Author

Lily

Browsing

1) The Fault In Our Stars

IMDb : 7.7/10

Admin NakTahu : 7/10

Dua pesakit kanser, Hazel & Agustus yang sedang berperang dengan kehidupan mereka memulakan perjalanan ke Amsterdam untuk bertemu dengan penulis buku kegemaran Hazel.

2) Me Before You

IMDb : 7.4/10

Admin NakTahu : 8/10

Setelah kehilangan pekerjaannya, Louisa Clark terpaksa menerima pekerjaan yang memerlukannya untuk menjaga Will Traynor, seorang lelaki yang baru lumpuh. Kedua-dua mereka tidak lama lepas itu mula menyukai satu sama lain.

3) Midnight Sun

IMDb : 6.6/10

Admin NakTahu : 7.5/10

Katie Price adalah seorang remaja yang ada penyakit sangat sensitif kepada cahaya matahari. Dia kemudian jatuh cinta dengan Charlie. Sedang dia berseronok menjalani kehidupan seperti remaja yang lain, keadaannya mulai bertambah buruk dan dia menjadi bertambah sukar untuk menyimpan rahsia kepada Charlie.

4) The Longest Ride

IMDb : 7.1/10

Admin NakTahu : 7/10

Lukas dan Sophia mengambil keputusan untuk berpisah kerana kerjaya mereka yang bertentangan. Tetapi, seorang lelaki tua, Ira, cuba menunjukkan kepada mereka untuk menghargai perhubungan.

5) If I Stay

IMDb : 6.7/10

Admin NakTahu : 6/10

Mia terlibat dalam kemalangan yang dahsyat dalam perjalanan ke rumah datuk neneknya. Walaupun Mia masih dalam keadaan koma, dia sekarang bergerak melalui rohnya dan menyedari bahawa dia perlu membuat pilihan untuk mengubah kehidupan.

6) The Last Song

IMDb : 6/10

Admin NakTahu : 7/10

Hubungan ayah dan anak perempuan yang bermasalah bertemu kehidupan baru ketika kedua-duanya mula meneroka minat yang sama, iaitu muzik. Cerita tentang keluarga, cinta pertama dan peluang kedua yang diberikan.

7) Love, Rosie.

IMDb : 7.2/10

Admin NakTahu : 8/10

Rosie dan Alex telah berkawan baik sejak kecil dan tidak dapat membayangkan diri mereka sebagai pasangan kekasih. Walau bagaimanapun, apabila mereka pergi ke arah yang berbeza, mereka mula menyedari bahawa mereka ditakdirkan untuk satu sama lain.

8) Five Feet Apart

IMDb : 7.2/10

Admin NakTahu : 7/10

Stella yang berusia 17 tahun menghabiskan sebahagian besar waktunya di hospital sebagai pesakit fibrosis sista. Dia sangat perfectionist dan mengikut peraturan – semuanya diuji ketika dia bertemu dengan Will, seorang remaja yang mempunyai penyakit yang sama. Lama-kelamaan mereka jatuh cinta tetapi mereka tahu mereka mesti mengekalkan jarak yang selamat. Apabila hubungan mereka semakin bertambah rapat, mereka terfikir untuk tidak mengikut peraturan itu.

9) Forever My Girl

IMDb : 6.7/10

Admin NakTahu : 6/10

Liam Page, penyanyi yang popular dan berjaya, kembali ke kampung halamannya setelah beberapa tahun dan bertemu dengan kekasih sekolah menengahnya, Josie, yang pernah dia tinggalkan satu ketika dahulu.

10) Paper Towns

IMDb : 6.3/10

Admin NakTahu : 6/10

Kekasih gadis Quentin, Margo menghilangkan diri pada satu malam secara misteri setelah meninggalkan petunjuk untuk mencarinya. Bersama sekumpulan kawan-kawan, dia kemudian mengetuai misi carian mengikut petunjuk itu.

