Author

mael

Browsing

Kali ini admin nak kongsikan Filem Korea Selatan bergenre Action-Survival. Filem ini diterbitkan pada tahun 2016 dan diadaptasi dari penulisan novel berjudul ‘Tunnel’ oleh So Jae Won.

Kisah bermula semasa Lee Jung Soo ingin pulang ke rumah untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya. Sebelum itu, dia telah singgah di sebuah stesen minyak dan semasa ingin meneruskan perjalanan, pakcik jurupam petrol telah memberikan dia dua botol air minuman sebagai tanda maaf disebabkan kesalahannya mengisi minyak.

Semasa melalui satu terowong, sesuatu yang tidak terfikir olehnya terjadi. Terowong tersebut telah runtuh dan membuatkan Jung Soo terperangkap didalam keretanya bersama timbunan batu bata konkrit.

Apa yang ada bersamanya hanyalah dua botol air minuman yang diberikan jurupam tadi dengan kek hari jadi anaknya. Dia perlu meminimum kan penggunaan air tersebut kerana proses menyelamatkannya dianggarkan dalam masa seminggu.

Semasa berada dibawah terowong yang runtuh itu, secara tiba-tiba Jung Soo ternampak seekor anjing diikuti suara wanita. Rupa-rupanya terdapat sebuah lagi kereta turut terperangkap di situ. Disini kita akan dapat lihat dilema Jung Soo samada ingin berkongsi air minuman nya atau terus sahaja menjadi selfish demi terus hidup.

Filem ini banyak mempertontonkan realiti sebenar kehidupan di Korea Selatan. Apabila terjadinya malapetaka, wartawan berpusu-pusu ingin menjadi yang pertama melaporkan berita. Ini dapat dilihat apabila ada wartawan sanggup menemu bual Jung Soo yang sedang ditimpa musibah dan bertanyakan perkara yang tidak masuk akal seterusnya membuatkan Jung Soo merasa tertekan. Mereka juga tidak hirau samada bateri telefonnya akan habis dengan panggilan panggilan yang tidak sepatutnya seperti itu.

Setiap Menteri yang turun padang akan diambil gambarnya untuk menunjukkan mereka simpati terhadap apa yang berlaku. Selain daripada itu, isu penipuan dalam projek pembinaan membuatkan struktur yang dibina tidak selamat sekaligus menyebabkan tragedi yang tidak diingini berlaku.

Dalam usaha membawa keluar Jung Soo, banyak kejadian kejadian lain yang berlaku di tapak tersebut. Isteri Jung Soo turut terkena tempias nya hanya kerana untuk mengeluarkan suaminya, para pekerja berdepan risiko dalam proses menyelamat. Kos menyelamat yang menelan belanja tinggi turut menjadi punca proses menyelamat ini perlu dihentikan segera.

Bagi anda yang meminati filem survival seperti ini, Tunnel boleh diletakkan di dalam list wajib tonton anda.

Selamat menonton!

Hari ini admin akan share kan satu Filem Korea Selatan bergenre Thriller. Filem ini diterbitkan pada tahun 2017 dan dibintangi oleh Kang Ha Neul sebagai Jin Seok dan Kim Moo Yul sebagai Yoo Seok.

Filem ini mengisahkan tentang Jin Seok yang berpindah ke rumah baharu bersama abangnya, Yoo Seok , ibu serta bapanya. Semasa sedang mengemas rumah, bapanya berulang kali memberitahu supaya tidak membuka satu bilik di ruangan atas kerana tuan rumah lama ada menyimpan sesuatu disitu.

Jin Seok menghidap penyakit hypersensitivity dan memerlukan pengambilan ubat supaya dia menjadi tenang. Semasa sedang makan malam, Jin Seok mendengar bunyi yang kuat dari bilik atas tersebut, namun keluarganya menafikan dan memberitahu ia hanyalah bunyi guruh.

