Author

ziela

Browsing

Admin ada satu movie Jepun menarik yang admin mahu kongsikan. Pernah tak anda terbayang hidup tanpa elektrik? Bukan sehari tetapi berminggu sampai masuk berbulan-bulan! Terpaksa tinggalkan kediaman untuk mencari tempat yang ada elektrik dan terpaksa mengayuh basikal beribu batu jauh dan mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai. Bekalan makanan tidak cukup,kepenatan dan hampir putus asa untuk meneruskan kehidupan.

Survival Family merupakan filem Jepun yang bergenre drama komedi arahan Shinobu Yaguchi yang dibarisi pelakon utamanya Fumiyo Kohinata yang memegang watak sebagai Yoshiyuki Suzuki (ayah), Eri Fukatsu sebagai Mitsue Suzuki (ibu), Yuki Izumisawa sebagai Kenji Suzuki (anak lelaki), Wakana Aoi sebagai Yui Suzuki (anak perempuan) dan beberapa aktor tambahan yang lain sebagai watak sampingan.

Movie jepun ni mengisahkan tentang satu family yang hidup mereka sederhana di sebuah apartment di Tokyo, Jepun. Hidup family ni terlalu bergantung dengan peralatan elektronik modern. Anak- anak yang busy dengan handphone, si ayah terlalu busy dengan pekerjaan dan si ibu pula hanya tahu memasak secara modern sahaja.

Tapi pada satu hari tu, semua tu berubah apabila mereka bangun pagi, seluruh bandar Tokyo dikejutkan dengan ketiadaan elektrik secara tiba-tiba. Pelik bukan? Semua peralatan elektrik yang mereka gunakan dalam kehidupan seharian mereka seperti handphone, lampu, kipas, jam, tidak berfungsi langsung. Bukan itu sahaja ya, kereta, motor, dapur gas elektrik, bekalan air, plug elektrik , apa sahaja yang menggunakan tenaga elektrik tidak boleh digunakan. Kiranya macam totally blackout.

Keluarga ni ingat mungkin dekat area apartment mereka je yang tiada elektrik. So yang anak-anak pergi ke sekolah mereka macam biasa dan si ayah pula pergi ke pejabat. Rupa-rupanya, di sekolah dan pejabat juga memang tiada lansung elektrik! Segala kerja tidak boleh dibuat sebab perlukan elektrik. Jadi mereka pun balik terus ke rumah dan berharap ketiadaan elektrik cuma untuk satu hari itu sahaja.

Apabila tiba sahaja untuk makan malam, mereka satu family makan malam dalam keadaan yang gelap, hanya ditemani dengan cahaya lilin sahaja. Si ayah pula, buat kerja sambil menikmati makan malam. Selesai makan si anak pergi ke tandas dan turut mendapati bekalan air juga tiada! Pelik kan tapi itulah yang terjadi dekat family Yoshiyuki Suzuki dan seluruh warga Tokyo. Jadi malam itu mereka tidur dalam keadaan yang gelap dan sejuk dan berharap bila bangun, elektrik akan ada. Tapi sangkaan mereke meleset apabila bangun sahaja masih tiada elektrik!! Keadaan ini berterusan sehinggalah masuk hari ke-3. Si ibu yang meneruskan kerja rumah seperti biasa dengan membasuh kain secara manual, basuh dengan menggunakan tangan. Si ayah pula yang berada di pejabat mendapat pengumuman dari pihak atasan untuk pulang sahaja ke rumah dan dibenarkan untuk bercuti sehingga masalah elektrik ini selesai.

Keadaan still berlarutan sehingga masuk hari ke-7. Pasaraya mula kehabisan stok makanan, penggunaan ATM lansung tidak boleh guna. So pada waktu inilah Yoshiyuki Suzuki sebagai ketua keluarga decide untuk family mereka pergi ke Kogishima memandangkan sudah hampir seminggu elektrik masih tiada.


Di sebabkan faktor cuaca di Kogishima agak panas dan bekalan makanan mereka hampir susut membuatkan dia membuat keputusan begitu. Tapi anak-anak dia tidak bersetuju dengan cadangan bapa mereka dan setelah dimarahi baru mereka setuju untuk ikut cadangan bapa mereka. Untuk ke Kogishima bapa mereka menerangkan bahawa mereka akan menaiki kapal terbang dari Haneda untuk sampai kesana. Untuk sampai ke Haneda mereka akan mengayuh basikal dengan menggunakan main road. Jadi mereka satu family start la packing semua kelengkapan untuk perjalanan mereka dan mengeluarkan semua duit simpanan yang mereka ada untuk membeli tiket kapal terbang nanti dan untuk buat belanja perjalanan mereka.

Mereka satu keluarga memulakan perjalanan mereka untuk ke Haneda. Bukan keluarga mereka sahaja yang ingin ke Haneda, penduduk di situ juga bercadang untuk meninggalkan kediaman mereka. Dalam perjalanan mereka, di tepi bahu jalan kelihatan peniaga yang berniaga makanan dan minuman pada kadar harga yang tinggi. Di sebabkan terlalu mahal mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka berhenti di suatu mini market untuk dapatkan bekalan makanan dan minuman mereka. Di mini market tu juga turut menjual barang dengan harga yang tinggi. Di sebabkan si ibu mempunyai kepakaran dalam bidang tawar-menawar, mereka berjaya mendapatkan minuman dengan harga yang ditawarkan.

Setelah mendapatkan bekalan, mereka meneruskan perjalanan ke Haneda. Sampai disana mereka dikejutkan dengan lapangan terbang ditutup disebabkan masalah elektrik yang berlaku. Semua yang berada di situ mula berasa marah dan mula bertindak ganas kepada polis yang bertugas. Disebabkan kepenatan, mereka bermalam dulu di sebuah hotel dengan kadar bayaran 30ribu yuen sekepala!

Memandangkan mereka tidak dapat menaiki kapal terbang untuk ke Kogishima, so Yoshiyuki Suzuki bercadang untuk mereka sekeluarga akan berbasikal sahaja untuk ke sana!Perjalanan ke sana jauh dan mengambil masa berbulan ya untuk sampai. 😰Tapi nak buat macam mana kan. So terpaksa la keluarga dia ikut je keputusan ayah di. Okay disinilah bermula suka duka mereka sekeluarga meneruskan perjalanan ke Kogishima! Macam-macam rintangan dan dugaan yang mereka hadapi sepanjang perjalanan mereka. Tapi berjaya ke mereka sampai ke sana? Berapa lama masa yang mereka ambil?

Okay guys, macam tak best la pula if admin cerita sampai kesudahannya kan. So admin memang suggest untuk anda tonton movie ni untuk tahu pengakhiran cerita keluarga ni! Seriously tak rugi langsung. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita ni. Jadi admin sharekan sikit trailer movie ni untuk bagi korang semangat untuk terus tonton movie ni sampai habis ya🤗🥰.

