Cara

Sukar Untuk Tahan Dahaga Ketika Berpuasa? Ikuti 5 Cara Ini

Pinterest LinkedIn Tumblr

Berpuasa pada bulan ramadhan adalah rukun islam yang ketiga. Sejujurnya, ketika puasa kita tidak merasa terlalu lapar tapi dahaga, kan? Cara mudah untuk mengatasi rasa dahaga di bulan Ramadhan adalah penghidratan dan penyimpanan air di dalam badan kita. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda makan dan minum untuk memudahkan anda berpuasa pada keesokan harinya.

1. Minum Air

Minum air secukupnya dari anda berbuka puasa sehingga waktu sahur. Kalau mengikut kiraan, badan kita memerlukan 8 gelas air sehari. Jadi, pastikan anda minum air putih ya. Jangan minum air manis pulak 8 gelas hehe..

2. Elakkan Minum Kafein

Admin tahu bagi penggemar kopi di luar sana pasti tidak sabar menunggu waktu Iftar untuk minum secawan kopi. Namun, anda harus menghentikan tabiat ini, atau sekurang-kurang mengurangkannya kerana kafein membuat anda ingin buang air kecil, oleh itu badan anda akan kehilangan cecair.

3. Makan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

Tips ketiga adalah dengan makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang banyak kandungan air pada waktu sahur. Contohnya seperti tembikai. Tembikai mempunyai 91% air dan 6% gula. Jika anda malas makan begitu sahaja, anda boleh membuat smoothie. Selain itu, timun juga merupakan sayur yang mengandungi 90% air. Ia pasti akan membuatkan anda rasa lebih bertenaga pada keesokan harinya.

4. Elak Makanan Pedas & Masin

Makanan pedas dan masin akan meningkatkan keperluann air dalam badan anda. Sekiranya anda memasak dalam tempoh ini, cuba jangan menggunakan terlalu banyak garam atau terlalu banyak rempah.

5. Elak Aktiviti Yang Mengeluarkan Peluh

Pendedahan kepada haba tidak dapat dielakkan dengan cuaca di Malaysia, tetapi cubalah untuk mengelakkan panas sebanyak mungkin. Suhu yang panas akan menyebabkan anda berpeluh dan mengakibatkan kehilangan cecair dalam badan. Banyak senaman yang tidak mengeluarkan peluh terlalu banyak, janganlah lari atas treadmill selama sejam pulak ye.

Selamat berpuasa! 🙂

Ikuti Tips daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk minum 8 gelas air di bulan puasa.

Idea penulisan datang dari kucing.

Write A Comment