Author

maz

Browsing

Popia adalah salah satu kuih tradisi kita yang popular seperti karipap, donut, kuih talam dan lain-lain. Anda boleh buat popia sendiri di rumah dengan hanya membeli kulit popia frozen di mana-mana pasaraya terdekat. Untuk yang pertama kali ingin mencuba buat, kulit popia boleh menjadi kering apabila ianya terdedah terlalu lama di udara atau pun terlalu lama di simpan didalam petisejuk . Jika perkara ini terjadi kita jangan terus buang kulit popia tersebut. Apa yang kita boleh buat ialah dengan melembutkannya semula. Salah satu cara nya adalah seperti di bawah.

1) Panaskan periuk kukus.

2) Basahkan kain tuala.

3) Balut kulit popia yang telah kering tadi dengan tuala basah.

4) Masukkan kulit popia yang telah di balut dengan tuala basah tadi ke dalam periuk kukus yang telah di panaskan.

5) Panaskan lebih kurang 20 minit hingga setengah jam sehingga kulit popia benar-benar lembut.

Mudahkan caranya? Jangan pula tarik ketika kulit popia masih keras, anda akan merosakkannya. Musim Perintah Kawalan Pergerakan ni, nak makan popia pun susah kan? Dah tak ada makcik-makcik tepi jalan yang berniaga. Jadi, masa ini lah untuk anda buat popia sendiri. Senang sahaja caranya. Selamat Mencuba!

Tidak dinafikan bahawa madu merupakan salah satu makanan supplement yang sangat banyak khasiatnya selain ianya juga merupakan makanan sunnah nabi Muhammad SAW . Ianya boleh dijadikan amalan setiap hari namun begitu kita kena juga berhati-hati dalam memilih madu supaya kita tidak makan madu yang tidak asli hingga menyebabkan penyakit lain pula yang timbul . Ada 4 cara mudah yang boleh kita lakukan untuk memastikan madu yang kita ambil itu adalah benar-benar asli .

Langkah 1 – Tuang kedalam segelas air putih yang biasa .

Ambil segelas air putih yang biasa (tidak panas dan tidak sejuk) .Masukkan sesudu madu ke dalam gelas tersebut . Sekiranya madu itu larut di dalam air bermakna madu itu adalah palsu atau pun madu yang telah di campur dengan bahan lain seperti gula .

Sifat madu yang kental itu apabila dimasukkan ke dalam segelas air dia akan terus jatuh ke bawah dan tidak larut di di dalam air dengan cepat .

Langkah 2 – Letak di atas sehelai kertas putih .

Ambil sesudu madu dan letakkan di atas sehelai kerta putih kemudian cuba bersihkan madu itu dengan jari anda . Jika terdapat kesan di atas kertas itu bermakna madu tersebut adalah palsu . Kesan terbentuk sebab madu tersebut mengandungi air hingga menyebabkan kertas tersebut basah .manakala madu asli tdak akan meninggalkan apa-apa kesan pun di atas kertas tersebut .

Langkah 3 – Letakkan sesudu madu di atas meja.

Letakkan sesudu madu di atas meja atau di mana-mana pun jua dan biarkan selama sejam atau 2 jam kemudian perhatikan jika terdapat semut datang menghurungi madu tersebut bermaksud madu itu adalah palsu .Ini adalah kerana terdapat gula di dalam madu tersebut dan lagi semut sangat tidak suka bau manis yang asli dari madu .

Langkah 4. Letakkan sedikit di hujung jari

Letak sedikit di hujung jari kita dan biarkan buat seketika . Sekiranya madu itu meleleh sedikit itu bermaksud madu itu ada lah asli .Manakala jika madu itu terus bertepek di tangan bermakna madu tersebut adalah palsu .

Di harap ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengenali madu asli.

1. Parasite Menerima ‘ Standing Ovation’ selama 8-minit!

Selepas apa sahaja tayangan filem, kita akan melihat reaksi dari penonton yang dapat menggambarkan kualiti filem yang telah ditonton. Tetapi, di Panggung Grande Cannes Lumiere, penonton berdiri bertepuk tangan dan bersorak selama lapan minit selepas tamat tayangan. Sebelum tayangan itu, pengarah filem tersebut yang bernama Bong memberi amaran bahawa filemnya agak sukar difahami untuk penonton asing. Tetapi, ternyata, Bong tidak perlu risau. Malah, filem itu juga membawa pulang piala Palme d’Or yang berprestij malam itu.