Hi semua! Bosan tak tahu nak buat apa dekat rumah memandangkan PKP dilanjutkan lagi 2 minggu! Admin nak kongsikan mengenai satu filem yang pada admin menarik jugak lah sebab penuh suspens jalan cerita dia. Untuk movie ini admin bagi 5/5 star sebab berjaya buat admin asyik terkejut 😅😅

The Pool merupakan filem Thailand yang bergenre thriller arahan Pung Lumprapleng yang dibarisi pelakon seperti Theeradej Wongpuapan dan Ratnamon Ratchirathan dan beberapa aktor tambahan yang lain. Filem ini mengisahkan sepasang kekasih iaitu Day dan Koi telah terperangkap di dalam sebuah kolam renang terbiar yang berkedalaman 6 meter!! What?! 6 meter!! Menakutkan 😱😱Tangga dan jalan keluar juga tiada ya!! Apa yang lagi menakutkan dekat kolam itu juga terdapat seekor buaya yang sama terperangkap selepas buaya tersebut keluar dari tempat persembunyiannya yang berdekatan dengan kawasan kolam itu lalu terjatuh ke dalam kolam itu!!

Mesti anda semua tertanya-tanya macam mana Day dan Koi boleh terperangkap dalam kolam itu dengan pakej sekali buaya termasuk. Okay jom admin sharekan sikit pasal filem ini.

Permulaan cerita sahaja sudah terdapat beberapa aksi yang agak memeranjatkan bagi admin😰 Okay cerita ini bermula dengan watak Day yang bekerja sebagai kru filen (Team Art) di suatu agensi. Pada hari kejadian, pihak produksi telah mengadakan satu shooting untuk iklan di sebuah kolam renang.

Selepas penggambaran selesai, semua kru telah balik dan tinggallah Day dengan seekor anjing peliharaanya yang bernama Lucky dan seorang rakan produksinya dekat kolam tersebut. Kejadian mendebarkan ini start pada hari last mereka shooting.

Selesai semua kru produksi balik, Day mengambil kesempatan untuk berendam dan berjemur sekejap dekat dalam kolam itu dengan menggunakan satu pelampung besar dan Day berbaring di atas pelampung tadi. Sedang Day berehat, rakan dia tadi hendak beransur pulang sebab hendak ke airport. Sebelum dia pergi, dia sudah mengingatkan Day bahawa dia telah menutup sistem air kolam kerana kolam itu tidak akan digunakan lagi. Dia juga berpesan pada Day supaya segera keluar dari kolam itu kerana air kolam itu akan mulai kering. Lucky pula telah diikat lehernya oleh rakan Day tadi di tepi kolam kerana takut Lucky akan terjatuh ke dalam kolam. Sebelum rakan dia gerak, Day sempat meminta rakannya tadi untuk orderkan pizza.

Lepas sahaja rakan Day tadi beredar, Day sambung untuk berehat di atas pelampung tadi kerana dia sangat keletihan. Di sebabkan terlalu letih Day pun tertidur. Day mula terjaga bila Lucky mula menyalak. Dia terkejut dan start panik kerana air kolam itu sudah setengah keringnya. Day melakukan pelbagai cara untuk naik ke dasar kolam sampai kuku jarinya patah waktu dia cuba memanjat dinding kolam itu untuk menyelamatkan diri. Bukan itu sahaja, Handphone Day yang ada dekat tepi kolam itu pun terjatuh ke dalam kolam kerana vibration.

Untuk elakkan air kolam itu dari cepat mengering, Day menggunakan baju dia untuk menutup lubang saluran air tadi. Waktu Day menyelam untuk tutup saluran itu, budak penghantar pizza pun sampai menghantar hantaran pizza. Yang hendak dijadikkan paniknya, sewaktu ingin menyelam ke atas semula untuk meminta pertolongan kepada budak pizza tadi, rantai seluar Day boleh pula tersangkut dekat lubang saluran tu. Bila Day naik ke dasar, budak tu telah pergi.

Disebabkan usaha-usaha Day ni tidak menjadi, Day sambung untuk berehat kerana keletihan dan dia tertidur. Tanpa Day sedari , girlfriend dia Koy telah datang ke kolam itu untuk buat suprised kepada Day. Koi terlihat Day tidur dan tidak mahu membangunkannya so dia decide untuk lakukan terjunan palang! Semasa Koi nak mula terjun, Lucky mula menyalak dan Day tersedar. Waktu Koi tengah berlari tu Day terus menjerit untuk Koi tidak terjun. Koi yang terkejut dengan jeritan itu terus tergelincir ke dalam kolam itu dan belakang kepalanya terhantuk pada palang batu kolam. Koi terus pengsan dan belakang kepalanya cedera dan mengalami pendarahan.

Day mula risau tidak tahu hendak berbuat apa. Day kemudian kembali ke lubang kolam tadi untuk ambil bajunya tadi untuk membalut luka kepala koi. Day membaringkan Koi diatas pelampungnya tadi. Pada waktu ini la buaya itu start muncul!! Sewaktu Day dan Koi dekat dalam kolam itu, tiba-tiba sahaja Lucky mula menyalak. Day mula merasa pelik dengan nyalakkan lucky. Rupa-rupanya di hadapan Lucky terdapat seekor buaya yang terlepas dekat kawasan itu. Sedang buaya itu menghampiri Lucky, buaya itu tergelincir masuk ke dalam kolam!!

Sangat suspens kan cerita ini. Mesti you guys nak tahu cerita selanjutnya bukan? Adakah Day dan Koi terselamat dari serangan buaya tu?Adakah diorang selamat naik ke dasar kolam? atau adakah mereka mati dibaham dengan buaya tu? Ok jangan lupa WAJIB TONTON filem ini okay!!

Filem ini pasti tidak menghampakan anda yang meminati thriller movie!! Banyak lagi aksi yang mendebarkan dalam filem ini!Kisah sedih juga turut terselit dalam jalan cerita ini..Haa.. kalau nak tahu tengok lah cerita ni. Trailer admin dah letak bawah ni, bagi anda lebih semangat nak tengok cerita ini. Selamat menonton~

IKEA merupakan gedung perabot kelengkapan untuk isi rumah yang berasal dari Sweden. Bagi yang meminati dekorasi ruang yang modern pasti akan memilih IKEA sebagai rujukan untuk mereka menghiasi atau mengubah suai ruangan yang mereka inginkan. Sekarang dengan adanya aplikasi IKEA STOR pasti memudahkan kerja anda untuk membeli-belah. Aplikasi ini cuma menawarkan rujukan untuk memilih barang sahaja iaitu bermaksud segala pembayaran tidak ditawarkan di aplikasi ini. Untuk membelinya, anda boleh terus membelinya di gedung tersebut setelah pilihan sudah dibuat. Jangan risau, untuk muat turun aplikasi ini percuma sahaja. 🙂

STEP 1 – DOWNLOAD APLIKASI

Anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma melalui Apple App Store (iOS) atau menerusi Google Play Store (Android). Dengan muat turun aplikasi ini lebih mudah untuk anda membeli-belah dan lebih berinspirasi. Dengan andanya aplikasi ini juga, anda tidak perlu lagi bersesak-sesak di gedung itu untuk memilih barang dan dapat juga menjimatkan masa anda sebelum anda ke gedung untuk meneruskan proses pembelian dan pembayaran.

