Tag

ramadhan

Browsing

Assalamualaikum semua umat Islam yang tengah berbuasa sekarang, pastinya ketika bulan Ramadhan, kita lebih suka untuk masak bersama keluarga di rumah. Tapi, masa PKP seperti sekarang ni, memang wajib lah kan masak setiap hari. Ada yang beli juadah berbuka di Bazar Ramadan Online ke?

Kalau waktu bulan tak puasa, boleh lah rasa setiap kali masak. Tapi waktu bulan puasa ni macam mana pulak nak rasa? Takut nanti masin ke, pedas sangat ke. Haa..admin ada baca di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. tentang hukum merasa makanan ketika berpuasa, tetapi ada caranya.

Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih. Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur. Ibn Abbas R. Anhuma berkata:

لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ

“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”

Ini hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya. 

Jadi, jangan risau ye makanan korang masin ke pedas ke. Jangan lupa untuk ikut cara yang betul iaitu makanan dikecap di hujung lidah tanpa ditelan. Pastikan anda kumur ya lepas rasa. Selamat Masak semua!

Assalamualaikum semua! Bulan Ramadhan ni bulan yang kita berpusu-pusu untuk kumpul pahala sebanyak yang mungkin. Selain betulkan niat, jaga mata, mulut, telinga dan sebagainya dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah, kita juga dapat menambah pahala dengan membaca al-Quran.

Bagi yang tidak pernah membaca al-Quran ataupun yang sudah lama meninggalkan bekalan kita yang akan dibawa ke kubur nanti, inilah masanya untuk mengubah diri anda ke arah yang lebih baik. Ada yang setiap tahun mempunyai azam untuk khatam alQuran pada bulan Ramadhan tapi tak kesampaian. Admin akan kongsikan cara mudah pengiraan untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan.

Al-Quran ada 604 muka surat.

Untuk Khatam Al-Quran 1 kali :

  • 604 muka surat dibahagikan 30 hari = 20.133 muka surat setiap hari.
  • Secara logiknya, anda boleh membaca 20 muka surat setiap hari. (Ada beberapa hari 21 muka surat)

20 muka surat dibahagikan dengan 5 waktu solat:

  • Subuh – 4 muka surat
  • Zohor – 4 muka surat
  • Asar – 4 muka surat
  • Maghrib – 4 muka surat
  • Isyak – 4 muka surat

Tips Tambahan :

  • Admin syorkan untuk membaca 2 muka surat sebelum solat fardhu. Dan sambung lagi 2 muka surat setelah selesai solat.
  • Betulkan niat kerana khatam al-Quran memerlukan konsisten dan kesungguhan dalam diri.
  • Setelah selesai baca helaian muka surat, baca terjemahannya agar dapat lahirkan rasa seronok membaca kerana lebih memahami isi kandungan.

Selamat Beramal Ibadah! 🙂

Assalamualaikum semua! Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Bagaimana persiapan anda semua untuk berjumpa dengan bulan yang mulia ini? Cukup kah amalan kita selama ini? Binasakah perkataan-perkataan yang keluar dari mulut kita? Sudahkah kita terbiasa mendengar gossip dan perkara yang tidak baik melalui telinga kita? Adakah kita melihat benda yang haram dilihat?

Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…

— surah Al-Baqarah, ayat 185

Bagi yang berpuasa penuh pada setiap tahun, admin ucapkan tahniah kerana berjaya melawan nafsu sendiri. Pada yang baru untuk berubah untuk menjadi insan yang lebih baik, admin ucapkan tahniah juga kerana Allah tidak pernah membezakan umatnya. Sebesar mana pun dosa kita sebelum ini, ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun.

Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan:

 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala. 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan:

 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala.

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.

  • Diingatkan kepada semua bahawa lebih digalakkan untuk niat berpuasa sebulan dan juga harian (Niat waktu tenggelam matahari-Maghrib sehingga terbenam matahari-Subuh) kerana takut kita terlupa untuk niat harian.
  • Semoga Ramadhan kali ini memjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya, InsyaAllah.

Tipulah kalau kita umat Islam di Malaysia ni tak pernah dengar lagu niat puasa dari kumpulan raihan ni, kan? Selamat Berpuasa 🙂

Bulan Ramadhan hampir tiba dan negara masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perdana Menteri juga ada memberitahu bahawa kehidupan harian kita selepas ini tidak akan lagi normal seperti biasa. Ini bermaksud, walaupun PKP telah ditamatkan kelak, segala perhimpunan, kenduri kendara, keraian tidak akan dibenarkan hatta untuk berjabat tangan juga tidak digalakkan lagi.

Justeru itu, sebagai umat Islam kita masih lagi wajib menunaikan tanggungjawab rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat fitrah.

Maka tiada alasan lagi untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab kerana sekarang kita boleh membayar zakat fitrah secara online sahaja.

PERLUKAH MELAFAZKAN AKAD?

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan yang perlu dibuat.

Ini kerana, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah.

Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Sekarang, admin akan tunjukkan cara membayar zakat melalui Maybank2u.

  1. Log masuk ke akaun Maybank2u anda.
    1. Pilih bahagian “Pay Bills’
    2. Klik ke bahagian ‘Payee’
    3. Pilih senarai zakat mengikut negeri yang anda duduki.
    4. Pada bahagian ‘Type of Zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’.
    5. Masukkan amaun yang dikehendaki beserta nombor telefon anda.

Buat masa ini kadar rasmi zakat fitrah bagi tahun 2020 masih belum dikeluarkan lagi. Tetapi apa yang admin baca, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengumumkan kadar zakat fitrah baharu iaitu RM5 bagi memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.

Admin akan update semula sekiranya menerima kadar zakat fitrah untuk semua negeri nanti ya.