Wajib Tonton

Kenapa ‘SKY Castle’ sangat popular di Korea? Ini Sebabnya

Pinterest LinkedIn Tumblr

Sky Castle merupakan siri drama korea yang popular dengan rating yang paling tinggi setakat ini. Kenapa drama ini sangat popular menjadi persoalan peminat drama korea diseluruh negara kerana ia bukanlah ada barisan pelakon yang terkenal seperti Lee Min Ho, Kim Woo Bin atau Jun Ji Hyun. Jom kita tengok apa sebabnya!

Apakah maksud disebalik ‘SKY’?

Kalau anda perhatikan dalam poster drama ini, setiap huruf SKY ditulis dengan huruf besar. Sebenarnya, nama itu sahaja mendedahkan banyak tentang jalan cerita drama ini. “SKY” merupakan akronim yang lazim di kalangan rakyat Korea Selatan untuk merujuk kepada tiga universiti terkemuka dan paling berprestij di negara ini: Seoul National University, Korea University dan Yonsei University.

3 Universiti yang berprestij di Korea Selatan

Obsesi ibubapa terhadap pendidikan anak

SKY Castle membawa penonton melalui sisi gelap sistem pendidikan di Korea, termasuklah bunuh diri. Disini, anda dapat lihat betapa kejamnya ibubapa yang sanggup menggunakan apa cara sahaja agar anak mereka dapat masuk ke universiti berprestij.

Tanpa menghiraukan perasaan anak masing2, persahabatan antara ibubapa dengan ibubapa yang lain hanyalah disebabkan motif jahat yang tersembunyi. Perkara ini bukanlah asing dalam kalangan rakyat kaya Korea Selatan, sebab itulah drama ini sangat popular!

Kemurungan anak akan hilang setelah masuk universiti

Ibu bapa dalam drama ini percaya bahawa semua konflik dalam keluarga, seperti kemurungan anak dan kebimbangan mengenai masa depan, akan diselesaikan sebaik sahaja mereka masuk universiti.

Walaupun ibu bapa merasa bertanggungjawab untuk “menyediakan masa depan yang berkualiti” untuk anak-anak mereka, pendidikan etika di dalam keluarga diabaikan, dan anak-anak meragui bahawa ibu bapa mereka sayang kepada mereka.

Barisan pelakon utama wanita yang hebat

Meskipun banyak pelakon yang belum popular dalam drama ini, 5 pelakon wanita veteran Yum Jung Ah, Lee Tae Ran, Yoon Se Ah, Oh Na Ra dan Kim Seo Hyung menunjukkan skill lakonan yang hebat dalam memegang watak utama.

Bukan drama cinta-fantasi cliche

Seperti semua penggemar drama Korea tahu, Korea sangat popular dengan drama cinta dan fantasi. Tetapi SKY Castle telah membuktikan bahawa genre lain pun boleh dapat sambutan yang hangat mengalahkan Goblin dan Reply 1988.

Drama ini adalah fresh topic, dan sangat mudah untuk dikaitkan dengan kehidupan luar. Ia bermula dengan peratusan yang sangat rendah 1.7% dan kemudian naik sehingga 24.6% dan menjadi drama yang tertinggi dalam sejarah saluran TV bukan terestrial.

Dengar macam best je kan cerita ni? Anda pasti akan ketawa, menangis, marah dengan setiap plot twist dalam drama ni. Tinggalkan komen jika anda ada pendapat lain atau sama dengan admin tentang cerita ini.

Anda boleh menonton episod penuh SKY Castle di Netflix, Viu dan iflix.

Idea penulisan datang dari kucing.

6 Comments

  1. Nurul Izzaty Reply

    Memang best citer nih. Rasa geram je dgn han seo jin tu, mak tak berhati perut

    Dtg dr group rtk nmpk post ni, lepas ni leh buat top kdrama pulak Good info

  2. I am a mother of 2 girls….how lucky my doters for having me..I’m not obsessed with academics achievement

  3. Cerita ni mmg sgt2 best. Dari first ep until the last x prnah x buat penonton suspense with the storyline. Mmg recommended to all especially parents.

  4. Cerita ni mmg menarik, awal tgk ingatkan tak best sebab bukan genre cinta tapi bila dah tgk best gila mmg satu genre yang semua org boleh relate

  5. Melalui drama ni baru tau kenapa students high school kat korea sangat stress bila nak masuk university. Rupanya rupanya sebab tekanan dari parents. Hehehehhe best cerita ni

Write A Comment