STEP 2 – LOG IN / SIGN UP

Selesai muat turun aplikasi, anda akan diminta untuk memilih lokasi gedung pilihan anda dan log masuk atau terus mendaftar akaun IKEA anda.

STEP 3 – BUKA AKAUN IKEA STORE

Setelah anda berjaya untuk log masuk dan mendaftar, anda boleh melihat pelbagai jenis tawaran yang IKEA sedang tawarkan. Terdapat juga produk baru yang IKEA sedang hasilkan untuk anda lihat dan produk yang menjadi pilihan ramai juga turut dipapar diaplikasi ini.

STEP 4 – MEMBUAT RUJUKAN / PILIHAN

Terdapat pelbagai pilihan atau jenis barang yang dipaparkan menerusi aplikasi IKEA STOR ini. Sangat mudah dan menjimatkan masa anda kan!! Anda boleh melihat dulu barang-barang yang ada diaplikasi ini bagi menjadi rujukan untuk mentata rias ruang kediaman yang anda inginkan.

STEP 5 – MEMBELI – BELAH

Pasti anda rambang mata kan melihat barang-barang yang IKEA STOR tawarkan. Terlalu banyak barang-barang yang cantik dan menarik boleh dijadikan pilihan. Setelah selesai melihat barang-barang yang anda kehendaki, anda boleh click terus untuk add to list pada barang yang anda ingin beli sebelum anda ke gedung pembelian.

STEP 6 – CHECKLIST

Setelah selesai membuat pilihan, anda dikehendaki untuk double check semula checklist barang-barang yang anda pilih sebentar tadi dan jumlah harga yang perlu anda bayar. Jika anda sudah berpuas hati dengan barang-barang yang dipilih anda seterusnya sudah boleh menetapkan satu tarikh untuk ke gedung untuk meneruskan proses pembelian.

Di aplikasi ini juga turut disenaraikan segala details mengenai barang-barang yang dipaparkan seperti lokasi rack dan bin yang perlu anda tuju untuk dapatkan barang-barang yang sudah anda pilih. Aplikasi ini juga turut menerangkan secara details tentang produk-produk yang dipaparkan seperti dari segi size, ukuran, berat, jenis materials dan banyak lagi. Pendek kata, anda tidak perlu risau ya sebab di aplikasi ini banyak info yang dipaparkan bagi memudahkan kerja anda untuk membuat pilihan yang betul.

Harap dengan memuat turun aplikasi IKEA STOR ini dapat membantu anda semua dalam membuat rujukan serta pilihan dalam menghiasi serta mengubah suai ruangan yang anda inginkan. Selamat mencuba ya 🙂

Apa itu JAG?

JAG merupakan salah satu aplikasi untuk mereka yang ingin mendapatkan ganjaran duit dengan melakukan beberapa misi seperti membuat review untuk sesuatu produk, share video atau gambar di Facebook dan Instagram atau sharekan link kepada rakan-rakan.

JAG merupakan satu platform untuk memberi peluang kepada jenama-jenama yang ada untuk mempromosikan barangan mereka dengan menggunakan medium pengguna media sosial yang aktif atau mudah dikenali dengan panggilan micro influencer sebagai langkah untuk melariskan produk mereka. Platform yang dicipta ini mengutamakan ‘win-win situation’ yang membolehkan jenama-jenama menggunakan pengaruh media sosial yang dimiliki oleh micro influencer untuk mempromosi jenama serta produk mereka dan influencer pula akan diberi ganjaran untuk timing dan effort untuk penyertaan mereka.

Dengan menyertai JAG, anda bukan sahaja boleh redeem voucher percuma, barangan juga anda boleh redeem. Everytime ada aktiviti baru, anda boleh sign up untuk menyertai. Barangan seperti produk penjagaan diri seperti shampoo, produk baby, produk makanan dan minuman semua anda boleh dapat dengan menyertai JAG. Barangan-barangan tadi akan di post kepada anda secara percuma sahaja dan anda cuma perlu sharekan gambar produk yang anda dapat tadi di Facebook atau Instagram dan pihak JAG akan memberi ganjaran kepada anda dalam bentuk point. Dengan point tersebut anda boleh redeem voucher. Setiap task ada harga yang ditetapkan makin banyak anda buat makin besar nilai yang akan ditawarkan. Sangat berbaloi bukan 🙂

Bukan barangan itu sahaja yang ditawarkan untuk anda post. Terdapat banyak barangan lain ya iaitu seperti produk Lazada, Sephora, Zalora, AEON, KFC, Mcd, Watson, Parkson, Mydin, Tesco, Giant Starbucks, Baskin Robbins dan banyak lagi.

CARA UNTUK ANDA SERTAI JAG

DOWNLOAD APLIKASI JAG

Anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma melalui Apple App Store (iOS) atau menerusi Google Play Store (Android). Buka aplikasi JAG kemudian anda perlu register dan ikut arahan yang tertera untuk menjadi ahli JAG. Anda juga boleh terus click link ini untuk register https://my.jagreward.com/member/register/?referrer=zielaahmadali

MUAT TURUN APLIKASI JAG

STEP 1 – LIKE JAG FACEBOOK

CLICK LIKED

STEP 2 – ISI BORANG REGISTER UNTUK MEMBER

Anda perlu mengisi beberapa maklumat mengenai diri anda seperti id JAG, password, nama penuh,nombor hp, dan beberapa lagi maklumat diri yang dikehendaki untuk proses seterusnya.

PROSES REGISTER

Setelah selesai mengisi maklumat diri anda, anda perlu click “Call Me Now” untuk melengkapkan proses register ini. Anda akan dikehendaki untuk memasukkan 6 digits terakhir nombor telefon yang telah menghubungi anda selepas itu. Sekiranya anda diperkenalkan oleh rakan mengenai aplikasi JAG ini, anda boleh memasukkan “Referrer’s JAG Username iaitu zielaahmadali dan click untuk submit.

PROSES REGISTER
REFERRER’S USERNAME

STEP 3 – ACTIVATE AKAUN JAG

Untuk pengesahan, anda akan menerima email dari JAG Customer Service untuk activatekan akaun anda. Click untuk activate your account dan pendaftaran anda sebagai ahli JAG selesai. Log masuk ke akaun JAG untuk memulakan tugasan yang terdapat di dalam akaun JAG.