2. Ia sebuah karya hebat.

Sebagai tambahan kepada Anugerah Palme d’Or, “Parasite” juga telah membawa pulang banyak lagi penghargaan, yang paling baru menjadi Filem Bahasa Asing Terbaik di Golden Globes. Sekarang, ia menuju ke Oscars dan sedang disenarai pendek untuk kategori Ciri Terbaik Antarabangsa. Ia juga kini mempunyai siri terhad di HBO. Sangat mudah untuk melihat mengapa ia mengangkut semua anugerah ini. Dari sinematografi kepada lakonan, tetapan, penulisan, nada, dan arahan, “Parasite” mempunyai yang terbaik dari setiap sudut.

3. Perincian Tepat Dan Mendalam Tentang Diskriminasi

Nafsu serakah dan perbezaan kelas adalah salah satu perkara terbaik tentang “Parasite”. Bukan sahaja menghiburkan dan visual yang menyenangkan, ia juga memberi mesej sosial. Di tengah-tengahnya adalah mesej yang tajam mengenai diskriminasi golongan tamak dan kelas atasan. Walaupun ia tidak begitu jelas atau langsung dalam apa jua cara kepada penonton, isu itu rapat dengan perbezaan antara kedua-dua keluarga. Bong mencipta ketegangan yang semakin mantap dari sudut perjalanan hidup karakter dengan banyak simbolisme dengan masalah di tangan dan membiarkan semuanya terungkap di akhir filem yang gelap dan jahat.

4. Mendapat Pujian Dari Pengarah Filem Lain

Anda sendiri akan tahu bahawa sesuatu filem itu hebat apabila pengarah filem lain mengkritik dan memujinya. Dan untuk “Parasite,” banyak pengarah filem lain yang berjaya telah bercakap tentang filem itu. Josh dan Bennie Safdie, pengarah filem Adam Sandler “Uncut Gems” dalam Twitter-nya menulis:

‘Jangan bertanya, jangan baca tentangnya, lihat sahaja. Pengarah Bong dan pelakonnya yang luar biasa akan menggunakan minda anda sebagai tuan rumah kerana mereka menunjukkan kepada anda betapa tidak masuk akal peraturan yang kadang tidak kelihatan. ”

Sebagai tambahan, Ari Aster, pengarah Filem Ngeri hit “Midsommar” juga mempunyai sesuatu untuk dikatakan:

 “Filem ini mengejutkan. Cekap, kelakar, gila, dan sangat sedih, ” katanya.

5. Ia akan Membawa Anda ke Satu Perjalanan Emosi Yang Tidak Menentu

“Parasite” bermula dengan tenang dan positif. Tetapi, semakin lama, rasa gelisah diawal filem yang anda rasa akan semakin menebal. Dan ia menjadi satu cerita yang anda sangka mudah untuk diramalkan. Tetapi tidak! Misteri menjadi lebih misteri, rasa seram akan menjadi lebih seram, dan kemudian semuanya akan meletup menjadi kekacauan. Tetapi, pada masa yang sama, ia juga membentangkan komedi yang berkait rapat dengan kita. Bong berjaya mengabungkan semua unsur-unsur ini dalam perjalanan yang akan membuat anda teruja, menangis, ketawa, terkejut, dan mungkin menutup mata anda. Jadi, jika anda sudah bersedia menonton “Parasite,” Good Luck!

Microsoft Excel merupakan satu sotfware di mana kebanyakan syarikat menggunakannya untuk menyimpan, mencari, mengumpul dan menyusun data. Excel juga mempunyai pelbagai operasi dan kenyataan yang boleh dipakai bagi memudahkan kerja. Contohnya adalah operasi tambah(+), tolak(-), bahagi(/), dan darab(*). Jadi pengguna tidak perlu tekan calculator untuk setiap data yang perlu ditambah. Excel boleh memudahkan dengan menggunakan operasi tersebut. Jadi bagaimanakah untuk kita menggunakan operasi tersebut dalam excel?