Semasa sedang tidur, Jin Seok ternampak lampu di dalam bilik tersebut menyala, Dia perlahan lahan menghampiri bilik tersebut namun tidak sempat untuk membuka pintu bilik kerana secara tiba-tiba ditegur oleh abangnya.

Pada suatu petang yang hujan, Jin Seok ternampak abangnya diculik dan dilarikan dengan van oleh sekumpulan lelaki. Selepas 19 hari, abangnya pulang ke rumah namun dia tidak mengingati apa yang terjadi sepanjang kehilangannya itu. Sejak kepulangan abangnya, Jin Seok menyedari kelainan pada Yoo Seok dan membuatnya berfikir bahawa lelaki yang baru pulang itu bukan abangnya.

Yang menambahkan lagi curiga apabila pada suatu malam, Jin Seok ternampak abangnya keluar daripada rumah. Jin Seok mengejar abangnya dengan menaiki teksi sehingga ke suatu kawasan lorong. Di situ, dia ternampak abangnya bersama dengan detektif yang mengambil kes kehilangan abangnya dahulu!

Plot di dalam cerita ini digarap dengan baik sehingga berjaya membuatkan admin rasa berdebar dan tertunggu tunggu apa sebenarnya terjadi kepada Jin Seok dan Yoo Seok.

Kepada peminat filem bergenre Thriller, jom menonton filem ini dan anda pasti akan terkejut dengan plot twist nya nanti.

Bulan Ramadhan hampir tiba dan negara masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perdana Menteri juga ada memberitahu bahawa kehidupan harian kita selepas ini tidak akan lagi normal seperti biasa. Ini bermaksud, walaupun PKP telah ditamatkan kelak, segala perhimpunan, kenduri kendara, keraian tidak akan dibenarkan hatta untuk berjabat tangan juga tidak digalakkan lagi.

Justeru itu, sebagai umat Islam kita masih lagi wajib menunaikan tanggungjawab rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat fitrah.

Maka tiada alasan lagi untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab kerana sekarang kita boleh membayar zakat fitrah secara online sahaja.

PERLUKAH MELAFAZKAN AKAD?

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan yang perlu dibuat.

Ini kerana, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah.

Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Sekarang, admin akan tunjukkan cara membayar zakat melalui Maybank2u.

  1. Log masuk ke akaun Maybank2u anda.
    1. Pilih bahagian “Pay Bills’
    2. Klik ke bahagian ‘Payee’
    3. Pilih senarai zakat mengikut negeri yang anda duduki.
    4. Pada bahagian ‘Type of Zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’.
    5. Masukkan amaun yang dikehendaki beserta nombor telefon anda.

Buat masa ini kadar rasmi zakat fitrah bagi tahun 2020 masih belum dikeluarkan lagi. Tetapi apa yang admin baca, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengumumkan kadar zakat fitrah baharu iaitu RM5 bagi memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.

Admin akan update semula sekiranya menerima kadar zakat fitrah untuk semua negeri nanti ya.

Jika anda seorang online seller ataupun seorang influencer, sudah pasti anda ingin meletakkan kesemua media sosial yang anda ada seperti YouTube, Twitter, Facebook, WhatsApp, Telegram dan lain-lain di Instagram atau blog anda.

Namun, di Instagram, ianya hanya boleh diletakkan satu link website sahaja di bahagian bio dan membuatkan anda buntu bagaimana untuk promot media sosial anda yang lain.

Disini anda boleh menggunakan LINKTREE sebagai alternatif.

Apa itu LINKTREE? LINKTREE adalah satu medium percuma untuk mengoptimumkan penggunaan link di bio Instagram anda. Fungsinya adalah untuk memudahkan pelanggan mengakses social media link yang kita ada seperti Whatsapp, Telegram, Website dan lain-lain.

Di entri kali ini, Admin akan kongsikan cara untuk buat LINKTREE.

