Author

Luqman Hakim

Browsing

Salam semua, mengikut pemerhatian admin lah kan ramai yang mukanya breakout walaupun sekarang tempoh kawalan pergerakan. Tak keluar mana-mana, tak terdedah dengan matahari, tetiba dapatlah 2-3 ketul jerawat. Haa jadi masalah besar lah bagi perempuan yang nak keep updated dekat social media kan, buruk lah nanti! So harini admin nak kongsikan cara-cara atau trick hilangkan jerawat kat muka anda hanya menggunakan software Adobe Photoshop. Ini admin ajar yang desktop version tau. Bawah-bawah tu nanti admin cuba selitkan aplikasi since semua ada handphone kan. Let get started!

Okay tadi kan admin cakap nak share pasal aplikasi yang sama fungsi jugak kan? Keep scrolling!

Ini adalah final result untuk kedua-dua jenis aplikasi dan software. Yang mana anda rasa puas hati dan nampak real? Okay dari pov admin sendiri, snapseed ni bagus sebenarnya tapi dia tak sehebat Adobe Photoshop dalam menghilangkan jerawat yang besar dan ketara. Kalau sekadar jerawat halus tu maybe boleh hilang sepenuhnya.

Adakah entry kali ini membantu anda? Like dan comment di bawah. Kepada yang masih dalam proses penyembuhan dari segala jerawat, goodluck! Special quote for you guys, byeeee~

The current state of your skin does not measure your worth or your beauty.

Hi welcome back guys! Macam mana sepanjang RMO ni, banyak tak lemak diternak? Hihi.. jadi harini admin nak share satu movie thailand yang lawak sangat! Quick introduction, Tootsies ni adalah satu group yang terdiri dari 4 orang, tiga orang gay dan seorang lesbian. Setiap sorang ni macam-macam perangai yang membuatkan jalan cerita ni lagi menarik!✨ Cerita ni tak lah berat mana pun nak perah-perah otak bagai, memang enjoy dari awal sampai akhir. Ni admin cerita sinopsis je lah eh, nanti spoil kena kecam pulak 😂

Let’s get started y’all!

Nak dijadikan cerita, Golf (yang gemuk) memang minat sangat dengan model bernama Cathy. Dah la baik, cantik, lemah lembut — even gay pun suka tau! Pastu kebetulan haritu jugak Cathy datang ke tempat kerjanya untuk servis makeup. Boleh imagine tak dia punya teruja jumpa idola tu, sampai terjadi satu accident tak dijangka. Disebabkan niat baik hati Cathy nak tolong Golf jatuh dari kerusi, dia terjatuh dan pengsan yang membuatkan Cathy kena tahan wad. Pada awalnya manager Cathy nak cancel schedule since Cathy tidak sedarkan diri tetapi mereka haruslah membayar ganti rugi sebanyak 50 juta baht! Dan semua masalah ni 100% geng Tootsies ni kena selesaikan.

Plan mereka adalah mencari orang yang mirip dengan Cathy. Cari punya cari, terjumpa lah Nam yang kerja kat kedai tomyam tepi jalan. Dengan pembedahan plastik yang sempurna, muka Nam sangat mirip dengan Cathy! — walaupun bertaring & bertelinga Dumbo…..tak jadi masalah untuk masa yang kritikal ni~ Tetapi satu je yang tak dapat diubah iaitu perangai. Si Nam ni sangat kasar, mulut tak ada insurans, tomboy.

Adakah misi Tooties berjaya menyelamatkan keadaan? Tengok lah sendiri ahahaha. Cerita ni available kat Netflix jadi pergi tengok sekarang! Sumpah lawak gila 🤣👍 Dan plot dia bukan pasal ni je!!

Natty dengan desperate nak anak demi memenuhi impian ibunya.

dan Gus dengan konflik cinta dengan bekas teman lelakinya.

Dengan semua plot cerita ni mampu membuat anda terhibur masa RMO ni! So let’s enjoy the movie~ Sesiapa yang dah tengok do drop your comment below. Byee!