Disini kita akan belajar menggunakan contoh dibawah dimana terdapat kelas dari A – G yang terdiri daripada pelajar sekolah. Di setiap kelas mempunyai pelajar lelaki dan perempuan. Jadi kita perlu mengira berapa jumlah pelajar di setiap kelas.

  1. Tekan cell pertama di column “Jumlah Pelajar”
  2. Kemudian kita mulakan masuk formula/operasi yang ingin digunakan dimulakan dengan ‘=’
  3. Tekan cell mana yang ingin ditambah dan masukkan operasi seperti didalam gambar.
  4. Tekan Enter

Formula ini boleh digunakan untuk kelas B-G dengan ‘Copy’ cell ‘Jumlah pelajar’ Kelas A, dan paste as Formula seperti didalam gambar.

Microsoft Excel banyak memudahkan kerja kita untuk key in data yang banyak. Selamat mencuba!

Ramai yang mengalami masalah seperti ini . Macam-macam cara telah di cuba tetapi masih lagi kekal hitam di bahagian bontot periuk atau kuali. Cara mudah dan jimat yang anda boleh cuba ialah dengan hanya menggunakan 2 bahan ini sahaja iaitu kentang dan garam .

1. Garam

2. Kentang

Cara-cara nya ialah :

  1. Sebiji kentang di potong dua.

2) Kemudian tekapkan permukaan kentang di atas serbuk garam dan anda boleh terus menggosok periuk yang hitam tadi sehingga periuk menjadi kembali putih bersinar .

Jika tiada garam, anda juga boleh menggantikannya dengan Baking Soda.

Selamat mencuba!!

Anda mungkin dapat merasakan sesuatu tidak kena dengan pasangan anda tetapi anda tidak tahu apakah ia. Anda tiada klu ataupun bukti tetapi anda merasakan yang pasangan anda curang bersama orang lain. Mungkin ianya hanya sekadar firasat ataupun naluri hati anda sahaja. Mungkin juga anda cuba untuk abaikan perasaan itu kerana setiap kali anda terfikir anda akan merasa tidak tenteram.

Tetapi semakin hari semakin kuat perasaan anda mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan ini.Tiada panduan tepat yang boleh memberi indikasi 100% bahawa pasangan anda sedang curang dalam perhubungan tetapi ini adalah beberapa tanda atau cara untuk anda perhatikan pasangan anda yang berkemungkinan sedang menduakan anda.

1. Lebih kerap menggunakan telefon bimbit [Bukan untuk komunikasi dengan anda]

Sekiranya anda kerap lihat pasangan anda “online” di mana-mana platform social chat tetapi mengambil masa yang lama untuk membalas perbualan anda, ini mungkin tanda awal si dia ada berbalas pesanan dengan orang lain.

Apa yang anda boleh lakukan cuba dapatkan handphone pasangan dengan apa cara sekali pun contohnya anda boleh berlakon kononnya handphone anda tertinggal di rumah dan anda perlu telefon seseorang sebab ada hal yang sangat penting dan sekiranya pasangan berkeras tidak mahu bagi handphone nya kepada anda maka AWAS!!

2. Lebih prihatin tentang penampilan diri dari yang biasa

Anda semestinya mengenali pasangan anda dan tahu bagaimana dia selalunya berhias atau berdandan secara normal. Tetapi sekiranya pasangan anda mula menampakkan minat yang lebih dari biasa untuk cuba kelihatan lebih menarik, mungkin sudah tiba masanya anda meletakkan perhatian yang lebih kepada setiap tingkah lakunya. Siapakah yang si dia cuba untuk kagumkan?

Apa yang anda boleh lakukan ialah anda cuba kembalikan diri nya kepada keadaan asal seperti sebelumnya contohnya dengan memujinya jauh lebih menarik jika keterampilan yang dahulu dan anda sukakan nya . Tetapi jika pasangan anda tidak menerima atau menghargai pujian anda maka AWAS! (Kebiasaannya kita akan buat sesuatu yang menggembirakan pasangan kita contoh nya jika pasangan kita suka kita bermisai kita akan simpan misai begitu juga jika pasangan kita suka kita berambut panjang contohnya bagi wanita ,pastinya pasangan anda akan cuba memenuhi impian pasangannya )

3. Kerap keluar

Secara tiba-tiba pasangan anda lebih kerap keluar untuk berjumpa ‘kawan’ ataupun ‘keluarga’ dari yang biasa. Ini sememangnya satu AMARAN yang mungkin dia pergi berjumpa dengan orang lain.

