Cara

Cara-cara Membasmi Pembiakan Nyamuk Aedes

Pinterest LinkedIn Tumblr

Penyakit bawaan nyamuk yang sangat bahaya dikenali sebagai demam denggi. Jangkitan ini boleh berlaku sekiranya seseorang itu dijangkiti oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini boleh membawa maut.

Mari kita sama-sama membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Cara-caranya ialah pastikan tiada takungan air di kawasan kediaman kita yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tempayan, pasu bunga dan tayar buruk tidak terbiar menakung air di kawasan kita. Jika ada, tuangkan air tersebut dan dibasuh bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.

Tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes

Seterusnya, pastikan anda menutup semua bekas menyimpan air dengan rapat supaya tidak memberi peluang kepada nyamuk untuk bertelur. Bekas yang tidak digunakan jangan dibiar begitu sahaja. Kumpul dan tanam. Jika malas nak tanam buang ke dalam tong sampah yang sepatutnya.

Selain itu, periksa saluran bumbung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memberishkan daun yang menyekat air pada bumbung yang boleh menyebabkan air tidak mengalir.

Cuci bumbung rumah

Tambahan pula, anda boleh menggunakan cara memelihara ikan perliharaan seperti ikan gapi dan ikan puyu yang akan memakan jentik-jentik. Jika anda menyimpan air dalam tangki yang besar. Sebaiknya, peliharalah ikan ini dalam tangki tersebut untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Jika anda tidak ingat lakukan cara ini anda boleh masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air mengikut sukatan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Lakukanlah cara-cara membasmi pembiakan nyamuk Aedes di tempat anda. Setiap orang mestilah prihatin dan melakukan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan kediaman tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Apabila tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes kita dapat mengelakkan diri kita daripada penyakit denggi. Tiada Aedes tiada denggi.

Write A Comment