  1. Masuk ke website LINKTREE.
  2. Log In atau Daftar Baru sekiranya masih belum ada ID dan password.
  3. Masukkan Link serta nama yang dikehendaki (1).
  4. Link LINKTREE anda sudah sedia digunakan (2).
  5. SIAP!

Beginilah rupanya apabila anda klik link LINKTREE anda itu.

Mudah sahaja kan. Sekarang anda boleh letakkan link itu di bio Instagram anda.

Selamat Mencuba!

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan perlanjutan kawalan pergerakan selama 2 minggu lagi. Ini bermakna kita perlu duduk di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial supaya rangkaian Covid-19 ini berjaya diputuskan.

Disebabkan kawalan pergerakan ini, kebanyakan pasaraya sudah tentu ramai dengan orang awam yang beratur panjang untuk menunggu giliran membeli barang keperluan.Oleh sebab itu, Tesco telah mengambil inisiatif untuk memudahkan para pelanggan nya membeli belah dengan memperkenalkan servis Tesco Personal Shopper.

Dengan adanya servis ini, para pelanggan tidak perlu bersesak dan hanya perlu “order dan self Collect”

Disini saya akan menunjukkan cara cara bagaimana Tesco Personal Shopper ini berfungsi.

  1. Pesanan perlu dibuat melalui aplikasi WhatsApp kepada Personal Shopper
  2. Berikan maklumat nama anda dan senarai barangan beserta berat barang yang diingini (maksimum 25 barang sahaja untuk 1 order)
  3. Untuk barang yang tiada, personal shopper akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut.
  4. Barcode akan diberikan kepada anda apabila barang anda sudah sedia untuk diambil.
  5. Anda perlu mengambil barang pesanan anda sebelum jam 6 petang hari yang sama.
  6. Pastikan anda menggunakan barcode yang anda terima tadi untuk pembayaran di kaunter.

Maklumat tambahan :

  1. Hanya valid untuk pesanan dan pengambilan pada hari yang sama sahaja
  2. Pesanan perlu dihantar pada jam 8 pagi – 4 petang, namun tertakluk kepada first come first serve kerana slot yang limited.
  3. Hanya pesanan barang keperluan sahaja dibenarkan dengan maksimum 25 barang.
  4. Selepas menerima pesanan anda, personal shopper akan memberitahu anggaran masa pesanan anda siap dan anda perlu membuat pembayaran dalam masa 30 minit.

Tetapi tidak semua Tesco terlibat dengan servis Personal Shopper ini kerana kekangan sumber. Senarai Tesco dan nombor telefon boleh rujuk gambar di bawah.

Dengan adanya servis seperti ini, para pelanggan dapat menjimatkan masa sekaligus dapat mengurangkan kontak dengan orang awam. Diharap idea ini dapat dipraktikkan oleh pasaraya- pasaraya lain.

Seperti semua sedia maklum, seluruh dunia sedang menghadapi bencana kesihatan yang terburuk di mana satu virus baru dikalangan keluarga Coronavirus telah terhasil yang dinamakan Covid-19.

Virus yang berasal daripada Wuhan,China ini telah menyebabkan kematian yang banyak dan jumlah yang dijangkiti setakat hari ini telah mencecah jutaan orang.

Sehubungan dengan itu, W.H.O telah mengeluarkan tatacara untuk mencegah virus ini daripada merebak dan untuk melindungi diri kita dari dijangkiti.

Ini kerana, virus Covid-19 ini masih baru dan buat masa ini tiada sebarang vaksin ada untuk merawatnya.

Berikut merupakan cara cara untuk mencegahnya :

  1. Pastikan anda membasuh tangan sekurang-kurangnya 20 saat dengan sabun dan air. Jika tiada, boleh menggunakan hand sanitizer.
  2. Jika anda tidak sihat, pastikan anda menutup mulut dan hidung dengan menggunakan tisu bersih apabila anda bersin atau batuk. Pakai penutup mulut jika perlu.
  3. Pastikan anda menjaga jarak 1 meter atau 3 kaki semasa berada di luar dan semasa berurusan dengan orang yang tidak sihat.
  4. Duduk di rumah dan sila kuarantin diri anda sekiranya anda ada menunjukkan gejala tidak sihat.
  5. Jangan menyentuh muka anda di kawasan mata, hidung dan mulut dengan tangan yang kotor.