Hi guys, jadi haritu admin nak scan gambar admin masa kecik dekat album-album lama tetapi masalahnya admin tak ada scanner. Lepas tu, admin try lah guna camera phone yang tak seberapa ni tapi tak menyerlah sangat muka admin masa kecik (yang comel) tu. Eh!

Tinggg! Jumpa lah satu aplikasi CamScanner. Boleh ke scan gambar guna camera phone sejelas ini? Haa.. zaman 2020 ni tiada apa yang mustahil tau! (kecuali kereta terbang) Jom tengok cara-caranya~

1. Download aplikasi “CamScanner”
2. Tekan ikon “camera” di bawah bucu kanan
4. Benda ni dia automatic crop, kalau tak betul boleh ubah sendiri
5. Tadaaa, dah siapp! Kalau rasa filter ni dah okay kemudian terus save

7. Siap!

Haa tengok tak hasilnya tu? Cukup jelas kan? Terima kasih kepada pihak yang telah mencipta aplikasi yang sangat berguna ni 💋 Kini anda tidak lagi perlu membeli scanner yang besar dan mahal tu~

Hi guys, kepada pembaca yang pertama kali masuk ke website ini, jangan lupa untuk jenguk artikel lain ya. Jadi, harini admin nak kongsikan satu cerita favourite yang memang tengok 2-3 kali pun tak puas iaitu 200 Pounds Beauty.

Movie ni popular jugak lah sebab dia diadaptasikan dari manga Jepun; Kanna’s Big Success! (カンナさん大成功です!, Kanna-san Daiseikou Desu!) dan cerita ni dikaitkan dengan plastic surgery dimana ia adalah satu trend di Korea Selatan.

Jadi, ramai sebenarnya orang tertanya-tanya, adakah kebanyakan orang korea melakukan pembedahan plastik ni semata-mata untuk cantik atau elak diri dari dibuli ATAU untuk pikat hati seseorang? Jeng jeng jeng that’s the clue guys 👀

Cerita ni mengisahkan seorang perempuan gemuk bernama Hanna Kang yang bekerja part-time sebagai phone sex dan full time menjadi penyanyi belakang tabir kepada artis terkenal, Ammy. Jadi, Ammy ni lipsync je menggunakan suara Hanna sepanjang dia menjadi penyanyi dan Hanna ni pulak jatuh cinta kepada director Ammy, iaitu Sang-jun. Nak dijadikan cerita, Ammy telah bodyshaming-kan Hanna di birthday party Sang-jun yang sampai satu tahap Hanna ni ambil keputusan untuk membunuh diri. Tetapi niatnya terbantut semasa dia phone sex apabila…..

Lelaki tersebut adalah doktor pakar pembedahan plastik. Dengan itu Hanna mengambil keputusan untuk membuat plastic surgery dan menghilang beberapa bulan untuk proses penyembuhan. Hasilnya sangat memuaskan sampaikan tiada orang dapat mengenalinya termasuk kawan baiknya, Jung-min. Dengan bantuan Jung-min, Hanna dapat menukar identiti menjadi seorang gadis mix Korean-American bernama Jenny.

Kehilangan Hanna telah menyebabkan album kedua Ammy ditangguhkan dan terpaksa mencari pengganti untuk meneruskan proses album tersebut. Jenny mengambil peluang ini untuk ikut serta uji bakat itu. Dengan bakat nyanyiannya yang merdu dan mempunyai rupa yang cantik, malah dia juga mengatakan bahawa dia adalah natural beauty, director mengambil keputusan untuk debut Jenny disebabkan Hanna menghilang terlalu lama.