ACTIVATE AKAUN

Pihak JAG akan minta anda untuk link kan apps dengan Facebook dan Instagram anda. Ikut sahaja arahan tersebut kerana tugasan akan diberi melalui follower dan juga rakan Facebook dan Instagram anda. Lebih ramai rakan, lebih besar tugasan yang akan diberi. Akaun Facebook dan Instagram anda perlu diset kan “PUBLIC” dan jangan “PRIVATE” untuk mengelakkan tugasan anda di reject!!

Untuk melakukan tugasan, anda boleh melihat tugasan yang available. Click sahaja pada tugasan tersebut yang berwarna HIJAU seperti JOIN dan TONTON. Tidak semua tugasan available ya. Tugasan yang sudah penuh akan ditanda dengan FULL. Jangan risau untuk melakukan tugasan yang diberi. Anda akan diguide untuk tugasan tersebut. Ikut sahaja arahan yang diberi sehingga tugasan anda selesai 🙂

TUGASAN JAG

GANJARAN YANG MENANTI! 🙂

Pasti ada tertanya-tanya bentuk ganjaran apakah yang diberi oleh pihak JAG bukan? 🧐Ganjaran yang diberikan adalah dalam bentuk tambah nilai, voucher shopping, voucher online shopping, voucher discount dan yang paling menarik ganjaran dalam bentuk cash🤑🤑! Wowww sangat lumayan 🙂

GANJARAN
GANJARAN VOUCHER

Okay guys, admin akan sharekan video untuk anda lebih memahami tentang aplikasi JAG ini.

Jadi apa tunggu lagi! Tidak rugi kalau anda muat turun aplikasi JAG ini. Banyak ganjaran menarik yang menanti anda. Hanya lakukan beberapa tugasan dan ganjaran tersebut PASTI digenggaman anda. Jadi jom sign-up!! Selamat mencuba ya. 🙂

Trend hidup masyarakat masa kini yang semakin sibuk dengan pelbagai rutin harian yang perlu dijalani, waktu tidur yang terjejas sehingga membuatkan seseorang itu sukar untuk tidur dengan cepat atau tidur dengan lena sehingga menjejaskan tahap kesihatan seseorang itu.

Susah tidur pada waktu malam pasti membuatkan seseorang itu menjadi tertekan. Ialah mana tidaknya, seharian suntuk kita melakukan kerja, badan juga mula terasa penat tetapi mata sukar untuk dilelapkan. Akhirnya kita mula tidak cukup tidur dan menyebabkan kita mula tidak fokus pada kerja.

Jadi sebab itulah tidur yang cukup amat penting supaya tidak terjejas aktiviti harian kita. Di sini saya akan sharekan beberapa cara atau tips yang boleh anda praktikkan untuk anda cepat tidur serta tidur dengan lena.

CARA TIDUR DENGAN CEPAT

1 – TIDUR DALAM KEADAAN GELAP

Keadaan bilik memainkan peranan penting dalam mewujudkan mood untuk tidur. Mata manusia amat sensitif terhadap cahaya dan ia cenderung menyebabkan mata untuk terbuka. Manakala keadaan gelap akan membuat mata lebih mudah tertutup. Bilik yang gelap juga akan menjadikan otak berfikir sudah tiba masanya untuk tidur.

MATIKAN SEMUA LAMPU / ATAU GUNA LAMPU YANG MALAP SEDIKIT

2 – MATIKAN HANDPHONE, LAPTOP, TV

Penggunaan handphone , laptop or menonton tv pasti membuatkan kita mudah terleka sehingga tidak sedar masa berlalu dengan begitu sahaja. Sebelum tidur, kita disarankan untuk matikan semua peranti ini seelok-eloknya satu jam atau setengah jam sebelum kita hendak tidur. Untuk handphone anda boleh meletakkan ke mode silent daripada terus off kerana takut perkara emergency akan berlaku. Who know’s right.

SILENT MODE

3 – KURANGKAN TIDUR SIANG

Tidur pada waktu siang yang agak lama akan menganggu kitaran tidur sehingga membuatkan seseorang itu sukar untuk tidur dengan cepat pada waktu malam. Jadi kalau boleh elakkan dari tidur lama pada waktu siang. Jika berasa penat di siang hari anda boleh tidur sekejap dalam 20 ke 30 minit.

MEREHATKAN DIRI SEKETIKA

4 – MANDI AIR SUAM

Mandi atau berendam di dalam air suam sebelum tidur adalah salah satu kaedah terbukti yang boleh membuat anda tertidur dengan lebih cepat. Ini adalah kerana mandi membantu mengurangkan tekanan dan membersihkan minda. Badan juga akan merasa lebih relax dan membolehkan anda untuk tidur dengan cepat.

BERENDAM DENGAN AIR YANG SUAM SUHUNYA

5 – UBAH SUASANA BILIK TIDUR

Bilik yang berselerak dengan cadar yang tidak diganti, habuk merata pasti menyukarkan tidur anda. Rajinkan diri untuk mengemas bilik tidur anda dengan kerap. Penggunaan minyak aroma terapi untuk mendapatkan mood yang tenang di dalam bilik tidur juga amat digalakkan kerana ia dapat membantu proses relaksasi dan membuatkan anda tidur dengan cepat.

SUASANA BILIK TIDUR TENANG

6 – LUPAKAN SEKETIKA MASALAH DI TEMPAT KERJA / RUMAH

Usah terlalu memikirkan tentang masalah kerja mahupun masalah di rumah pada waktu malam. Kerja dan masalah memang tidak akan pernah habis, jadi berikan badan anda peluang untuk berehat.

FIKIR PERKARA YANG HAPPY

7 – JANGAN MAKAN MAKANAN YANG BERAT

Elakkan makan makanan berat atau berlebihan kerana makanan yang berat akan membuatkan sistem pencernaan bekerja lebih keras sehingga menyukarkan anda tidur. Jika anda khuatir akan terasa lapar, sebelum tidur anda boleh mengambil makanan ringan seperti biskut , yogurt atau buah. Minum segelas susu yang suam juga dapat membantu anda tidur dengan cepat.

SUSU SUAM

8 – PENUTUP MATA

Penggunaan penutup mata juga cara untuk anda tidur dengan cepat. Penggunaan penutup mata dapat menghalang cahaya masuk ke mata kerana ianya dapat membantu otak untuk meransang tubuh agar berehat.

PENGGUNAAN PENUTUP MATA

9 – ELAKKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Minuman yang mengandungi kafein yang tinggi akan membuatkan anda terjaga dan sukar untuk tidur. Jadi sebolehnya elakkan pengambilan minuman yang berkafein tinggi pada waktu malam.

NO CAFFEINE

10 – BERSUKAN

Bersukan sememangnya baik untuk tubuh badan kita. Bersukan dapat menstabilkan suhu tubuh manusia dan mengurangkan rasa tidak tenang serta depress. Bersukan pada waktu siang dapat membantu anda tidur cepat pada waktu malam kerana badan anda sudah merasa penat.