Sebelum admin mula menonton drama Korea, admin amat gemar menonton drama jepun kerana aksi-aksi yang dilakonkan oleh mereka kelakar, banyak sense of humour lah orang kata. Untuk artikel kali ini, admin akan kongsikan 12 drama jepun yang admin rasa anda patut tengok!

1) 1 Litre of Tears

Ikeuchi Aya yang berusia 15 tahun adalah seorang anak perempuan keluarga yang bekerja di sebuah kedai tauhu. Walau bagaimanapun, perkara aneh telah berlaku kepada Aya kebelakangan ini. Dia sering jatuh dan mula berjalan dengan pelik. Ibunya, Shioka, membawal Aya untuk berjumpa doktor, dan dia memberitahu Shioka bahawa Aya mempunyai degenerasi spinocerebellar – penyakit yang mengerikan di mana cerebellum otak beransur-ansur merosot ke titik di mana mangsa tidak dapat berjalan, berbicara, menulis, atau makan. Sedih sangat drama ni, jangan lupa sediakan 1 kotak tisu bersama anda 🙁

2) Hanazakari No Kimitachi E (Hana Kimi)

Drama komedi lucu ini menceritakan tentang kekacauan, masalah dan persahabatan di sebuah sekolah berasrama lelaki apabila seorang gadis menyamar sebagai lelaki dan bersekolah disitu. Ashiya Mizuki baru sahaja kembali ke Jepun dari California, di mana tempat dia dibesarkan. Dia jatuh cinta dengan Sano Izumi, seorang atlet lompat tinggi yang telah berhenti bersukan setelah kemalangan. Oleh kerana dia mahu Sano kembali bersukan, dia memasuki sekolah menengah yang sama dengan Sano. Dengan rambut pendek, dada mendatar dan membuat suara seperti lelaki, dia mula berkongsi bilik yang sama dengan Sano. Drama ni sangat kelakar! Setiap karakter dalam drama ni ada sahaja masalah mereka setiap episode. Nak tahu sampai bila rahsia Mizuki dapat bertahan?

3) Gokusen

Terdapat 3 Season untuk drama Gokusen yang menceritakan kisah seorang guru yang berlatar belakangkan puak Yakuza yang terkenal. Impian Yamaguchi Kumiko adalah untuk menjadi guru dan bukan sebagai cucu yang mewarisi Ooedo Group. Murid-murid kelasnya sangat nakal dan jahat dan selalu membuli Yamaguchi untuk membuatnya berhenti, tetapi percubaan mereka sentiasa gagal. Banyak kisah-kisah pergaduhan mereka yang diselesaikan oleh guru mereka. Akhirnya, para pelajar belajar untuk menghormati guru mereka yang unik ini kerana kesetiaannya kepada mereka, dan bahkan memberinya nama panggilan: Yankumi. Best sangat drama ni, walaupun plotnya sama bagi ketiga-tiga season, tetapi disebabkan pelakon yang berlainan membuatkan anda rasa seperti mahukan cikgu yang terbaik seperti Yankumi!

4) Death Note (2015)

Siapa tidak kenal dengan movie Death Note pada suatu masa dahulu sangat popular. Bahkan, setiap kedai alat tulis menjual notebook seperti Death Note. Pada tahun 2015, Jepun telah mebuat lakonan semula dalam bentuk drama. Light Yagami adalah pelajar universiti yang sangat benci kepada keganasan. Pada suatu hari, dia menerima buku nota kematian yang mengubah hidupnya. Buku nota ini membuka matanya yang cuba untuk membela keadilan dengan membunuh orang-orang jahat. Dia melabelkan namanya sebagai Kira dan menghukum penjenayah. L adalah seorang detektif swasta yang terkenal dan genius. L mentakrifkan Kira sebagai seorang yang jahat dan memutuskan untuk menangkap Kira. Kemudian N, yang mempunyai penampilan yang cantik tetapi berbahaya, muncul.

