Tag

bilastro

Browsing

Zaman sekarang kebanyakkan kita melanggan siaran Astro untuk menonton bersama keluarga tersayang. Setiap ahli keluarga kita mesti ada siaran kegemaran yang mereka tonton.Pada waktu malam boleh di katakan dari pukul 7 malam hingga tengah malam ada sahaja cerita yang di tonton.Pada hari cuti atau cuti sekolah sudah tentu TV di rumah anda boleh di katakan hampir 12jam bersiaran dengan pelbagai cerita dari yang kanak-kanak hingga ke dewasa.Pada suatu hari tiba-tiba siaran Astro tidak boleh di gunakan, kena pula waktu itu cuti sekolah. Kita sebagai manusia kadang-kadang mesti ada terlupa sesuatu yang perlu kita ingat tiap-tiap bulan, bayar segala macam-macam bill pada tiap bulan sampaikan terlupa untuk bayar bill Astro.

Setelah bil sudah di bayar, mesti anda akan lalui pengalaman seperti ini.Bil Astro sudah kami jelaskan tapi kenapa masih tidak boleh lagi di gunakan? tanpa fikir panjang anda mesti hubungi operator Astro, tapi apa yang terjadi? biasalah bukan anda seorang sahaja yang mengunakan Astro. Akan mengambil masa yang lama untuk operator Astro menjawab pangilan anda. Baiklah anda tidak pelu risau dan tidak perlu untuk menunggu operator Astro menjawab pangilan anda. Waktu sekarang sudah maju anda tidak perlu call operator Astro ,hanya SMS sahaja anda boleh buat sambungan semula siaran Astro.

Cara sambungan semula Astro dengan menggunakan SMS
1. Pada telefon bimbit/pintar anda, taip seperti di bawah ini
2. ASTRO<jarak>RCO<jarak>AC<jarak>No Akaun
3. Setelah selesai, hantarkan ke 66688
4. Tunggu respon daripada pihak Astro, dan ikuti segala arahan daripada pihak Astro untuk mengaktifkan Astro anda semula.

Setiap masalah yang berlaku dalam hidup kita mesti ada cara penyelesaian yang terbaik.Setelah itu berlaku kita akan beringat di hari-hari akan datang supaya tidak akan berlaku lagi hal yang sama. Mudah sahajakan untuk anda buat penyambungan semula secara SMS.Dapat melihat semula siaran Astro bersama keluarga tersayang.Semoga dapat membantu anda untuk lebih efisyen di masa akan datang.

Pening bila bil astro tidak sampai di rumah ? Jangan risau SMS sahaja untuk semak baki bil Astro anda.

Langkah mudah:

Semakan SMS menggunakan nombor akaun Astro
– Taip ASTRO <jarak> BAL <jarak> NO AKAUN ASTRO (10 digit) dan hantar ke 66688
anda akan menerima SMS menyatakan bil semasa anda dan tarikh bila ada perlu buat bayaran.

Mudah sahaja untuk anda buat Semakan Bil Astro secara SMS. Semoga dapat membantu anda untuk lebih efisyen di masa akan datang.