasan kolam itu lalu terjatuh ke dalam kolam itu!!

Mesti anda semua tertanya-tanya macam mana Day dan Koi boleh terperangkap dalam kolam itu dengan pakej sekali buaya termasuk. Okay jom admin sharekan sikit pasal filem ini.

Permulaan cerita sahaja sudah terdapat beberapa aksi yang agak memeranjatkan bagi admin😰 Okay cerita ini bermula dengan watak Day yang bekerja sebagai kru filen (Team Art) di suatu agensi. Pada hari kejadian, pihak produksi telah mengadakan satu shooting untuk iklan di sebuah kolam renang.

Selepas penggambaran selesai, semua kru telah balik dan tinggallah Day dengan seekor anjing peliharaanya yang bernama Lucky dan seorang rakan produksinya dekat kolam tersebut. Kejadian mendebarkan ini start pada hari last mereka shooting.

Selesai semua kru produksi balik, Day mengambil kesempatan untuk berendam dan berjemur sekejap dekat dalam kolam itu dengan menggunakan satu pelampung besar dan Day berbaring di atas pelampung tadi. Sedang Day berehat, rakan dia tadi hendak beransur pulang sebab hendak ke airport. Sebelum dia pergi, dia sudah mengingatkan Day bahawa dia telah menutup sistem air kolam kerana kolam itu tidak akan digunakan lagi. Dia juga berpesan pada Day supaya segera keluar dari kolam itu kerana air kolam itu akan mulai kering. Lucky pula telah diikat lehernya oleh rakan Day tadi di tepi kolam kerana takut Lucky akan terjatuh ke dalam kolam. Sebelum rakan dia gerak, Day sempat meminta rakannya tadi untuk orderkan pizza.

Lepas sahaja rakan Day tadi beredar, Day sambung untuk berehat di atas pelampung tadi kerana dia sangat keletihan. Di sebabkan terlalu letih Day pun tertidur. Day mula terjaga bila Lucky mula menyalak. Dia terkejut dan start panik kerana air kolam itu sudah setengah keringnya. Day melakukan pelbagai cara untuk naik ke dasar kolam sampai kuku jarinya patah waktu dia cuba memanjat dinding kolam itu untuk menyelamatkan diri. Bukan itu sahaja, Handphone Day yang ada dekat tepi kolam itu pun terjatuh ke dalam kolam kerana vibration.

Untuk elakkan air kolam itu dari cepat mengering, Day menggunakan baju dia untuk menutup lubang saluran air tadi. Waktu Day menyelam untuk tutup saluran itu, budak penghantar pizza pun sampai menghantar hantaran pizza. Yang hendak dijadikkan paniknya, sewaktu ingin menyelam ke atas semula untuk meminta pertolongan kepada budak pizza tadi, rantai seluar Day boleh pula tersangkut dekat lubang saluran tu. Bila Day naik ke dasar, budak tu telah pergi.

Disebabkan usaha-usaha Day ni tidak menjadi, Day sambung untuk berehat kerana keletihan dan dia tertidur. Tanpa Day sedari , girlfriend dia Koy telah datang ke kolam itu untuk buat suprised kepada Day. Koi terlihat Day tidur dan tidak mahu membangunkannya so dia decide untuk lakukan terjunan palang! Semasa Koi nak mula terjun, Lucky mula menyalak dan Day tersedar. Waktu Koi tengah berlari tu Day terus menjerit untuk Koi tidak terjun. Koi yang terkejut dengan jeritan itu terus tergelincir ke dalam kolam itu dan belakang kepalanya terhantuk pada palang batu kolam. Koi terus pengsan dan belakang kepalanya cedera dan mengalami pendarahan.

Day mula risau tidak tahu hendak berbuat apa. Day kemudian kembali ke lubang kolam tadi untuk ambil bajunya tadi untuk membalut luka kepala koi. Day membaringkan Koi diatas pelampungnya tadi. Pada waktu ini la buaya itu start muncul!! Sewaktu Day dan Koi dekat dalam kolam itu, tiba-tiba sahaja Lucky mula menyalak. Day mula merasa pelik dengan nyalakkan lucky. Rupa-rupanya di hadapan Lucky terdapat seekor buaya yang terlepas dekat kawasan itu. Sedang buaya itu menghampiri Lucky, buaya itu tergelincir masuk ke dalam kolam!!

Sangat suspens kan cerita ini. Mesti you guys nak tahu cerita selanjutnya bukan? Adakah Day dan Koi terselamat dari serangan buaya tu?Adakah diorang selamat naik ke dasar kolam? atau adakah mereka mati dibaham dengan buaya tu? Ok jangan lupa WAJIB TONTON filem ini okay!!

