Cara

Cara Mudah Khatam Al-Quran Selama 30 Hari Pada Bulan Ramadhan

Pinterest LinkedIn Tumblr

Assalamualaikum semua! Bulan Ramadhan ni bulan yang kita berpusu-pusu untuk kumpul pahala sebanyak yang mungkin. Selain betulkan niat, jaga mata, mulut, telinga dan sebagainya dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah, kita juga dapat menambah pahala dengan membaca al-Quran.

Bagi yang tidak pernah membaca al-Quran ataupun yang sudah lama meninggalkan bekalan kita yang akan dibawa ke kubur nanti, inilah masanya untuk mengubah diri anda ke arah yang lebih baik. Ada yang setiap tahun mempunyai azam untuk khatam alQuran pada bulan Ramadhan tapi tak kesampaian. Admin akan kongsikan cara mudah pengiraan untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan.

Al-Quran ada 604 muka surat.

Untuk Khatam Al-Quran 1 kali :

  • 604 muka surat dibahagikan 30 hari = 20.133 muka surat setiap hari.
  • Secara logiknya, anda boleh membaca 20 muka surat setiap hari. (Ada beberapa hari 21 muka surat)

20 muka surat dibahagikan dengan 5 waktu solat:

  • Subuh – 4 muka surat
  • Zohor – 4 muka surat
  • Asar – 4 muka surat
  • Maghrib – 4 muka surat
  • Isyak – 4 muka surat

Tips Tambahan :

  • Admin syorkan untuk membaca 2 muka surat sebelum solat fardhu. Dan sambung lagi 2 muka surat setelah selesai solat.
  • Betulkan niat kerana khatam al-Quran memerlukan konsisten dan kesungguhan dalam diri.
  • Setelah selesai baca helaian muka surat, baca terjemahannya agar dapat lahirkan rasa seronok membaca kerana lebih memahami isi kandungan.

Selamat Beramal Ibadah! 🙂

Idea penulisan datang dari kucing.

Write A Comment