Cara cara diatas adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri kita dari dijangkiti. Namun, kita haruslah patuh kepada perintah kawalan pergerakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengekang daripada penularan virus ini. Ini kerana, kita tidak tahu siapa yang dijangkiti, adakah ahli keluarga kita, jiran tetangga, mahupun orang awam yang kita selisih di stesen minyak.

Akhir kata, stay home, stay safe.

Sejurus dengan perintah kawalan pergerakan, kita haruslah sentiasa menjaga kebersihan diri, menjaga jarak sosial dan juga memakai penutup muka dengan betul. Penutup muka yang baik mempunyai 3 lapisan (3 Ply Surgical Mask) seperti yang ditunjukkan dibawah.

Langkah 1:

Pastikan lapisan PUTIH di bahagian dalam (menghadap mulut dan hidung), dan lapisan berwarna BIRU/HIJAU di bahagian luar.

sumber : wikiHow

Langkah 2:

Pastikan anda menutup keseluruhan bahagian hidung dan mulut. Getah tali disangkut di telinga atau ikat tali mengelilingi kepala di atas paras telinga dan kemudian di bawah paras telinga.

sumber : wikiHow

Langkah 3:

Menggunakan kedua-dua belah tangan, bentukkan kepingan logam mengikut hidung.

sumber : wikiHow

Langkah 4:

Kemaskan mask di muka dan tarik sedikit ke bawah dagu.

sumber : wikiHow

Langkah 5:

Ketika menanggalkan mask, pastikan BAHAGIAN DALAM DILIPAT KELUAR. Seeloknya, buang di tong sampah bertutup.

sumber : wikiHow

Surgical mask ni ada 3 lapisan dimana:

  1. Lapisan luar mask(Biru/hijau) ni bersifat hydrophobic iaitu bermaksud lapisan diluar itu tidak menyerap air, dan juga melindungi daripada habuk zarah besar.
  2. Lapisan tengah pula merupakan filter atau penapis yang melindungi daripada zarah kecil.
  3. Manakala lapisan dalam pula(Putih) ialah lapisan lembut yang bersifat hydrophilic iaitu berfungsi untuk menyerap kelembapan pernafasan kita

Jika anda memakai mask secara terbalik, wap air di udara akan melekat di lapisan Putih yang mudah menyerap air. Maka penuhlah debu dan kuman melekat di situ. Apabila setiap kali anda menghirup nafas, makin banyaklah kuman akan masuk ke dalam paru-paru anda.

Maklumat Tambahan :

  • Pakai mask hanya sekali sahaja(single use), elakkan daripada pakai berulang kali.
  • Pastikan anda membasuh tangan sebelum dan selepas penggunaan mask.

Diharap anda dapat mengikuti langkah-langkah yang betul dalam memakai mask supaya ia dapat melindungi diri anda dari serangan virus yang merbahaya. Jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan duduk di rumah!

Dengan mendaftarkan akaun Tabung Haji  ke Kad ATM Maybank anda, ia akan lebih mudah untuk anda mengakses serta melakukan transaksi akaun Tabung Haji seperti menyemak baki akaun dan melakukan pemindahan wang melalui mesin ATM/CDM ataupun melalui online iaitu Maybank2u.

Perlu dibawa:

  1. Buku Akaun Tabung Haji
  2. Kad ATM

Cara-cara :

  1. Masukkan kad ATM Maybank anda di mesin ATM seperti biasa kemudian masukkan kata laluan. Di Menu Utama, pilih urusniaga ‘Tabung Haji (TH)’
  2. Kemudian pilih  ‘Daftar Akaun TH ke Kad ATM’. Sekiranya untuk akaun anak, anda boleh memilih ‘Daftar Akaun Kanak Kanak TH ke Kad ATM
  3. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda. Pastikan nombor adalah betul dan cukup 15 digit.
  4. Masukkan nombor siri buku Tabung Haji yang terdapat pada buku Simpanan Tabung Haji.
  5. Setelah selesai memasukkan maklumat, klik ‘Ya’ untuk membuat pengesahan.

