Cara

Cara Mengatasi Penyakit Batu Karang (Urinary Tract) Pada Kucing

Pinterest LinkedIn Tumblr

Pada bulan 9 tahun 2019, admin telah kehilangan seekor kucing yang dijaga dan dibela selama 7 tahun. Sedih tu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pencinta kucing ni menganggap kucing sebagai keluarga mereka sendiri. Jadi, jika kucing kita telah meninggalkan kita, sedihnya seperti kehilangan ahli keluarga sendiri. Bukan manusia sahaja yang merasa kehilangan, malah kucing yang rapat dengan kucing yang mati pun turut merasa sedih.

Kucing admin yang diberi nama Obin menghidap penyakit Batu Karang (Urinary Tract) pada tahun 2015. Umurnya panjang, admin dapat lagi meluangkan masa dengannya sehingga 2 September 2019. Tinggallah admin bersama seekor lagi kucing, Cheche. Disebabkan pengalaman sedih tidak dapat selamatkan kucing dari penyakit ini, admin mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan kucing admin yang lagi satu ni terhindar dari batu karang.

Cara Atasi Penyakit Batu Karang :

  1. Pastikan kucing berada di dalam berat ideal. Maksudnya tidak terlalu gemok dan tidak terlalu kurus. Kucing yang gemok lebih cenderung untuk sakit. Pastikan doktor dapat merasakan tulang rusuk kucing.
  1. Beri makanan basah dalam tin. Admin suka jenama Sheba, makanan kucing import dari Jepun. Ayam, Tuna atau Salmon dalam tin tersebut adalah dari carikan isi ayam/ikan dan kurang bahan pengawet.
  1. Sentiasa sediakan air minuman yang bersih. Kalau boleh air yang ditapis ya, kerana air paip di malaysia ni tidak bersih.
  1. Selalu bersihkan litter box kucing. Pastikan pasir sentiasa bersih dari tahi dan kencing.
  1. Kurangkan stress kepada kucing. Selalu main bersama mereka dan boleh juga beri snek kucing selang 2 hari.
  1. Beri makanan kering yang khasiatnya khusus lebih kepada Urinary Care. Contohnya admin menggunakan Royal Canin Urinary Care.

Demikianlah 6 langkah yang admin praktikkan sekarang. Cheche dah tidak kesunyian, admin telah selamatkan seekor anak kucing (Miko) pada waktu hujan selepas 2 bulan kematian Obin. Sekarang Cheche dah ada kawan hehe!

Cheche dan Miko
Sentiasa dalam ingatan, Obin. (1 April 2013-2 September 2019)

Komen dibawah jika anda mengalami masalah yang sama seperti admin. Dengan pengalaman ini, marilah kita sama-sama membendung kucing dari terkena penyakit batu karang. 🙂

Idea penulisan datang dari kucing.

Write A Comment