Wajib Tonton

‘Crash Landing On you’ – Kisah Cinta Yang Trajis

Pinterest LinkedIn Tumblr

Crash Landing On You (CLOY) merupakan kisah cinta antara Yoon Se-Ri dan Kapten RI Jeung Hyeok

Yoon Se-Ri ,watak yang di pegang oleh Son Eon-Jin merupakan salah seorang anak jutawan di Korea Selatan, mempunyai rangkaian perniagaannya sendiri dan merupakan pewaris kepada perniagaan ayahnya juga .

Kapten Ri Jeung Hyeok pula watak nya dilakonkan oleh pelakon kacak Korea iaitu Hyun Bin . Kapten Ri adalah anak kepada pengarah Kementerian Pertahanan Korea Utara yang menjaga keselamatan di sempadan Korea Utara dan Korea Sleatan .

Walaupun seluruh dunia mengetahui bahawa Korea adalah sebuah negara yang terpecah dua Korea Utara dan Korea Selatan, akibat fahaman politik yang berbeza namun cinta mereka tidak mengenal sempadan .

Kisah bermula apabila Yoon Se-Ri bermain paragliding tiba2 berlaku angin ribut yang sangat kuat sehingga dia di terbangkan jauh dan telah membuat pendaratan kecemasan di atas pokok di kawasan angkatan tentera Korea Utara . Dia telah diselamatkan oleh Kaptain Ri sewaktu sedang membuat kawalan.Sesiapa sahaja yang mendengar Korea Utara pasti akan rasa gerun sebab pemerintahannya hampir 100 peratus dikuasai oleh sistem ketenteraan yang tegas . Begitu juga lah dengan Se-Ri . Banyak usaha yang telah diaturkan untuk menghantar pulang Se-Ri secara senyap2 ke Korea Utara namun gagal semuanya berpunca dari Jo Chul Kang iaitu komplot jahat dalam tentera itu sendiri .

Takdir membuatkan mereka akhirnya telah jatuh cinta antara satu sama lain secara tidak sengaja tetapi masing2 tidak mahu meluahkan rasa hati mereka disebabkan Kaptain Ri telah ditunangkan oleh keluarga nya dengan anak salah seorang tentera yang berpangkat dan masing2 juga mempunyai ego mereka sendiri. walaupun telah banyak kali Se-ri mengucapkan Selamat tinggal akhirnya Se-Ri telah selamat merentasi sempadan Korea Utara Selatan dengan dihantar sendiri oleh Kapten Ri . Di sini bermulalah ‘scene2’ yang sedih di mana mereka terpaksa berpisah untuk selama nya .

Sifat tamak ,dendam dan sakit hati Jo Chul Kang tidak berakhir di situ sahaja .Dia telah menyusup masuk ke Korea Selatan dengan tujuan untuk membunuh Se-Ri .Ini Menyebabkan Kapten Ri terpaksa menyelinap masuk juga ke Korea Selatan demi menyelamatkan Se-Ri kekasih hatinya .Bermulalah adegan2 ‘Thrill’ , sedih dan romantik di mana menjadikan hubungan cinta mereka semakin kuat .

Dalam drama ini juga kita dapat lihat bagaimana kehidupan di Korea Utara yang jauh bezanya dengan kehidupan di Korea Selatan dari sudut ekonomi mahupun sosial namun hakikatnya ia amat menghiburkan . Walaupun Korea Utara dianggap sangat menggerunkan, namun begitu masih ada insan-insan yang berhati mulia .Banyak juga adegan2 yang mencuit hati penonton .

Jo Chul Kang akhirnya mati terbunuh di tembak oleh tentera Korea Selatan . Maka dengan itu berakhirlah sudah misi Kapten Ri datang ke Korea Selatan dan dia harus pulang meninggalkan Se-Ri . Tetapi sebelum sempat pulang dia telah di tangkap oleh pihak berkuasa Korea Selatan dan setelah di soal siasat akhir nya misi menghantar dia pulang ke Korea Utara . Ini juga salah satu adegan yang sangat menyayat hati .

Adakah mereka akan di pertemukan lagi ?

Anda wajib tonton drama Korea ini untuk melihat bagaimana mereka menjalani kehidupan masing-masing tanpa kekasih hati disisi .Memang sangat menarik penceritaannya dan moral of the story adalah cinta sejati itu tiada batas sempadan dan ianya hanya memerlukan pengorbanan yang sangat besar . Jangan lupa sediakan tisu di sisi anda sewaktu menonton drama ini . SELAMAT MENONTON…

Write A Comment