Apa yang anda boleh cuba lakukan ialah sekiranya seringkali setelah anda mengajaknya untuk berjumpa dan dia menolak dengan alasan nak jumpa kawan atau keluarga ,maka anda boleh menawarkan diri untuk ikut bersama dengannya tetapi jika dia tiba-tiba jadi marah maka AWAS!!

Langkah kedua anda boleh juga pantau pergerakkan nya contoh jika pasangan anda memberitahu anda yang dia hendak keluar berjumpa dengan sipolan ,maka anda boleh bertanyakan dimanakah pertemuan itu dan jika dia enggan bagi tahu atau memberi lokasi yang salah maka AWAS!

4. Kerap kerja lewat

Sepanjang anda bersama dengan si dia, anda pasti sudah tahu anggaran waktu untuk si dia pulang ke rumah dari pejabat atau tempat kerja. Malah anda boleh ramal bilakah waktu paling lewat dia akan pulang ke rumah jika ada kerja yang lebih di pejabat.

Tetapi tiba-tiba si dia sering kerja lewat lebih dari kebiasaan dan selalu pulang lewat ke rumah dengan alasan banyak kerja di pejabat. Mungkin bukan kerja yang menjadikan dia lewat pulang ke rumah?

Apa yang anda boleh lakukan ialah cuba pergi ke pejabatnya dan lihat jika ada kenderaan nya seperti motor atau kereta di pejabat . Sekiranya tiada maka AWAS!

5.Kurang Intimasi

Sekiranya anda mula merasakan yang si dia kurang intim dengan anda secara tiba-tiba dan untuk tempoh yang lama, mungkin dia sedang berintimasi dengan orang lain. Kerana itu keperluan untuk berintim dengan anda sudah tidak perlu. Ini juga salah satu tanda pasangan anda sedang curang dengan orang lain.

Apa yang anda boleh lakukan cuba sedaya upaya untuk menraik perhatiannya tetapi sekiranya pasangan anda masih tidak memandang anda maka AWAS! Mungkin hatinya sudah dimiliki oleh orang lain .

6. Dia mengikuti perkembangan social media orang yang berupa menarik

Jika dia sering “like” ataupun “follow” social media orang yang lebih seksi, mungkin juga dia cenderung untuk berkelakuan curang kerana anda sudah tahu apakah yang berada didalam fikiran si dia.

Apa yang anda boleh lakukan kan ialah jadikan diri anda seperti yang disukainya tetapi dia tetap jugak tidak memberi respond yang positif maka AWAS!

7. Dia melepaskan kemarahan kepada anda

Sekiranya pasangan anda memulakan perbalahan dengan anda hanya kerana sesuatu perkara kecil, mungkin dia sedang mencari alasan untuk menjauhkan diri dari anda untuk bersama orang lain.

Apa yang anda boleh lakukan ialah cuba meredakan keadaan dengan banyak mengalah tetapi jika itu juga tidak dapat memuaskan hatinya maka AWAS!

8. Mahukan privasi

Adakah pasangan anda sering membawa telefon ke dalam toilet? Meletakkan telefon disebelah bantal ketika tidur? Sentiasa membiarkan telefon dalam keadaan ‘silent’? Ataupun tidak memberitahu anda kata laluan kepada telefon mereka? Jaga-jaga sekiranya si dia kerap melakukan perkara ini kerana mungkin dia ada sesuatu untuk disembunyikan dari anda. Mungkin juga mereka akan menjadi marah sekiranya anda kerap bertanya mengapa mereka berkelakuan seperti itu.

Apa yang anda boleh lakukan ialah berterus terang dengan nya kenapa dia melakukan hal-hal seperti di atas dan jika itu membuatkan dia marah tanpa memberi alasan yang kukuh maka AWAS!

Sekiranya anda sudah mula merasakan yang pasangan anda curang, anda sudahpun kehilangan sesuatu aspek penting dalam perhubungan iaitu KEPERCAYAAN.

Sekiranya pasangan anda hanya melakukan 1-3 sahaja perkara diatas, mungkin anda boleh menarik sedikit nafas lega. Tetapi jika 5 -8 perkara diatas sudahpun anda lalui bersama pasangan anda,mungkin anda perlu risau.

