Wajib Tonton

Filem Bukit Kepong : Memaparkan Pengorbanan Wira-wira Negara

Pinterest LinkedIn Tumblr

Negara kita sekarang makin maju selepas kita mendapatkan kemerdekaan daripada tangan komunis. Ramai yang lupa akan perjuangan yang dilalui oleh nenek moyang kita sebelum mendapatkan kemerdekaan.

Filem Bukit Kepong merupakan filem patriotik yang diterbitkan pada 1981 dan diarahkan oleh seniman terkenal iaitu Jins shamsuddin. Sehingga hari ini filem ini masih ditayangkan ditelivisyen terutama sekali pada bulan kemerdekaan.

Bukit Kepong menceritakan kisah benar serangan Gerila Komunis terhadap stesen polis Bukit Kepong pada 23 February 1950. Sikap komunis yang jahat, memandang rendah akan semangat juang pasukan polis negara yang membuat komunis berhasrat untuk merampas kawalan stesen itu untuk dijadikan kawasan kawalan komunis. Pasukan polis negara kita tidak memiliki kelengkapan dan senjata yang canggih untuk melawan komunis tetapi wira-wira negara kita sanggup berusaha dan bertarung sehingga nafas terakhir mereka untuk mempertahankan kubu polis yang dibuat daripada kayu. Mereka berani bertarung sehingga lima jam sebelun komunis berjaya membakar kubu kayu tersebut.

Antara pengajaran yang dapat kita lihat dan ambil untuk dijadikan inspirasi kepada diri kita untuk menghargai jasa-jasa wira negara dan kita perlu mengekalkan kemerdekaan.

  1. Bekerjasama. Sentiasa berkomunikasi secara terbuka antara satu sama lain. Dalam filem ini, kerjasama dapat dilihat apabila pasukan polis pimpinan Sarjan Jamil Mohd Shah, penduduk kampung, dan wakil British yang duduk berbincang dalam mesyuarat tentang kelemahan kawasan masing-masing. Kawasan kubu wira-wira negara kita terletak di tebing sungai dan memudahkan musuh untuk datang menyerang dengan menggunakan bot. Dalam perbincangan itu wira-wira negara dan orang kampung bekerjasama untuk sentiasa berjaga-jaga serta memasang mata dan telinga untuk anggota polis. Kita mestilah sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain agar kita boleh menyiapkan diri untuk berhadapan dengan tugas yang mencabar dan bekerjasama menangani masalah untuk kebaikan bersama.
  2. Keberanian yang tinggi. Pengajaran ini dapat kita lihat apabila komunis Muhamat Indera membuat beberapa panggilan kepada pegawai polis Bukit Kepong supaya mengangkat bendera putih yang memberi tanda wira-wira negara akan menyerah diri. Wira negara kita enggan berbuat demikian kerana mereka sangat berani dan melawan apa yang diperintahkan oleh komunis. Mereka tidak menyerah diri begitu sahaja. Walaupon susah untuk berjuang demi keberanian tetapi wira-wira negara kita tetap berjuang, berganding bahu dan tidak gentar untuk mendapatkan keadilan.
  3. Mementingkan kepentingan orang lain melebihi diri sendiri. Dalam filem ini dapat kita lihat Sarjan Jamil mempertahankan nyawanya untuk memeriksa saki-baki orang yang masih hidup dalam berek polis walaupun dia tahu keadaan dia sendiri dalam bahaya tapi dia masih memikirkan anak dan isteri polis yang lain yang berada dalam berek polis untuk diselamatkan.

Banyak pengajaran yang ditunjukkan oleh wira-wira negara kita dalam mempertahankan maruah negara dan ahlinya daripada filem ini yang dapat kita perolehi dari watak-watak yang dilakonkan semula melalui filem ini. Bukan itu sahaja malah banyak lagi pengajaran baik yang ditunjukkan.

Untuk yang belum pernah menonton filem ini. Tontonlah kerana ia tidak merugikan dan pasti memberi inspirasi kepada anda untuk mempertahankan kemerdekaan negara yang kita peroleh hari ini hasil pengorbanan wira – wira negara kita. Semoga kita semua sentiasa hidup dalam keadaan aman dan kita sebagai warganegara Malaysia jangan pernah menghianati negara sendiri untuk kepentingan diri. Hargailah perjuangan dan pengorbanan wira-wira kita terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan yang kita nikmati sehingga hari ini.

Write A Comment