Selesai. Mudah sahaja kan. Tetapi harus diingat, setiap transaksi bayaran dari Tabung Haji ke Maybank dan sebaliknya akan dikenakan cas sebanyak RM1. Semoga dengan cara-cara ini dapat memudahkan lagi kita untuk menabung terus ke dalam akaun Tabung Haji. Selamat mencuba!

Jika anak anda menggunakan Drypers sebagai lampin pakai buang, jangan dibuang plastik nya ya!

Ini kerana terdapat barcode di dalam plastik tersebut yang boleh dikumpul sebagai mata ganjaran (point) seterusnya anda boleh menebus dengan pelbagai barangan Drypers.

Contoh Barcode

Kalau anda membeli Drypers dari platform Lazada ataupun Shopee, plastik yang anda terima berwarna biru dan berbeza dari kebiasaan seperti di pasaraya iaitu berwarna kuning. Tetapi ia masih mempunyai barcode juga tau.

Disini saya sertakan cara-caranya:

1. Buka dibahagian dalam plastik Drypers dan salin Code tersebut.
2. Buka laman web Drypers dan daftar masuk
3. Tekan di bahagian “Redeem Code”
4. Masukkan Code dan klik “Register Code”
5. Anda juga boleh klik pada “My Point History” untuk menyemak transaksi yang telah anda buat.
6. Untuk menebus mata ganjaran, pergi ke “Drypers Point Shop”. Disini anda boleh memilih item apa untuk ditebus.

Siap. Mudah sahaja kan. Jadilah pengguna yang bijak!

Selamat Mencuba!

SSPN i-Plus merupakan tabung pendidikan terbaik yang boleh anda daftarkan untuk anak-anak.

Antara kelebihan menyimpan di dalam Akaun SSPN i-Plus adalah

1. Kadar Dividen yang kompetitif
2. Pelepasan cukai RM11 Ribu
3. Tabung Pendidikan RM100 ribu
4. Pakej Serendah RM1 sehari
5. Penyertaan seawal umur 1 Hari
6. Tanpa pemeriksaan kesihatan
7. Produk Simpanan Patuh Syariah
8. Simpanan dijamin oleh kerajaan
9. Manfaat takaful sehingga RM1 juta
10. Manfaat takaful bagi penyakit kritikal
11. Manfaat khairat kematian

Berikut adalah antara pakej pakej yang ditawarkan.

Sekarang, Admin akan tunjukkan cara untuk daftar SSPN i-plus secara atas talian (online).

1. Buka pautan INI . Klik pada ‘Pembukaan Akaun’
2. Lengkapkan maklumat akaun yang diperlukan.
3. Pilih pakej yang dikehendaki. Anda akan dapat lihat jadual manfaat untuk setiap pakej sebelum anda membuat keputusan untuk memilih pakej yang bersesuaian.
4. Semak semula maklumat peribadi dan letakkan amaun yang dikehendaki.
** Untuk makluman, amaun bayaran minimum adalah 2 bulan (cth : jika ambil pakej RM30, jumlah perlu dibayar adalah RM60). Sekiranya bayaran adalah melebihi 6 bulan, kaedah potongan tidak perlu diisi.
5. Buat bayaran seperti dikehendaki.

Siap! Mudah sahaja kan. Untuk mendapatkan covernote SSPN i-plus yang anda sudah daftar, anda boleh ke mana mana kaunter PTPTN dan minta mereka untuk printkan. Hanya perlu berikan mereka nombor kad pengenalan anda sahaja.

Selamat Menyimpan!