Tetapi anda juga harus ingat bahawa hubungan yang penuh dengan tuduhan tanpa asas akan membawa kepada pergaduhan dan menjadikan hubungan itu tidak sihat. Apa yang anda perlu lakukan ialah berterus terang dan saling percaya dan mempercayai untuk mendapatkan kasih sayang yang sebenar dan jika langkah ini tidak juga berjaya maka anda harus memikirkan sesuatu tindakan yang lebih jauh dari matlamat kehidupan anda yang sebenar.

Pastinya semua wanita di dunia ini takut bila ada orang kata yang dia sudah kelihatan tua dari usia sebenarnya . Tua adalah lumrah kehidupan namun kita boleh atasi melambatkan proses penuaan itu . Jom kita cuba beberapa langkah yang perlu kita lakukan jika kita mahu kelihatan lebih muda dari usia sebenar kita .

1. Minum air putih suam

Sentiasa amalkan minum air putih yang suam sebaik sahaja bangun dari tidur setiap pagi sebelum gosok gigi kerana air putih suam mampu menghapuskan toksin yang banyak dalam badan kita . Jika toksin terlalu banyak dalam badan kita ia akan mengundang berbagai2 jenis penyakit . Air putih suam juga mampu memperbaiki sel-sel kulit kita yang telah rosak dan menjadikan kulit lebih anjal dan berseri . Sebelum minum bacalah doa selawat shifa’ supaya mudah-mudahan dengan izin NYA dapat merawat segala kerosakkan dalam tubuh badan .Cuba lah kita amalkan dan lihat kesan nya .

Ya Allah ,Kurniakan lah Rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW,,pengubat segala hati dan penawarnya ,menyihatkan badan serta menyembuhkan segala penyakit dan menjadi cahaya kepada segala pandangan dan meneranginya dan kurniakan lah ke atas keluarga dan para sahabat akan kesejahteraan .

2. Makan makanan sunnah

Amalkan makan makanan sunnah seperti buah kurma setiap hari 7 biji pagi dan 7 biji petang .Selain itu, boleh juga amalkan makan kismis , buah zaiton, buah tin , badam, gajus kerana kesemua makanan ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi .

3. Riadah

Amalkan aktiviti sihat setiap hari seperti bersenam , jogging ,berbasikal dan banyak lagi mengikut kesukaan masing-masing asalkan aktivit tersebut dapat mengeluarkan peluh kerana toksid dalam badan akan keluar bersama-sama dengan peluh .

4. Berfikiran positif

Sentiasalah berfikiran positif kerana ianya akan mengeluarkan hormon-hormon positif yang akan membuatkan tubuh badan kita lebih sihat dan kuat . Hormon yang positif ini juga akan membuat kulit wajah serta perwatakkan kita lebih menarik . Bila kita sentiasa berfikiran positif maka tiada stress dan bila tiada stress maka sukar penyakit-penyakit yang merbahaya singgah di tubuh badan kita .

5. Hobi

Cuba cari apakah perkara yang anda suka buat dan jadikan dia hobi anda di masa lapang .Contohnya seperti aktiviti mewarna . Aktiviti mewarna ini akan membuatkan anda tenang dan seronok terutamanya setelah melihat hasil lukisan yang telah siap . Terdapat banyak buku2 mewarna untuk orang dewasa dan ramai yang minat memlakukan aktiviti ini .

6. Amalan pemakanan yang sihat

Semakin kita berusia , semakin kita menjaga pemakanan kita seperti kurangkan makan makanan yang berminyak ,berlemak dan yang tinggi kadar kolestrolnya . Sentiasa amalkan Sarapan pagi yang simple dan juga makan tengahari yang sederhana . Apa yang penting banyakkan makan sayur -sayuran dan buah-buahan .

7. Supplement

Bagi yang berkemampuan boleh juga amalkan makan supplement seperti Vitamin C , Kalsium ,Multivitamin dan lain-lain mengikut keperluan badan masing-masing.

Cuba amalkan dan semoga kita semua sihat dan sentiasa cergas dalam menghadapi kehidupan kita . Selamat mencuba!