Filem ini pasti tidak menghampakan anda yang meminati thriller movie!! Banyak lagi aksi yang mendebarkan dalam filem ini!Kisah sedih juga turut terselit dalam jalan cerita ini..Haa.. kalau nak tahu tengok lah cerita ni. Trailer admin dah letak bawah ni, bagi anda lebih semangat nak tengok cerita ini. Selamat menonton~

1) The Fault In Our Stars

IMDb : 7.7/10

Admin NakTahu : 7/10

Dua pesakit kanser, Hazel & Agustus yang sedang berperang dengan kehidupan mereka memulakan perjalanan ke Amsterdam untuk bertemu dengan penulis buku kegemaran Hazel.

2) Me Before You

IMDb : 7.4/10

Admin NakTahu : 8/10

Setelah kehilangan pekerjaannya, Louisa Clark terpaksa menerima pekerjaan yang memerlukannya untuk menjaga Will Traynor, seorang lelaki yang baru lumpuh. Kedua-dua mereka tidak lama lepas itu mula menyukai satu sama lain.

3) Midnight Sun

IMDb : 6.6/10

Admin NakTahu : 7.5/10

Katie Price adalah seorang remaja yang ada penyakit sangat sensitif kepada cahaya matahari. Dia kemudian jatuh cinta dengan Charlie. Sedang dia berseronok menjalani kehidupan seperti remaja yang lain, keadaannya mulai bertambah buruk dan dia menjadi bertambah sukar untuk menyimpan rahsia kepada Charlie.

4) The Longest Ride

IMDb : 7.1/10

Admin NakTahu : 7/10

Lukas dan Sophia mengambil keputusan untuk berpisah kerana kerjaya mereka yang bertentangan. Tetapi, seorang lelaki tua, Ira, cuba menunjukkan kepada mereka untuk menghargai perhubungan.

5) If I Stay

IMDb : 6.7/10

Admin NakTahu : 6/10

Mia terlibat dalam kemalangan yang dahsyat dalam perjalanan ke rumah datuk neneknya. Walaupun Mia masih dalam keadaan koma, dia sekarang bergerak melalui rohnya dan menyedari bahawa dia perlu membuat pilihan untuk mengubah kehidupan.

6) The Last Song

IMDb : 6/10

Admin NakTahu : 7/10

Hubungan ayah dan anak perempuan yang bermasalah bertemu kehidupan baru ketika kedua-duanya mula meneroka minat yang sama, iaitu muzik. Cerita tentang keluarga, cinta pertama dan peluang kedua yang diberikan.

7) Love, Rosie.

IMDb : 7.2/10

Admin NakTahu : 8/10

Rosie dan Alex telah berkawan baik sejak kecil dan tidak dapat membayangkan diri mereka sebagai pasangan kekasih. Walau bagaimanapun, apabila mereka pergi ke arah yang berbeza, mereka mula menyedari bahawa mereka ditakdirkan untuk satu sama lain.

8) Five Feet Apart

IMDb : 7.2/10

Admin NakTahu : 7/10

Stella yang berusia 17 tahun menghabiskan sebahagian besar waktunya di hospital sebagai pesakit fibrosis sista. Dia sangat perfectionist dan mengikut peraturan – semuanya diuji ketika dia bertemu dengan Will, seorang remaja yang mempunyai penyakit yang sama. Lama-kelamaan mereka jatuh cinta tetapi mereka tahu mereka mesti mengekalkan jarak yang selamat. Apabila hubungan mereka semakin bertambah rapat, mereka terfikir untuk tidak mengikut peraturan itu.

9) Forever My Girl

IMDb : 6.7/10

Admin NakTahu : 6/10

Liam Page, penyanyi yang popular dan berjaya, kembali ke kampung halamannya setelah beberapa tahun dan bertemu dengan kekasih sekolah menengahnya, Josie, yang pernah dia tinggalkan satu ketika dahulu.

10) Paper Towns

IMDb : 6.3/10

Admin NakTahu : 6/10

Kekasih gadis Quentin, Margo menghilangkan diri pada satu malam secara misteri setelah meninggalkan petunjuk untuk mencarinya. Bersama sekumpulan kawan-kawan, dia kemudian mengetuai misi carian mengikut petunjuk itu.

Sebelum admin mula menonton drama Korea, admin amat gemar menonton drama jepun kerana aksi-aksi yang dilakonkan oleh mereka kelakar, banyak sense of humour lah orang kata. Untuk artikel kali ini, admin akan kongsikan 12 drama jepun yang admin rasa anda patut tengok!

