Tag

puasa

Browsing

Assalamualaikum semua umat Islam yang tengah berbuasa sekarang, pastinya ketika bulan Ramadhan, kita lebih suka untuk masak bersama keluarga di rumah. Tapi, masa PKP seperti sekarang ni, memang wajib lah kan masak setiap hari. Ada yang beli juadah berbuka di Bazar Ramadan Online ke?

Kalau waktu bulan tak puasa, boleh lah rasa setiap kali masak. Tapi waktu bulan puasa ni macam mana pulak nak rasa? Takut nanti masin ke, pedas sangat ke. Haa..admin ada baca di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. tentang hukum merasa makanan ketika berpuasa, tetapi ada caranya.

Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih. Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur. Ibn Abbas R. Anhuma berkata:

لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ

“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”

Ini hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya. 

Jadi, jangan risau ye makanan korang masin ke pedas ke. Jangan lupa untuk ikut cara yang betul iaitu makanan dikecap di hujung lidah tanpa ditelan. Pastikan anda kumur ya lepas rasa. Selamat Masak semua!

Berpuasa pada bulan ramadhan adalah rukun islam yang ketiga. Sejujurnya, ketika puasa kita tidak merasa terlalu lapar tapi dahaga, kan? Cara mudah untuk mengatasi rasa dahaga di bulan Ramadhan adalah penghidratan dan penyimpanan air di dalam badan kita. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda makan dan minum untuk memudahkan anda berpuasa pada keesokan harinya.

1. Minum Air

Minum air secukupnya dari anda berbuka puasa sehingga waktu sahur. Kalau mengikut kiraan, badan kita memerlukan 8 gelas air sehari. Jadi, pastikan anda minum air putih ya. Jangan minum air manis pulak 8 gelas hehe..

2. Elakkan Minum Kafein

Admin tahu bagi penggemar kopi di luar sana pasti tidak sabar menunggu waktu Iftar untuk minum secawan kopi. Namun, anda harus menghentikan tabiat ini, atau sekurang-kurang mengurangkannya kerana kafein membuat anda ingin buang air kecil, oleh itu badan anda akan kehilangan cecair.

3. Makan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

Tips ketiga adalah dengan makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang banyak kandungan air pada waktu sahur. Contohnya seperti tembikai. Tembikai mempunyai 91% air dan 6% gula. Jika anda malas makan begitu sahaja, anda boleh membuat smoothie. Selain itu, timun juga merupakan sayur yang mengandungi 90% air. Ia pasti akan membuatkan anda rasa lebih bertenaga pada keesokan harinya.

4. Elak Makanan Pedas & Masin

Makanan pedas dan masin akan meningkatkan keperluann air dalam badan anda. Sekiranya anda memasak dalam tempoh ini, cuba jangan menggunakan terlalu banyak garam atau terlalu banyak rempah.

5. Elak Aktiviti Yang Mengeluarkan Peluh

Pendedahan kepada haba tidak dapat dielakkan dengan cuaca di Malaysia, tetapi cubalah untuk mengelakkan panas sebanyak mungkin. Suhu yang panas akan menyebabkan anda berpeluh dan mengakibatkan kehilangan cecair dalam badan. Banyak senaman yang tidak mengeluarkan peluh terlalu banyak, janganlah lari atas treadmill selama sejam pulak ye.

Selamat berpuasa! 🙂

Ikuti Tips daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk minum 8 gelas air di bulan puasa.