Wajib Tonton

“Bulan dan Pria Terhebat” Memaparkan Aksi Komedi Yang Mencuit Hati

Pinterest LinkedIn Tumblr

Filem ini memaparkan pelakon yang terkenal seperti Zizan Razak, Zahirah Macwilson, Bell Ngasri, Khir Rahman, Maya Karim dan ramai lagi. Mendengar sahaja nama-nama mereka ini pastinya membuatkan anda ingin menonton filem ini.

Genre filem ini tertumpu kepada aksi tembak menembak dan diselitkan juga dengan watak lucu oleh pelawak terkenal Zizan Razak dan Bell Ngasri dalam adegen cerita ini. Antara sebab kenapa anda perlu menonton filem ini ialah Watak Pria yang dilakonkan oleh Zizan Razak dan Bell Ngasri pastinya mencuit hati. Pria dalam filem ini berperanan membantu misi Bulan yang dilakonkan oleh Zahirah Macwilson untuk memburu adiknya Melati yang berada dalam tangan bapak ayam.

Barisan pelakon Bulan dan Pria Terhebat

Seterusnya, kita dapat melihat kekuatan dan semangat juang wanita yang tinggi yang ditonjolkan oleh Zahirah Macwilson sebagai Bulan dalam filem ini. Zahirah memegang watak Bulan yang merupakan seorang pelatih dalam pasukan ‘special forces’ di Indonesia yang sanggup menyeludup dirinya ke kancah sindikit pemerdagangan manusia. Tujuan bulan berbuat demikian adalah untuk menyelamatkan adiknya Melati dari gengaman bapa ayam.Pada mulanya Melati ditawarkan menjadi model. Tapi sebenarnya dia ditipu kerana bapa ayam itu berhasrat memperdagangkan Melati, dia tertipu kerana lelaku itu memberi janji manis dia bukan dijadikan model malah dipaksa menjual maruah diri.

Selain itu, Filem ini memaparkan persahabatan, kesetiaan dan kepercayaan. Dalam filem ini anda dapat melihat bagaimana seorang kawan itu berfungsi dengan sanggup berdepan risiko demi keselamatan dan ingin membantu sahabat. Ini jelas dapat dilihat pada watak yang dilakonkan oleh Zizan Razak, Bell Ngasri dan Zahirah ketika mereka bersama-sama berhadapan dengan penjahat. Bayangkan macam mana mereka boleh melakukan aksi-aksi lasak dan memastikan ada sedikit komedi yang membuatkan penonton tertawa dan mencuit hati melihat gelagat mereka dalam Bulan dan Pria Terhebat.

Untuk merasai sendiri keseronokkan filem ini. Jangan lupa tonton filem ini, ianya filem aksi yang lasak dengan adegan-adegan menggunakan pistol yang diselitkan komedi yang pasti mencuit hati. Anda pasti tidak akan menyesal menonton filem ini kerana pelakonnya semua terkenal dan berbakat yang pasti tidak akan mengecewakan anda. Selamat menonton!

Write A Comment