1) 1 Litre of Tears

Ikeuchi Aya yang berusia 15 tahun adalah seorang anak perempuan keluarga yang bekerja di sebuah kedai tauhu. Walau bagaimanapun, perkara aneh telah berlaku kepada Aya kebelakangan ini. Dia sering jatuh dan mula berjalan dengan pelik. Ibunya, Shioka, membawal Aya untuk berjumpa doktor, dan dia memberitahu Shioka bahawa Aya mempunyai degenerasi spinocerebellar – penyakit yang mengerikan di mana cerebellum otak beransur-ansur merosot ke titik di mana mangsa tidak dapat berjalan, berbicara, menulis, atau makan. Sedih sangat drama ni, jangan lupa sediakan 1 kotak tisu bersama anda 🙁

2) Hanazakari No Kimitachi E (Hana Kimi)

Drama komedi lucu ini menceritakan tentang kekacauan, masalah dan persahabatan di sebuah sekolah berasrama lelaki apabila seorang gadis menyamar sebagai lelaki dan bersekolah disitu. Ashiya Mizuki baru sahaja kembali ke Jepun dari California, di mana tempat dia dibesarkan. Dia jatuh cinta dengan Sano Izumi, seorang atlet lompat tinggi yang telah berhenti bersukan setelah kemalangan. Oleh kerana dia mahu Sano kembali bersukan, dia memasuki sekolah menengah yang sama dengan Sano. Dengan rambut pendek, dada mendatar dan membuat suara seperti lelaki, dia mula berkongsi bilik yang sama dengan Sano. Drama ni sangat kelakar! Setiap karakter dalam drama ni ada sahaja masalah mereka setiap episode. Nak tahu sampai bila rahsia Mizuki dapat bertahan?

3) Gokusen

Terdapat 3 Season untuk drama Gokusen yang menceritakan kisah seorang guru yang berlatar belakangkan puak Yakuza yang terkenal. Impian Yamaguchi Kumiko adalah untuk menjadi guru dan bukan sebagai cucu yang mewarisi Ooedo Group. Murid-murid kelasnya sangat nakal dan jahat dan selalu membuli Yamaguchi untuk membuatnya berhenti, tetapi percubaan mereka sentiasa gagal. Banyak kisah-kisah pergaduhan mereka yang diselesaikan oleh guru mereka. Akhirnya, para pelajar belajar untuk menghormati guru mereka yang unik ini kerana kesetiaannya kepada mereka, dan bahkan memberinya nama panggilan: Yankumi. Best sangat drama ni, walaupun plotnya sama bagi ketiga-tiga season, tetapi disebabkan pelakon yang berlainan membuatkan anda rasa seperti mahukan cikgu yang terbaik seperti Yankumi!

4) Death Note (2015)

Siapa tidak kenal dengan movie Death Note pada suatu masa dahulu sangat popular. Bahkan, setiap kedai alat tulis menjual notebook seperti Death Note. Pada tahun 2015, Jepun telah mebuat lakonan semula dalam bentuk drama. Light Yagami adalah pelajar universiti yang sangat benci kepada keganasan. Pada suatu hari, dia menerima buku nota kematian yang mengubah hidupnya. Buku nota ini membuka matanya yang cuba untuk membela keadilan dengan membunuh orang-orang jahat. Dia melabelkan namanya sebagai Kira dan menghukum penjenayah. L adalah seorang detektif swasta yang terkenal dan genius. L mentakrifkan Kira sebagai seorang yang jahat dan memutuskan untuk menangkap Kira. Kemudian N, yang mempunyai penampilan yang cantik tetapi berbahaya, muncul.

5) Mei-chan No Shitsuji

Drama ini mengisahkan tentang Mei, yang diselamatkan oleh seseorang yang menggelar dirinya ‘Butler’. Mei hidup sebagai seorang gadis sekolah menengah yang biasa, tidak berfesyen apatah lagi memakai hiasan dan makeup. Tetapi suatu hari, selepas kematian ibu bapanya, Rihito, Butler yang pernah menyelamatkannya dahulu datang untuk mengambil Mei dan menjaganya. Mei mendapati bahawa dia sebenarnya adalah ahli waris yang kaya dan terpaksa berpindah ke Akademi St. Lucia Girls, di mana semua murid mempunyai butler! Disebabkan itu, kawan baik Mei, Kento mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai butler di sekolah Mei untuk tinggal dekat dengannya.

6) Ouran High School Host Club

Haruhi Fujioka adalah pelajar miskin di Akademi Ouran yang berprestij. Semua pelajar dalam sekolah ini terdiri daripada orang yang kaya-kaya sahaja. Haruhi dapat masuk disebabkan dapat pinjaman pendidikan. Suatu hari, Haruhi sedang mencari tempat yang tenang untuk belajar, Haruhi termasuk ke Bilik Muzik Ketiga, sebuah tempat di mana Ouran Academy Host Club, sekumpulan enam pelajar lelaki berkumpul untuk menghiburkan “pelanggan” wanita. Semasa pertemuan pertama mereka, Haruhi secara tidak sengaja memecahkan vas antik bernilai ¥ 8,000,000 (US $ 80,000) dan diberitahu untuk membayar kos pasu tersebut dengan terpaksa menjadi salah seorang ahli Host Club tersebut.