Sejak pada itu, kehidupan Jenny berubah 360 darjah. Tetapi sampai bila Hanna ni nak menyamar sebagai Jenny? Rahsianya selamat kah disimpan lama-lama? Haa.. kalau nak tahu tengok lah cerita ni. Trailer admin dah letak bawah ni, bagi anda lebih teruja. Kalau ada cerita yang best-best boleh recommend pada admin, mana tahu boleh dijadikan content untuk artikel seterusnya. 😘 See ya~

Hello semua! Siapa peminat nombor satu movie berunsur horror dan thriller, angkat tangan?! Yaa anda berada di platform yang betul dimana admin akan kongsikan satu cerita ni yang akan membuatkan anda rasa meremang dan geli. Cerita ni tidak terkenal sangat tapi sangat worth to watch sebab barisan pelakon yang mantap, plot cerita yang sangat suspen buat anda tertanya-tanya, makeup pun onpoint tau macam real! Taknak buang masa, jom admin cerita serba sedikit tentang DEATH BELL ni.

Death Bell adalah satu-satunya filem seram yang release pada musim panas tahun 2008 dan bajet untuk movie ni adalah sebanyak 1.3 billion! *jawdrop* Tengok betapa banyak diorang invest untuk buat filem tu jadi anda wajiblah tengok lepas baca artikel ni okay!

Cerita ni mengisahkan tentang 20 orang budak sekolah elite yang kena tahan di sekolahnya untuk buat latihan ujian yang akan datang. Tetapi satu kejadian pelik berlaku apabila skrin tv yang sepatutnya memaparkan kuliah mereka tiba-tiba beralih kepada satu bilik yang didapati ada seorang pelajar perempuan di dalam akuarium! Pengumuman dibuat mengatakan syarat untuk melepaskan pelajar itu adalah dengan menjawab soalan dengan betul, kalau tidak dia akan diseksa. Beberapa ketika kemudian, air mula memenuhi akuarium itu menyebabkan semua pelajar panik!

Dah selesai mangsa pertama, soalan diteruskan lagi dengan mangsa lain pulak dengan pelbagai jenis seksaan. Ngeri kan?! Persoalannya sekarang ni, siapa yang bagi mereka soalan? Apa motif dia bunuh pelajar-pelajar tersebut? Adakah pembunuhnya adalah diantara mereka? Kalau nak tahu tengok lah sendiri admin taknak spoil ahahaha 😜

Kenal tak lelaki di atas ni? Haa.. dia lah Kim Bum yang pernah berlakon dalam cerita “Boys Over Flower” yang famous dulu-dulu tu. Dia pun ada tau dalam cerita ni 👀 (Tiada sebab admin mention dia ni tapi motif utama sebab nak tarik anda untuk tengok cerita ni lah sebenarnya) Jadi, apa tunggu lagi, dah siap tengok nanti jangan lupa komen di bawah ni tau dan suggest juga movie-movie seram untuk admin. Boleh dijadikan untuk next article 😘

Tak tahu nak tengok kat mana? Nasib admin baik tau. Ini direct link untuk ke movie ni https://kissasian.sh/Drama/Death-Bell/Movie?id=19595 . Selamat menonton!

Pergi kesana, OOTD. Pergi kesini, selfie. Semua dah perfect! Makeup, lighting, posing, backgrou- yikes! Anda selalu alami benda ni? Apabila background menjadi perkara pertama kenapa gambar itu tidak dimuat naik ke media sosial anda. Haa, nasib anda baik harini kerana admin ada jumpa satu trick untuk buang background kurang dari 5 saat tau! Tak tak, admin tak cakap pasal Adobe Photoshop, simpan sahaja software tu. Ikuti langkah-langkah ini!:-

Langkah-langkah menhilangkan latar belakang gambar:

1. Pergi ke laman web https://www.remove.bg/ dan klik [Upload Image]

2. Pilih sahaja mana-mana gambar yang nak dibuang latar belakangnya dan tekan [OK]

3. Gambar anda sedang dimuat-naik, time ni boleh minum air jap.

4. Tada! Cepat kan? Tak sempat lagi nak minum air gambar dah siap dah. So apa lagi, klik [DOWNLOAD]

5. Jadi, dengan gambar tadi anda dapat mengubah suai latar belakang dengan kreativiti anda sendiri! Selamat mencuba~