5) Mei-chan No Shitsuji

Drama ini mengisahkan tentang Mei, yang diselamatkan oleh seseorang yang menggelar dirinya ‘Butler’. Mei hidup sebagai seorang gadis sekolah menengah yang biasa, tidak berfesyen apatah lagi memakai hiasan dan makeup. Tetapi suatu hari, selepas kematian ibu bapanya, Rihito, Butler yang pernah menyelamatkannya dahulu datang untuk mengambil Mei dan menjaganya. Mei mendapati bahawa dia sebenarnya adalah ahli waris yang kaya dan terpaksa berpindah ke Akademi St. Lucia Girls, di mana semua murid mempunyai butler! Disebabkan itu, kawan baik Mei, Kento mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai butler di sekolah Mei untuk tinggal dekat dengannya.

6) Ouran High School Host Club

Haruhi Fujioka adalah pelajar miskin di Akademi Ouran yang berprestij. Semua pelajar dalam sekolah ini terdiri daripada orang yang kaya-kaya sahaja. Haruhi dapat masuk disebabkan dapat pinjaman pendidikan. Suatu hari, Haruhi sedang mencari tempat yang tenang untuk belajar, Haruhi termasuk ke Bilik Muzik Ketiga, sebuah tempat di mana Ouran Academy Host Club, sekumpulan enam pelajar lelaki berkumpul untuk menghiburkan “pelanggan” wanita. Semasa pertemuan pertama mereka, Haruhi secara tidak sengaja memecahkan vas antik bernilai ¥ 8,000,000 (US $ 80,000) dan diberitahu untuk membayar kos pasu tersebut dengan terpaksa menjadi salah seorang ahli Host Club tersebut.

7) Yukan Club

Drama ini mengisahkan tentang 6 orang kawan baik yang sangat kaya dan popular. Shochikubai Miroku (Akanishi Jin) adalah anak seorang pesuruhjaya polis (bapa) dan juga pengembara (ibu). Kikumasamune Seishiro (Yokoyuma Yu) adalah anak kepada pemilik hospital besar. Bido Granmarie (Taguchi Junnosuke) adalah anak kepada duta besar Sweden. Kenbishi Yuri (Minami) adalah anak perempuan kepada Presiden Kenbishi Business yang terkenal di dunia. Hakushika Noriko (Kashii Yu) adalah anak perempuan seorang pelukis jepun (bapa) yang terkenal dan ibunya berasal dari keluarga upacara tradisi teh. Kizakura Karen (Suzuki Emi) tinggal bersama ibunya, seorang peniaga permata yang kaya. Bersama-sama, mereka membentuk Kelab Yukan untuk menyelesaikan misteri-misteri.

8) Atashinchi No Danshi

Chisato (Maki Horikita) kehilangan ibunya pada usia muda kerana sakit. Dia menghabiskan masa mudanya untuk berusaha melepaskan diri dari hutang besar yang ditinggalkan ayahnya. Bagaimanapun, hidupnya berubah selepas bertemu dengan seorang lelaki bernama Shinzo, yang mengubah pandangannya tentang makna “keluarga.” Shinzo berasal dari keluarga yang kaya dan dia mengambil enam orang anak angkat lelaki dengan harapan seseorang boleh menjadi penggantinya, tetapi semua mempunyai keperibadian yang pelik. Shinzo berjanji untuk membebaskan Chisato dari hutangnya jika dia berkahwin dengannya dan menjadi ibu kepada anak-anaknya. Walau bagaimanapun, kehidupannya dengan enam lelaki di bawah satu bumbung tidak berjalan lancar seperti yang dia inginkan.

Tinggalkan komen jika anda sudah pernah menonton kesemua drama dalam list kali ini! Kepada yang tidak tahu nak buat apa di rumah ketika RMO ini, jangan lupa untuk letak drama-drama ni dalam list ya 😀

Selamat Menonton!