Microsoft Excel merupakan satu sotfware di mana kebanyakan syarikat menggunakannya untuk menyimpan, mencari, mengumpul dan menyusun data. Excel juga mempunyai pelbagai operasi dan kenyataan yang boleh dipakai bagi memudahkan kerja. Antaranya adalah kenyataan ‘if’ dan ‘else’.

‘If’ dan ‘Else’ adalah satu jenis penyataan dimana kita boleh meletakkan syarat untuk mengasing, menyusun, dan mencari data. Contohnya, jika A lebih dari 10, tulis sebagai ‘Banyak’. Selain daripada itu, tulis sebagai ‘Sedikit’. Jadi cara penulisannya ialah seperti berikut.

=IF (logical_test, [value_if_true], [value_if_false])

  • Logical Test: Syarat yang ingin kita letakkan pada cell atau nombor
  • value_if_true: Nombor atau Perkataan yang ingin diletakkan jika syarat itu ditepati
  • value_if_false: Nombor atau Perkataan yang ingin diletakkan jika syarat itu tidak ditepati

Disini kita akan belajar menggunakan contoh dibawah dimana terdapat kelas dari A – G yg terdiri daripada pelajar sekolah. Di setiap kelas mempunyai pelajar lelaki dan perempuan. Jika kelas tersebut mempunyai lebih dari 10 orang, kita kategorikan kelas tersebut sebgai Ramai, dan jika kurang daripada 10, kelas tersebut dikategorikan sebagai Tidak Ramai.

Contoh penggunaan if dan else

  1. Tekan cell yang ingin kita letakkan jawapan kepada syarat tersebut.
  2. Kemudian kita mulakan masuk kenyataan dan syarat yang ingin digunakan dimulakan dengan ‘=’
  3. Cell yang ingin kita bandingkan ialah cell E3.
  4. Jadi syarat yang kita boleh letakkan ialah jika E3 kurang dari 10, tulis Tidak Ramai dan sebaliknya tulis “RAMAI”
  5. Tulis =IF(E3<10,”TIDAK RAMAI”,”RAMAI”)
  6. Tekan Enter

Formula ini boleh digunakan untuk kelas B-G dengan ‘Copy’ cell yang telah kita letakkan kenyataan tadi, dan paste as Formula seperti didalam gambar.

Senang dapat memudahkan diri anda dari key in setiap satu. Selamat Mencuba.

Tidak dinafikan memang jarang remaja zaman kini yang memperkatakan tentang filem Bollywood . Namun bagi kaki wayang sebenar atau penonton movie tegar pastinya tidak akan mengenepikan 100 % industri filem bollywood ini kerana hakikatnya terdapat ke unikkan dan kualiti yang tersendiri dalam filem-filem hindustan sehingga ditayangkan di peringkat antarabangsa .Apatah lagi jika dilakonkan oleh bintang filem yang digelar “King Khan” atau nama sebenarnya Shah Rukh Khan, pastinya akan mampu memukau penonton sampai sanggup menunggu hampir 3 jam sampai ke akhir penceritaan .

Terbaru filem wajib tonton beliau yang tidak boleh dilepaskan ialah “Raees”. Setelah bertahun berdiam diri dalam menghasilkan karya yang terbaik, maka inilah hadiah yang diberikan untuk mengubati rindu peminatnya. Untuk pengetahuan, lakonan yang mantap dan penghayatan watak yang dibawa berjaya mengekalkan “King Khan”sebagai Top 5 Best Actor 63rd Filmfare Award. Filem level pecah panggung ini juga tersenarai sebagai Top 5 Best Movies Award dan ditayangkan di semua platform filem antarabangsa.

Suatu perkongsian menarik, filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang budak jalanan bernama Raess Alam (Shah Rukh Khan) yang awalnya hidup merempat di tepijalan akhirnya berjaya mengubah hidup menjadi “Ketua” yang dihormati pengikut bawahan dan digeruni musuh.

Sesuatu yang bukan mudah kerana banyak liku dan ranjau kehidupan yang dilalui demi untuk survival diri. Keterdesakan hidup menyebabkan Raess terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjual arak secara haram dan bekerja sebagai ejen dengan kumpulan samseng untuk mengedarkan arak. Kekuatan dan keberanian yang ada padanya menjadikan dia orang yang paling dipercayai dalam kumpulan tersebut untuk menyelenggarakan perniagaan haram.