MELAKUKAN SENAMAN RINGAN

11 – PENGAMBILAN SUPPLEMEN

Terdapat beberapa jenis supplemen yang tersedia sebagai ubat dan makanan yang dapat membantu meningkatkan hormon yang mengatur tidur anda. Contohnya seperti pengambilan melatonin yang terdapat pada buah seperti nenas , oren dan pisang.

SUPPLEMEN MELATONIN

12 – BERWUDHU SEBELUM TIDUR

Berwudhu dalam agama Islam disebut juga dengan bersuci dari hadas kecil.

“Apabila engkau hendak tidur, berwudhulah sebagaimana wudhu ketika hendak solat. Kemudian berbaringlah miring ke kanan” H.R. Al Barra’ bin Azib

Dengan tidur dalam keadaan suci maka malaikat akan mendoakan kita, selain itu kita dapat berjaga-jaga seumpama kita tidak bangun lagi setelah tidur ini.

MENGAMBIL WUDHU

Okay guys, jika semua cara di atas anda sudah praktikkan tetapi tetap sukar juga untuk tidur, anda disarankan untuk merujuk dengan pakar kerana dikhuatiri anda mengalami insomia atau masalah kesihatan yang lain yang menyebabkan tidur anda terjejas. Harap cara atau langkah ini dapat membantu tidur anda dan mendapatkan tidur yang cepat dan lena.

Apa itu aplikasi Boon4?

Boon4 merupakan servis penghantaran atau pengiriman “On The Way” yang pertama di Malaysia yang menggunakan ruang tambahan dalam kenderaan penumpang untuk bekerja dengan menghubungkan orang dengan barangan yang akan dihantar dengan pemandu ke arah yang betul.

Boon4 telah melancarkan dua target pengguna iaitu pelanggan dan pemandu. Dua aplikasi ini dibezakan dengan Boon4 (pelanggan/penghantar) berfungsi sebagai pengguna dan Boon4 driver (Pemandu) berfungsi untuk menerima tempahan barang.

Contohnya begini, Boon4 driver (pemandu) on the way dari Ampang hendak ke Kampung Baru. Semasa perjalanan, dia telah menerima booking untuk barang. So memandangkan barang itu hendak dihantar ke tempat yang driver ingin tuju so dia acceptlah booking tersebut. Sebab sudah sekali jalan kan 🙂

Dengan menggunakan aplikasi Boon4, anda boleh mengirim barang anda kepada pemandu yang kebetulan menuju ke destinasi yang sama dengan caj upah yang berpatutan. Aplikasi Boon4 ini menggunakan sistem seperti e-hailing jadi caj akan dikira berdasarkan kiraan milleage or jarak lokasi barang yang dihantar. Menarik bukan. 🙂

Aplikasi Boon4 ini masih baru di Malaysia jadi tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan aplikasi ini. Aplikasi ini mula beroperasi pada tahun 2017. Dengan aplikasi Boon4, penghantaran barang akan lebih mudah, cepat dan jimat serta menguntungkan kedua-dua pihak antara pengguna dan juga pemandu.

Apa yang lagi menarik tentang aplikasi Boon4 ini, segala jenis barang boleh dikirimkan seperti barangan yang mudah pecah seperti pinggan mangkuk, barangan yang susah dikendalikan seperti peti sejuk, document, hadiah, tidak kira barang itu kecil atau besar tetap boleh dikirim tanpa sebarang masalah. Makanan dan binatang peliharaan juga turut boleh anda kirimkan ya.

Bagaimana Cara Menggunakan Aplikasi Boon4?

DOWNLOAD APLIKASI

Sebagai permulaan, anda harus memuat turun dahulu aplikasi Boon4. Anda boleh memuat turun kedua-dua aplikasi serentak. Tiada masalah. 🙂 . Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store (Android) atau melalui Apple Apps Store ( iOS). Sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda, pelajar atau pekerja, semua boleh menggunakan aplikasi Boon4.

Apps Boon4 & Boo4 Driver

Pengguna aplikasi Boon4 berhubung dengan Boon4 Driver

Disini saya sertakan video bagi memudahkan anda untuk memahami konsep aplikasi Boon4. Video ini menerangkan tentang pengguna yang menggunakan aplikasi Boon4 sebagai medium penghantaran barang dan Boon4 Driver sebagai pemandu yang akan menerima dan delivery barang tersebut ke lokasi yang ditentukan oleh pengguna.

Boon4 Driver

Jika ada diantara anda yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada Boon4 Driver, terdapat beberapa pengenalan diri yang perlu anda sertakan ketika mendaftar. Mudah sahaja proses pendaftaran. Anda cuma perlu daftar secara online di website https://www.boon4.com/drive/ , isi form yang tertera serta muat turun semua pengenalan diri yang diminta oleh pihak Boon4.

Jenis pengenalan diri untuk menjadi Boon4 Driver :

  1. Copy Mykad pemohon
  2. Copy Lesen Memandu pemohon
  3. Copy geran kenderaan pemohon
  4. Copy polisi insurance kenderaan pemohon
  5. Copy pemeriksaan kenderaan anda dari Puspakom ( Diperlukan untuk kenderaan & lori komersial )

Di bawah tertera video yang menerangkan cara untuk menjadi Boon4 Driver dan cara Boon4 Driver menerima tugasan untuk delivery barang ke tempat yang telah pengguna tentukan.

Apa kebaikan Boon4 & Boon4 Driver?

Boon4

  1. Pilihan alternatif servis pengiriman / penghantaran barangan.
  2. Sangat mudah dengan hanya menggunakan aplikasi di mobile apps atau menggunakan pc.
  3. Semua jenis barang dapat dikirimkan tidak kisah hadiah, makanan atau minuman,pakaian, barangan bayi, binatang peliharaan, apa sahaja bentuk barang dapat dikirimkan.
  4. Servis ini 24/7 ya. Kecuali pada pubic holiday. Servis ini beroperasi setiap masa dan anda turut juga boleh aktifkan masa penghantaran dengan lebih awal.
  5. Penghantaran boleh dihantar terus dari pintu rumah ke pintu rumah penerima. Mudah bukan 🙂
  6. Penghantaran boleh dibuat pada hari yang sama dan juga terdapat real-time tracking system dimana anda boleh lihat sama ada barang yang dikirimkan sudah sampai atau belum.
  7. Anda turut boleh memohon price quotation kepada Boon4 driver sebelum anda click confirm incase anda ingin menentukan bajet dahulu. (estimate)
  8. Caj kepada pelanggan bukan berdasarkan milleage semata-mata. Ianya seperti e- hailing tapi lebih kepada merangkumi kos upah, kos perjalanan dan sebagainya.
  9. Yang penting tiada kos pembungkusan ya!!
  10. Jika anda khuatir mengenai servis penghantaran ini, anda tidak perlu risau kerana barang yang dihantar turut boleh diinsurankan.Ialah mana tahu jika berlaku kerosakkan atau kehilangan bukan.

