Wajib Tonton

Debaran Terperangkap Di Dalam “Tunnel” Yang Runtuh

Pinterest LinkedIn Tumblr

Kali ini admin nak kongsikan Filem Korea Selatan bergenre Action-Survival. Filem ini diterbitkan pada tahun 2016 dan diadaptasi dari penulisan novel berjudul ‘Tunnel’ oleh So Jae Won.

Kisah bermula semasa Lee Jung Soo ingin pulang ke rumah untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya. Sebelum itu, dia telah singgah di sebuah stesen minyak dan semasa ingin meneruskan perjalanan, pakcik jurupam petrol telah memberikan dia dua botol air minuman sebagai tanda maaf disebabkan kesalahannya mengisi minyak.

Semasa melalui satu terowong, sesuatu yang tidak terfikir olehnya terjadi. Terowong tersebut telah runtuh dan membuatkan Jung Soo terperangkap didalam keretanya bersama timbunan batu bata konkrit.

Apa yang ada bersamanya hanyalah dua botol air minuman yang diberikan jurupam tadi dengan kek hari jadi anaknya. Dia perlu meminimum kan penggunaan air tersebut kerana proses menyelamatkannya dianggarkan dalam masa seminggu.

Semasa berada dibawah terowong yang runtuh itu, secara tiba-tiba Jung Soo ternampak seekor anjing diikuti suara wanita. Rupa-rupanya terdapat sebuah lagi kereta turut terperangkap di situ. Disini kita akan dapat lihat dilema Jung Soo samada ingin berkongsi air minuman nya atau terus sahaja menjadi selfish demi terus hidup.

Filem ini banyak mempertontonkan realiti sebenar kehidupan di Korea Selatan. Apabila terjadinya malapetaka, wartawan berpusu-pusu ingin menjadi yang pertama melaporkan berita. Ini dapat dilihat apabila ada wartawan sanggup menemu bual Jung Soo yang sedang ditimpa musibah dan bertanyakan perkara yang tidak masuk akal seterusnya membuatkan Jung Soo merasa tertekan. Mereka juga tidak hirau samada bateri telefonnya akan habis dengan panggilan panggilan yang tidak sepatutnya seperti itu.

Setiap Menteri yang turun padang akan diambil gambarnya untuk menunjukkan mereka simpati terhadap apa yang berlaku. Selain daripada itu, isu penipuan dalam projek pembinaan membuatkan struktur yang dibina tidak selamat sekaligus menyebabkan tragedi yang tidak diingini berlaku.

Dalam usaha membawa keluar Jung Soo, banyak kejadian kejadian lain yang berlaku di tapak tersebut. Isteri Jung Soo turut terkena tempias nya hanya kerana untuk mengeluarkan suaminya, para pekerja berdepan risiko dalam proses menyelamat. Kos menyelamat yang menelan belanja tinggi turut menjadi punca proses menyelamat ini perlu dihentikan segera.

Bagi anda yang meminati filem survival seperti ini, Tunnel boleh diletakkan di dalam list wajib tonton anda.

Selamat menonton!

Write A Comment