Bagi sesiapa yang nak berpindah ke filem yang agak ganas dan lasak, disyorkan untuk menonton filem ini kerana adegan-adegan pergaduhan dan cara “King Khan” membelasah lawan memang teramat “style” dan “real”. Paling “cool” dalam filem ini ialah dia paling tidak suka diejek bila pakai “spec” dengan panggilan Battery.

Banyak benda yang boleh kita pelajari daripada filem ini. Pertama jangan kita sebagai hamba Tuhan sesuka hati menghukum dan menghina seseorang kerana kesilapan atau dosa yang dilakukan kerana kita tidak tahu apakah sejarah hitam yang dilalui menjadikan hidupnya begitu.

Biarlah undang-undang yang mengadili segalanya. Berkemungkinan orang itu juga mempunyai sisi diri yang putih dan kebaikan untuk dicontohi oleh kita. Contohnya dalam situasi Raess, walaupun dia menjalankan kegiatan haram dengan menjual arak, tetapi masyarakat tempatan tetap mengasihinya kerana bantuan dan pengorbanan besar yang dilakukan untuk menjaga kebajikan golongan yang memerlukan.

Impian Raess dalam filem tersebut juga adalah untuk membina kediaman yang selesa untuk setiap orang miskin supaya mereka dapat berteduh dan tidak lagi hidup merempat di jalanan. Malah beliau sanggup menggadaikan nyawa untuk berperang dengan individu yang merosakkan sistem politik dan pentadbiran sehingga menyebabkan rakyat kebuluran.

Memang mendebarkan untuk mengetahui apakah nasib akhir yang menimpa Raess, tapi mungkin itulah takdir yang terbaik untuk insan sepertinya. Mungkin ungkapan yang sesuai untuk takdirnya ialah “The right person at the wrong place make all difference“. Kedua ialah sejahat mana pun kita, janganlah lupa untuk kembali kepada jalan kebenaran apabila kita tersedar. Dalam filem ini, saat jatuh kerana pengkhianatan, maka Raees kembali kepada jalan agama dan mengikuti nasihat ibu yang disayangi.

Sebenarnya, itu adalah lumrah dalam kehidupan kita. Jangan mudah mengalah dengan kabus hitam yang menyelubungi hidup sekarang dan yakinlah bahawa awan putih menanti kita di hadapan. Kekalkan hidup berprinsip dan sebarkanlah manfaat sesama manusia.Selamat menonton!

Sepanjang tempoh PKP [Perintah Kawalan Pergerakan] ini, ramai antara kita yang lupa untuk teruskan rutin penjagaan kulit sebab tidak keluar dari rumah. Jadi disini, saya akan kongsikan 3 resipi FACE SCRUB D.I.Y mudah yang anda boleh buat dirumah dengan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur. Jimat dan berkesan!

Ok jom kita lihat 3 jenis Face Scrub ini.

1) Oat Scrub

Resipi:
-1/2 cawan oat biasa
-air

Selain air biasa, anda juga boleh menggunakan yogurt atau susu. Pastikan tidak terlalu cair kerana ia akan membuatkan scrub jatuh dan meleleh diwajah.
Masukkan oat kedalam pengisar dan campurkan air hingga jadi pes.

Ciri anti-bengkak pada oat akan membantu kulit sensitif yang mengalami gatal atau jerawat. Selain itu, oat juga adalah satu agen membersih pori ,menyerap minyak dan kotoran yang baik.

2) Honey & Brown Sugar Scrub

Resipi:
-1 sudu besar Brown Sugar
-1 sudu besar madu

Gaul hingga sebati.

Sapu diwajah menggunakan jari dan gunakan teknik pusaran untuk membantu eksfoliasi kulit. Cuci hingga bersih.

3) Coffee & Oil Scrub

Resipi:
-1 sudu serbuk coffee
-1 sudu minyak zaitun/jojoba/rosehip

Gaul sebati dan sapukan diwajah seperti biasa ya.

Scrub ini bagus untuk memangkin kolagen dikulit dan juga menghilangkan selulit di bahagian badan yang lain.

Mudah kan? Jadi gunakan masa yang ada ini untuk anda cuba ketiga-tiga jenis scrub ini dan mendapat hasil yang memuaskan. Selamat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan [PKP] dan jangan lupa ya #stayathome!