Boon4 Driver

  1. Pemandu hanya akan mengambil & menghantar barang sahaja.
  2. Boleh dijadikan sebagai Part-Time job dan untuk menjana pendapatan tambahan serta kerja masa yang sangat fleksibel.
  3. Pemandu boleh memilih untuk menerima jenis tugasan untuk menghantar pesanan pada hari yang sama atau sebaliknya.
  4. Sistem sokongan 24 jam sehari untuk membantu pemandu.
  5. Pemandu bebas menggunakan apa sahaja jenis kenderaan bermotor anda samada kereta sedan, lori, pikap ataupun van!
  6. Pemandu turut boleh mengetahui tujuan destinasi dan bayaran tugasan SEBELUM mengambil tugasan tersebut.
  7. Bayaran pemandu dibayar berdasarkan item bukan per trip. Untuk memberi lebih manfaat kepada pemandu jika pemandu mengambil lebih daripada satu item ke destinasi yang sama.

Daftar akaun & estimate quotation

Di bawah anda boleh melihat video cara untuk mendaftar akaun dan mengenai estimate quotation sebelum anda membuat penghantaran bagi memudahkan anda memahami konsep ini.

Pasti anda tertanya-tanya, selamat ke aplikasi Boon4 ini? Jangan risau ya. Sistem ini selamat untuk digunakan. Pemandu dan pelanggan yang berdaftar, akaun mereka akan selalu disaring oleh pihak Boon4 bagi melindungi kedua-dua pihak agar tiada kes yang tidak diingini dari berlaku. 🙂

So apa lagi guys. Jom start mendaftar aplikasi Boon4 bagi memudah dan menjimatkan masa kerja anda! Bagi yang ingin menjana pendapatan, inilah masanya 🙂

Apabila anak dilanda demam panas pasti ibulah orang pertama yang akan cemas, susah hati dan tidak senang duduk dibuatnya. Pasti ada sesetengah ibu yang akan berasa stress kerana anak mula meragam, tidak lalu untuk makan dan yang paling ditakuti oleh ibu-ibu jika suhu badan anak makin panas dan tidak turun suhunya. Anak-anak yang kecil ini antibodi mereka tidak kuat seperti orang dewasa. Oleh sebab itu mereka mudah untuk dijangkiti penyakit.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB ANAK DEMAM PANAS :

  • Jangkitan kuman seperti selesema, batuk atau jangkitan paru-paru
  • Suntikan immunisasi
  • Tumbuh gigi baru
  • Keracunan makanan
  • Cuaca yang panas (strok haba) atau cuaca yang tidak menentu
  • Jangkitan virus yang menyebabkan ruam seperti HFMD, demam campak / chickenpox

TANDA-TANDA ANAK DEMAM PANAS

  • Suhu badan melebihi 37°c
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Kurang selera makan atau kurang minum susu
  • Menggigil
  • Kurang aktif
  • Muka kelihatan merah kemerahan seperti terbakar
  • Ruam atau rashes di badan
  • Dehidrasi
  • Berpeluh
  • Sakit otot dan lesu anggota badan

CARA MEREDAKAN DEMAM PANAS

1 – SENTIASA PANTAU SUHU BADAN ANAK

Gunakan termometer untuk pantau suhu badan anak. Suhu badan yang normal ialah 37°c. Jika suhu badan anak melebihi dari paras normal , ambil langkah untuk menurunkan suhunya. Sentiasa periksa suhu badan anak selang 4 jam sekali.

2 – TAMPALKAN KOOL FEVER

Kool Fever adalah antara benda penting yang wajib ada di rumah. Secara amnya, ia bertujuan untuk stanby. Seperti yang kita tahu, kool fever boleh membantu untuk meredakan panas badan bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa ketika demam. Ia merupakan jeli yang bertindak menyerap haba panas dari badan. Ibu atau bapa boleh menampal kool fever tersebut di dahi, di bawah pusat dan di belakang badan anak- anak bagi mengurangkan panas badannya.

3 – TANGGALKAN PAKAIAN ANAK / PAKAI PAKAIAN YANG NIPIS / LONGGAR

Ibu atau bapa seharusnya mengelakkan dari memakaikan anak dengan pakaian yang tebal ketika demam kerana ini boleh menyebabkan haba panas terperangkap. Seelok-eloknya juga, ibu atau bapa perlu tanggalkan baju bayi / anak dan hanya memakaikannya dengan pampers sahaja. Pakaian tebal seperti baju sejuk atau selimut tidak digalakkan ketika suhu badan agak tinggi.

4 – KERAP TUAM / BASAHKAN BADAN ATAU KEPALA ANAK DENGAN TUALA BASAH

Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air sejuk iaitu air paip, kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. Tuamkan juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Cara ini dapat meredakan suhu panas badan anak anda.

5 – LEMUR / LAP BADAN ANAK DENGAN AIR ASAM JAWA (UNTUK SEJUKKAN BADAN)

Penggunaan air asam jawa juga merupakan salah satu alternatif untuk meredakan suhu badan yang panas dengan cepat. Ambil asam jawa dan ramaskan ke dalam air suam. Kemudian basahkan tuala dengan air asam jawa yang diramas tadi dan lemur atau lap kan di ubun-ubun kepala dan seluruh badan anak.

6 – KERAP MANDIKAN ANAK

Jika ada ibu atau bapa mahu mandikan anak ketika demam DIBOLEHKAN, tetapi air yang digunakan harus air yang hangat suam, Elakkan dari menggunakan air yang sejuk. Dengan begitu tubuh badan anak tadi akan menjadi segar dan selesa. Setelah selesai mandi, keringkan tubuh anak tadi dengan kain tuala dan terus memakaikan anak dengan pakaian yang nipis atau agak longgar.

7- MANDIAN LEMON

Seperti yang kita semua tahu, buah lemon sangat terkenal dalam petua untuk redakan demam, batuk dan kahak. Mandian lemon juga sangat bagus untuk membantu menurunkan suhu badan anak yang sedang demam, Caranya mudah sahaja untuk dihasilkan :

  • Penuhkan air dalam baldi dengan air suam.
  • Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air.
  • Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit
  • Siap boleh mandikan anak anda.

8 – MINUM AIR PUTIH DAN SUSU SECUKUPNYA

Ibu atau bapa hendaklah memberi anak minum air putih secukupnya bagi mengelakkan anak mengalami kekurangan air di dalam badan atau dipanggil dehidrasi. Air putih sangat bagus untuk meredakan demam. Suhu badan yang terlalu panas akan menyebabkan badan mudah kekeringan air. Bagi anak yang minum susu sama ada susu formula mahupun susu badan, susukan anak dengan sekerapnya supaya panas badannya berkurang. Lebih banyak cairan diberikan kepada anak, maka lebih banyak cairan akan keluar melalui urin yang dapat membantu meredakan panas badan anak.