Don’t Take The Bait

Greta Film 2018

Greta adalah filem thriller psikologi 2018 yang diarahkan oleh Neil Jordan dan ditulis oleh Ray Wright dan Jordan. Filem ini dibintangi oleh Isabelle Huppert, Chloë Grace Moretz, Maika Monroe, Colm Feore dan Stephen Rea. Ia menceritakan tentang seorang wanita muda berkawan dengan seorang janda yang kesepian yang akhirnya menjadi obses dengannya.

Pada awalnya, admin tengok filem ini disebabkan Chloë Grace yang berlakon. Admin suka sangat filem-filem yang dilakonkannya. Chloe melakonkan watak Frances McCullen, seorang pelayan yang tinggal di New York City bersama kawan baiknya, Erica Penn. Frances kehilangan ibunya yang mati disebabkan kanser, dan hubungan bersama bapanya, Chris juga tidak baik. Suatu hari, Frances terjumpa bag tangan yang tertinggal di dalam keretapi yang dinaikinya.

Nama dan alamat, Greta Hideg ada di dalam bag itu. Frances kemudian pergi ke rumah Greta untuk mengembalikan beg tangannya. Untuk membalas baik budi Frances, Greta mengajaknya untuk masuk ke rumah minum petang. Greta memberitahu Frances dia seorang janda dari Perancis, anak perempuannya sedang belajar di Paris dan dia sangat merindui anaknya itu.

Frances mula menghabiskan masa dengan Greta kerana dia kesian dan pada masa yang sama dia merindui ibunya yang sudah mati. Dia seperti menganggap Greta adalah pengganti sebentar ibunya. Kawan baiknya, Erica tidak bersetuju Frances sangat rapat dengan Greta kerana dia berfikir ada sesuatu yang tidak kena. Suatu malam, ketika di rumah Greta sedang mereka menyiapkan makan malam, Frances menemui beg tangan yang banyak dan sama dengan yang dia jumpa di dalam keretapi. Frances memutuskan untuk mengurangkan hubungan dengan Greta.

Mula daripada hari itu. Greta stalk Frances dan juga sesiapa sahaja yang ada hubungan dengannya termasuklah Erica. Cerita ini akan membuat anda seram sejuk seperti rasa ada orang sedang memerhati anda! Nak tahu apa yang terjadi kepada Greta dan France? Jangan lupa untuk menonton filem ini! Admin bagi 5 bintang!

Adakah lepas anda menonton filem ini, anda rasa takut untuk menolong orang diluar sana? Komen dibawah dan kongsikan pendapat anda! 😀

Shopee merupakan aplikasi yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan apa sahaja barang yang kita nak, semuanya ada di Shopee dengan harga yang lebih murah! Tambahan kita sekarang masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi Shopee adalah salah satu aplikasi yang mudah untuk membeli barang keperluan.

Program cashback merupakan sebuah insentif yang memberi peluang untuk anda menerima pulangan hasil daripada setiap perbelanjaan anda. Wang yang anda berbelanja akan dapat dipulangkan semula mengikut peratus tertentu. Menarik bukan? Tahukah anda bahawa setiap barangan yang anda beli di Shopee, anda layak untuk dapat cashback? Kalau sebelum ini tak tahu, sini admin ajarkan cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak.

Langkah 1:

  • Download aplikasi Shopback dan Shopee di App Store atau Google Playstore.

Langkah 2:

  • Log masuk ke akaun Shopback. Admin guna email address.
  • Jika anda tidak mahu menggunakan email anda untuk Create akaun baru, anda boleh memilih untuk Sign Up melalui Facebook ataupun Apple ID (Bagi pengguna iPhone)

Langkah 3:

  • Anda akan masuk ke muka depan Shopback
  • Kemudian, klik Shopee seperti gambar di bawah

Langkah 4:

  • Selepas anda klik ikon Shopee tadi, ia akan memaparkan Jumlah Peratus Cashback yang mungkin anda akan dapat
  • Bagi pengguna baru, anda layak untuk mendapat 6% cashback. Banyak tau! Kalau total barang anda RM1000, anda layak untuk dapat RM60 cashback!
  • Kemudian, terus klik ke Continue To App. Ia akan membawa anda ke App Shopee.
  • Kemudian, anda boleh shopping seperti biasa. Masukkan barang ke dalam Cart. Kemudian Check Out & Bayar.

