Wajib Tonton

“Forgotten”, Adakah Realiti Atau Ilusi?

Pinterest LinkedIn Tumblr

Hari ini admin akan share kan satu Filem Korea Selatan bergenre Thriller. Filem ini diterbitkan pada tahun 2017 dan dibintangi oleh Kang Ha Neul sebagai Jin Seok dan Kim Moo Yul sebagai Yoo Seok.

Filem ini mengisahkan tentang Jin Seok yang berpindah ke rumah baharu bersama abangnya, Yoo Seok , ibu serta bapanya. Semasa sedang mengemas rumah, bapanya berulang kali memberitahu supaya tidak membuka satu bilik di ruangan atas kerana tuan rumah lama ada menyimpan sesuatu disitu.

Jin Seok menghidap penyakit hypersensitivity dan memerlukan pengambilan ubat supaya dia menjadi tenang. Semasa sedang makan malam, Jin Seok mendengar bunyi yang kuat dari bilik atas tersebut, namun keluarganya menafikan dan memberitahu ia hanyalah bunyi guruh.

Semasa sedang tidur, Jin Seok ternampak lampu di dalam bilik tersebut menyala, Dia perlahan lahan menghampiri bilik tersebut namun tidak sempat untuk membuka pintu bilik kerana secara tiba-tiba ditegur oleh abangnya.

Pada suatu petang yang hujan, Jin Seok ternampak abangnya diculik dan dilarikan dengan van oleh sekumpulan lelaki. Selepas 19 hari, abangnya pulang ke rumah namun dia tidak mengingati apa yang terjadi sepanjang kehilangannya itu. Sejak kepulangan abangnya, Jin Seok menyedari kelainan pada Yoo Seok dan membuatnya berfikir bahawa lelaki yang baru pulang itu bukan abangnya.

Yang menambahkan lagi curiga apabila pada suatu malam, Jin Seok ternampak abangnya keluar daripada rumah. Jin Seok mengejar abangnya dengan menaiki teksi sehingga ke suatu kawasan lorong. Di situ, dia ternampak abangnya bersama dengan detektif yang mengambil kes kehilangan abangnya dahulu!

Plot di dalam cerita ini digarap dengan baik sehingga berjaya membuatkan admin rasa berdebar dan tertunggu tunggu apa sebenarnya terjadi kepada Jin Seok dan Yoo Seok.

Kepada peminat filem bergenre Thriller, jom menonton filem ini dan anda pasti akan terkejut dengan plot twist nya nanti.

Write A Comment