9 – JANGAN BIAR PERUT ANAK KOSONG

Anak yang demam selalunya selera makan mereka akan berkurang. Jadi ibu atau bapa harus pastikan anak anda makan untuk elak perut mereka kosong dan masuk angin. Anda boleh cuba berikan anak anda bubur atau makanan-makanan yang lembut dan mudah untuk dihadam supaya anak anda kembali bertenaga. Mungkin disebabkan suhu badan yang agak panas, tekak anak anda mula terasa sakit dan membuatkan anak anda hilang selera untuk makan. Ibu atau bapa juga boleh cuba cara dengan memberikan anak anda “Aiskrim Vanila” jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, aiskrim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak.

10 – PENGUDARAAN BILIK DALAM KEADAAN YANG BAIK

Pastikan pengudaraan bilik dalam keadaan baik. Kipas atau penghawa dingin hendaklah selalu dipasang bagi membantu meredakan suhu panas badan anak. Persekitaran yang panas hanya akan menaikkan suhu badan mereka.

11 – JIKA DEMAM CAMPAK / CHICKENPOX

Ibu atau bapa harus memantau keadaan anak yang demam dengan lebih kerap. Jika terdapat sebarang ruam atau tanda merah yang naik ke atas badan anak itu berkemungkinan anak anda mengalami demam campak atau chickenpox. Tanda -tanda ini selalunya keluar selepas 4 atau 5 hari demam panas. Anak yang demam campak ini perlu diasingkan dengan adik-beradik yang lain. Jika ke klinik untuk dapatkan rawatan, doktor akan berikan ubat serta krim sapu ( calamine lotion ). Sapu krim ini di badan anak untuk mengurangkan gatal pada badannya. Elak mandikan anak yang demam campak.

11 – BERIKAN UBAT DEMAM

Beri anak makan ubat demam mengikut sukatan yang tepat yang telah disarankan oleh doktor. Ubat demam yang boleh diberikan kepada anak berupakan cecair syrup seperti uphamol dan ubat punggung. Ubat demam ini bentuknya seperti peluru dan akan dimasukkan melalui punggung anak. Selalunya ubat punggung ini diberi kepada anak sekiranya suhu badannya melebihi dari 38°c ke atas. Dos ubat-ubatan bergantung pada berat dan umur anak. Ibu atau bapa disarankan untuk merujuk dulu pada doktor sebelum memberi anak sebarang jenis ubat bagi mengelakkan dari tersalah memberi dos ubat.

Harap dengan perkongsian admin ini dapat membantu para ibu bapa untuk mengambil langkah yang sepatutnya sekira anak mereka demam panas. Jadi ibu bapa haruslah menjaga anak dengan persekitaran yang bersih dan selamat supaya dapat menghindari anak-anak dijangkiti dengan penyakit. Pastikan kebersihan diri anak anda sentiasa terjaga. Akhir kata dari admin stay safe and stay clean 🙂

Apa itu Photobook?

  • Photobook adalah album foto yang direka dan ditata secara menarik, kemudian dicetak dan dijadikan buku.
  • Photobook ini sesuai untuk wanita,ibu muda yang mempunyai anak, pengembara, jurugambar, pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin mencetak foto ke dalam ingatan yang akan dikenang secara fizikal.

CARA-CARA UNTUK MENGGUNAKAN APPS PHOTOBOOK MALAYSIA

LANGKAH 1 – APPS PHOTOBOOK MALAYSIA

Terdapat banyak kaedah nak cetak album gambar Photobook ni. Boleh melalui website juga. Guna aplikasi di smartphone juga boleh sebab dengan cara ini lebih mudah dan senang untuk buat pada bila-bila masa sahaja.

Download Apps Photobook Malaysia di Apps Store or Google Playstore

LANGKAH 2 – PILIH ALBUM

Buka aplikasi Photobook ni kemudian terdapat pelbagai pilihan album yang anda boleh pilih untuk dijadikan album pilihan anda. Dari aplikasi ini juga anda turut boleh mencetak gambar.

Pelbagai design yang ada

LANGKAH 3- PILIH UKURAN ALBUM

Selepas dah pilih album yang mana anda minati, anda turut boleh pilih pula ukuran album yang anda berkenan. Terdapat pelbagai pilihan juga mengikut citarasa anda.

Pilih size album yang anda suka

LANGKAH 4 – PILIH GAMBAR

Langkah seterusnya adalah dengan memilih gambar daripada koleksi gambar anda. Selain daripada koleksi album di dalam smartphone, anda turut boleh memilih terus gambar dari akaun google, facebook atau akaun instagram anda bagi dijadikan pilihan di dalam album yang anda sedang reka.

LANGKAH 5 – SUSUN GAMBAR

Selesai memilih, aplikasi akan terus susun gambar mengikut gambar yang anda pilih tadi. Jika ada sebarang perubahan, anda boleh susun semula gambar-gambar tadi mengikut minat dan kehendak anda.

SUSUN ATUR GAMBAR

LANGKAH 6 – TAJUK ALBUM

Tentukan tajuk album anda tadi atau biarkan sahaja tanpa tajuk juga boleh dan save album.

TAJUK ALBUM

LANGKAH 7 – JENIS KUALITI HELAIAN KERTAS ALBUM

Anda boleh memilih beberapa jenis kualiti helaian kertas album yang anda kehendaki untuk album anda tadi dangan harga yang berpatutan.

JENIS HELAIAN KERTAS

LANGKAH 8 – TEBUS BAUCER

Sebelum anda membuat bayaran, aplikasi akan tunjuk details akhir, termasuk pembayaran, kos penghantaran dan kualiti album yang anda hendak cetak. Jika anda mempunyai baucer, jangan lupa masukkan KOD BAUCER untuk dapatkan harga istimewa daripada Photobook.

LANGKAH 9 – PEMBAYARAN

Selepas sudah dapatkan harga terbaik, jadi bolehlah terus membuat bayaran. Bayaran boleh dibuat dengan pelbagai cara, termasuk online banking, Touch N Go e-wallet, Grab Pay, Boost dan juga kad kredit / debit. So mudah kan? Selepas bayar, album gambar tadi akan diupload secara automatik ke server Photobook.

CARA PEMBAYARAN

LANGKAH 10 – SEMAK PENGHANTARAN

Selesai semua, anda boleh semak status album gambar anda, sama ada sudah dicetak atau sudah dihantar menggunakan Poslaju. Kebiasaannya proses akan memakan masa lebih kurang 5-7 hari bekerja bergantung kepada lokasi anda.