Langkah 5:

  • Selepas selesai membayar, anda pergi semula ke app Shopback tadi.
  • Diingatkan bahawa Cashback tidak akan dapat dengan serta merta, ada yang mengambil masa paling lewat 7 hari!
  • Anda akan dapat email seperti ini dan juga notifikasi dari App Shopback.
  • Admin berjaya dapatkan RM 0.26 untuk pembelian RM47.50.

Senangkan untuk dapat balik pulangan hasil dari perbelanjaan kita? Jadilah pengguna yang bijak ya! Walaupun jumlahnya nampak sedikit tapi jika anda shopping setiap hari. Kan dah banyak? 😀

1) Goblin

Bagi sesiapa yang belum pernah tengok lagi drama ni, mesti pernah dengar kan? Ada satu masa tu semua asyik nak buat parody tiup lilin je, admin pun pelik (sebab masa tu belum tengok lagi). Rupanya bila Ji Eun Tak (Kim Go Eun) tiup lilin, muncul-lah goblin yang kacak Kim Shin (Gong Yoo) hehehe!

Drama ni bermula dari zaman Goryeo menceritakan bagaimana dia boleh menjadi Goblin. Cara untuk Goblin mati dengan aman adalah jodoh goblin kena tarik pedang yang lekat di badan goblin. Kalau ada goblin mesti lah ada Grim Reaper kan? Jadi, bayangkan Goblin dan Grim Reaper (Lee Dong Wook) yang asyik bergaduh ni terpaksa tinggal dalam satu rumah. Cerita ni kelakar tapi sedih, wajib tengok ok! 

2) Hotel Del Luna

Bagi admin, lakonan IU dalam drama ini sangat hebat jika hendak dibandingkan dengan drama-drama yang lain. Hotel Del Luna ini adalah hotel untuk pelawat-pelawat yang dah mati. Jang Man Wol (IU) merupakan CEO di hotel ni disebabkan dia telah melakukan kesalahan yang besar pada masa lampau.

Setiap episode, ada kisah yang perlu mereka selesaikan bagi setiap hantu yang datang. Ada yang nak balas dendam, ada yang nak rehat di hotel sebelum pergi ke alam seterusnya. Gu Chang Sung (Yeo Jin Goo) lah yang menolong Man Wol untuk selesaikan kisah-kisah mereka. 

Tetapi kenapa dalam ramai-ramai orang, Gu Chang Sung sahaja yang boleh nampak kewujudan hotel untuk orang mati ni? Nak tahu kisahnya, jom tonton!

3) My Love From The Star

Do Min Joon (Kim So Hyun) adalah alien yang telah datang ke bumi pada zaman Joseon. Dia mempunyai banyak keistimewaan termasuklah boleh dengar dari jauh, boleh lari laju kejap je sampai tak payah susah naik kereta, dan boleh gerakkan barang melalui mata je! Macam kalau kita malas nak tutup suis lampu, Do Min Joon boleh tutup suis guna mata je, eh senang lah hahaha.

Lagi 3 bulan dia di muka bumi ini dan boleh balik ke planet asal, dia terjumpa Cheon Song Yi (Jeon Ji Hyun), artis terkenal yang merupakan jiran rumahnya dan pelajar di universiti dia. Disinilah bermulanya kisah mereka untuk merungkaikan kematian kawan artis Cheon Song Yi. 

Drama ini gandingan pelakon-pelakon utama yang hebat. Siapa tidak kenal Jun Ji Hyun yang sangat popular dalam memegang watak ‘The Girl’ dalam movie My Sassy Girl. Jom tengok bagaimana alien boleh jatuh cinta dengan wanita ini!