7) Yukan Club

Drama ini mengisahkan tentang 6 orang kawan baik yang sangat kaya dan popular. Shochikubai Miroku (Akanishi Jin) adalah anak seorang pesuruhjaya polis (bapa) dan juga pengembara (ibu). Kikumasamune Seishiro (Yokoyuma Yu) adalah anak kepada pemilik hospital besar. Bido Granmarie (Taguchi Junnosuke) adalah anak kepada duta besar Sweden. Kenbishi Yuri (Minami) adalah anak perempuan kepada Presiden Kenbishi Business yang terkenal di dunia. Hakushika Noriko (Kashii Yu) adalah anak perempuan seorang pelukis jepun (bapa) yang terkenal dan ibunya berasal dari keluarga upacara tradisi teh. Kizakura Karen (Suzuki Emi) tinggal bersama ibunya, seorang peniaga permata yang kaya. Bersama-sama, mereka membentuk Kelab Yukan untuk menyelesaikan misteri-misteri.

8) Atashinchi No Danshi

Chisato (Maki Horikita) kehilangan ibunya pada usia muda kerana sakit. Dia menghabiskan masa mudanya untuk berusaha melepaskan diri dari hutang besar yang ditinggalkan ayahnya. Bagaimanapun, hidupnya berubah selepas bertemu dengan seorang lelaki bernama Shinzo, yang mengubah pandangannya tentang makna “keluarga.” Shinzo berasal dari keluarga yang kaya dan dia mengambil enam orang anak angkat lelaki dengan harapan seseorang boleh menjadi penggantinya, tetapi semua mempunyai keperibadian yang pelik. Shinzo berjanji untuk membebaskan Chisato dari hutangnya jika dia berkahwin dengannya dan menjadi ibu kepada anak-anaknya. Walau bagaimanapun, kehidupannya dengan enam lelaki di bawah satu bumbung tidak berjalan lancar seperti yang dia inginkan.

Tinggalkan komen jika anda sudah pernah menonton kesemua drama dalam list kali ini! Kepada yang tidak tahu nak buat apa di rumah ketika RMO ini, jangan lupa untuk letak drama-drama ni dalam list ya 😀

Selamat Menonton!

Don’t Take The Bait

Greta Film 2018

Greta adalah filem thriller psikologi 2018 yang diarahkan oleh Neil Jordan dan ditulis oleh Ray Wright dan Jordan. Filem ini dibintangi oleh Isabelle Huppert, Chloë Grace Moretz, Maika Monroe, Colm Feore dan Stephen Rea. Ia menceritakan tentang seorang wanita muda berkawan dengan seorang janda yang kesepian yang akhirnya menjadi obses dengannya.

Pada awalnya, admin tengok filem ini disebabkan Chloë Grace yang berlakon. Admin suka sangat filem-filem yang dilakonkannya. Chloe melakonkan watak Frances McCullen, seorang pelayan yang tinggal di New York City bersama kawan baiknya, Erica Penn. Frances kehilangan ibunya yang mati disebabkan kanser, dan hubungan bersama bapanya, Chris juga tidak baik. Suatu hari, Frances terjumpa bag tangan yang tertinggal di dalam keretapi yang dinaikinya.

Nama dan alamat, Greta Hideg ada di dalam bag itu. Frances kemudian pergi ke rumah Greta untuk mengembalikan beg tangannya. Untuk membalas baik budi Frances, Greta mengajaknya untuk masuk ke rumah minum petang. Greta memberitahu Frances dia seorang janda dari Perancis, anak perempuannya sedang belajar di Paris dan dia sangat merindui anaknya itu.

Frances mula menghabiskan masa dengan Greta kerana dia kesian dan pada masa yang sama dia merindui ibunya yang sudah mati. Dia seperti menganggap Greta adalah pengganti sebentar ibunya. Kawan baiknya, Erica tidak bersetuju Frances sangat rapat dengan Greta kerana dia berfikir ada sesuatu yang tidak kena. Suatu malam, ketika di rumah Greta sedang mereka menyiapkan makan malam, Frances menemui beg tangan yang banyak dan sama dengan yang dia jumpa di dalam keretapi. Frances memutuskan untuk mengurangkan hubungan dengan Greta.

Mula daripada hari itu. Greta stalk Frances dan juga sesiapa sahaja yang ada hubungan dengannya termasuklah Erica. Cerita ini akan membuat anda seram sejuk seperti rasa ada orang sedang memerhati anda! Nak tahu apa yang terjadi kepada Greta dan France? Jangan lupa untuk menonton filem ini! Admin bagi 5 bintang!

Adakah lepas anda menonton filem ini, anda rasa takut untuk menolong orang diluar sana? Komen dibawah dan kongsikan pendapat anda! 😀