PHOTOBOOK MALAYSIA

Harap cara mudah ini dapat membantu anda untuk mencetak album gambar dengan gunakan Photobook. Bagi sesiapa yang belum cuba, u guys should try okay! Selamat mencuba 🙂

Kehabisan ubat? Tiada masa untuk mengambil bekalan ubat? Terlalu lama menunggu angka giliran? Klinik KKM atau hospital yang jauh dari tempat anda? Risau untuk pergi ke klinik atau hospital ketika musim Covid-19?

Semua ini ternyata menjadi persoalan di dalam kepala anda. Okay tidak perlu risau lagi ya. Sekarang, perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos 1Malaysia telah diwujudkan melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia Berhad.

Perkhidmatan penghantaran Ubat Melalu Pos 1Malaysia atau di panggil UMP 1Malaysia ialah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ni merupakan pilihan kepada pesakit dan perlu memenuhi kriteria tertentu yang telah ditetapkan bagi perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di semua hospital utama negeri seluruh Malaysia.

Objektif utama perkhidmatan ini

  1. Mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi.
  2. Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit.
  3. Meningkatkan tahap komplians pesakit terhadap ubat-ubatan.

Kriteria yang perlu dipatuhi bagi perkhidmatan UMP 1Malaysia

Pesakit

  • Patuh dan faham mengenai terapi pengubatan
  • Faham cara penggunaan dan pengambilan ubat
  • Stabil

Preskripsi

  • Penyakit kronik
  • Bekalan ubat kali pertama di kaunter farmasi
  • Tempoh melebihi 1 bulan

Ubat

  • Bentuk dos tablet / kapsul sahaja
  • Tidak memerlukan penyimpanan khusus
  • Bukan jenis psikotropik
  • Tidak sensitif kepada perubahan suhu & kelembapan

Cara Mendapatkan UMP 1Malaysia

  • Pergi ke kaunter Farmasi di Hospital atau Klinik Kesihatan KKM untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan UMP 1Malaysia.
  • Daftarkan diri anda jika anda paham dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
  • Mesti ada yang tertanya-tanya berapa kos penghantaran perkhidmatan ini dan bagaimana cara pembayaran boleh dibuatkan? Mengenai kos penghantaran ia bergantung kepada destinasi dan berat kiriman ubat yang di hantar. Sila rujuk jadual kadar UMP 1Malaysia.
  • Kiriman ubat pesakit boleh dihantar mengikut lokasi pilihan pesakit sama ada di rumah atau di pejabat.
  • Bagi cara pembayaran, pembayaran boleh dibuat secara tunai selepas kiriman ubat diterima (Cash on Delivery) atau menggunakan perbankan atas talian jika menggunakan laman web.

Jika kiriman ubat yang diterima melalui kiriman pos tidak sama dengan ubat yang diambil di kaunter farmasi, anda diminta untuk merujuk perkara ini kepada Pegawai Farmasi di Hospital yang membuat penghantaran kiriman ubat berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dengan menggunakan perkhidmatan ini, ubat anda akan diterus dihantar ke lokasi pilihan. Jaminan kesinambungan ubat juga anda tidak perlu lagi untuk risau. Dan yang paling penting masa anda dapat dijimatkan. Mudah dan cepat kan?

Jadi, kepada sesiapa yang sentiasa busy dan susah untuk mendapatkan bekalan ubat, anda harus menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia ya.

Selamat mencuba… #stayhome #staysafe

Seperti yang semua sedia maklum, dunia sekarang tengah dilanda dengan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan terus meningkat angka kes hampir setiap hari. Jadi, ramai yang menjadi takut untuk berhubung dengan dunia luar tidak kira orang atau barangan.

Setiap kali kita hendak keluar rumah, pasti kita akan rasa was-was untuk mendekati orang di luar dan menyentuh barangan di pasaraya. Mahu atau tidak, kita terpaksa juga menyentuh barang di pasaraya untuk membelinyakan.. Al-maklumlah, mesti semua beranggapan banyak jenis virus mungkin terlekat di barangan tersebut.

Tidak salah jika kita merasa paranoid ya. Kita memang kena sentiasa menjaga kebersihan lagi-lagi pada saat-saat begini. Tetapi tidak perlulah sampai kita membasuh sehingga merendam barang-barang dapur dengan air sabun.

TIDAK PERLU BASUH BARANG DAPUR DENGAN SABUN!! IKUT LANGKAH INI

1. Jarakkan 1 Meter Daripada Orang Lain

Semasa keluar membeli barangan di luar, risiko terdedah kepada jangkitan adalah tinggi. Sebabnya, pada waktu itulah anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang kita tidak tahu kebersihannya. Jadi, pastikan jarak anda dengan yang lain sejauh 1 meter dan pastikan anda tidak berbual dan tidak menyentuh muka.

Jarakkan 1 meter

2. Terus Basuh Tangan Selepas Membeli

Anda wajib membasuh tangan sebaik sahaja selesai membeli belah atau memegang troli. Ini kerana troli di pasaraya biasanya dipegang oleh ramai orang. Tangan kita sendiri lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding dengan barangan dapur.

Troli di pasaraya

3. Balik Terus Cuci Tangan

Selepas balik, terus cuci tangan anda. Setelah itu, susun barangan dapur yang dibeli di tempat sepatutnya dan basuh tangan anda sekali lagi. Sebelum dan selepas masak juga anda perlu membasuh tangan untuk pastikan tangan anda sentiasa bersih selepas memegang barangan dapur.

Cuci tangan

4. Tanggalkan Pakaian , Terus Mandi

Setelah anda balik dari membeli barang, anda perlu terus tanggalkan pakaian anda dan terus mandi untuk bersihkan segala kotoran di badan anda. Paling penting, elakkan dari menyentuh keluarga anda sebelum mandi dan bersihkan tangan.

Bersihkan diri

5. Basuh Barang Dapur Sebelum Dimasak

Okay untuk bahagian ini, tidak perlulah sampai basuh dengan sabun barang dapur semata-mata untuk nyahkuman. Cukup dengan basuh dengan air sahaja sebelum dimasak dan dimakan. Anda juga disarankan untuk merendam barang dalam air garam.

6. Sanitize / Nyahkuman Bakul Atau Beg Kitar Semula

Bakul atau beg kitar semula yang kita guna untuk membeli barangan dapur tadi seharusnya disanitise atau nyahkuman sekurang-kurangnya seminggu sekali. Atau lebih baik disanitise terus selepas balik dari membeli barangan. Selesai membasuh barangan tadi, anda harus basuh tangan sekali lagi dengan sabun.

Anda diingatkan sekali lagi untuk TIDAK membasuh barangan dapur yang dibeli dengan sabun kerana ianya berisiko terhadap kesihatan anda sendiri. Sanitise juga tidak sesuai kerana cecair chemical yang ada dalam cecair sanitasi atau produk nyahkuman yang lain tidak sesuai untuk makanan. Sentiasa ingat untuk basuh tangan ya! Stay clean and stay safe.