4) Extraordinary You

Eun Dan-O (Kim Hye-Yoon) mempunyai penyakit lemah jantung sejak kecil. Dia sangat suka kepada tunangnya Baek Kyung (Lee Jae-Wook) yang sangat jahat kepadanya. Suatu hari. Eun Dan-O tiba-tiba terasa seperti hilang ingatan dan dia dapat melihat apa yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Jinmiche, pekerja kafeteria sekolah yang popular, memberitahu Eun Dan-O bahawa dia adalah watak dalam komik “Rahsia”. Eun Dan-O dapat tahu bahawa wataknya bukanlah watak utama di dalam komik tersebut, bahkan cuma pelakon tambahan dan dia tidak mempunyai banyak masa untuk hidup.

Eun Dan-O memutuskan bahawa dia mahu mencari cintanya sendiri dan bukanlah seseorang yang ditulis oleh penulis komik itu. Suatu hari, Eun Dan-O telah berjumpa dengan seorang yang dia dapat rasakan sesuatu, tetapi watak ini tidak mempunyai karakter dalam komik ini. Eun Dan-O menamakannya, Ha-Roo (Ro Woon).

Admin mengambil sedikit masa untuk memahami drama ini pada mulanya, sebab drama ini mempunyai 2 scene yang berbeza pada waktu yang sama. Haa..pening kan? Tetapi apa pun, drama ni ada sedikit kelainan sebab mereka ni terpaksa hidup atas kawalan penulis komik.

5) W (Two Worlds)

Ayah kepada pakar bedah Kardiotorik, Oh Yeon Joo hilang secara misteri semasa menulis bab terakhir webtoonnya “W”. Yeon Joo pergi ke pejabat ayahnya dan terkejut melihat adegan Kang Cheol berdarah pada monitor yang ditinggalkan terbuka. Kang Cheol merupakan watak utama W yang dilukis oleh bapanya.

Ketika sedang membaca sesuatu yang ditinggalkan oleh bapanya, ada tangan dari monitor menariknya masuk. Dia mendapati dirinya di atas bumbung sebuah bangunan, bersebelahan dengan seorang lelaki yang terbaring berlumuran dengan darah. Yeon Joo berjaya menyelamatkannya dan menyedari bahawa orang yang diselamatkannya ialah Kang Cheol dan kemudian mendapati dia hanya boleh masuk dan meninggalkan webtoon bergantung kepada perasaan Kang Cheol.

Jadi, apakah nasib mereka berdua ini? Mampukah mereka menjalinkan hubungan dalam 2 dunia yang berbeza? Adakah karakter komik ini mampu untuk hidup sebagai manusia di muka bumi ini? Banyak persoalan yang terjawab kan, jadi jom tonton drama ni sekarang!

6) The Legend of The Blue Sea

Pada Ogos 1598, gabenor yang baru dilantik Dam Ryung (Lee Min-Ho) menginap satu malam di sebuah penginapan yang dikendalikan oleh Encik Yang (Sung Dong-Il). Pada waktu petang itu, Encik Yang menunjukkan Dam Ryung seorang puteri duyung yang dinamakan Sim Chung (Gianna Jun). Kemudian malam itu, Dam Ryung melepaskannya ke lautan dan sebelum dia berenang, Sim Chung menyentuh tangan Dam Ryung.

Kembali ke zaman sekarang, Joon-Jae (Lee Min-Ho) adalah seorang penipu yang licik dengan kebolehan ahli silap mata. Dia bekerja dengan Nam-Doo (Lee Hee-Joon) dan Tae-O (Shin Won-Ho). Joon-Jae kemudian pergi ke luar negara dan menginap di resort oceanside. Sementara itu, Sim Chung pula telah tersadai di persisiran pantai tempat penginapan Joon Jae.

Sim Chung kemudian mula untuk hidup di darat sebagai manusia. Disebabkan dia hanya kenal Joon Jae, dia hanya mengharapkan Joon Jae untuk menyelamatkannya. Pelbagai aksi lucu yang dilakonkan oleh Sim Chung disebabkan dia tidak tahu apa-apa berkaitan dengan manusia.

7) High School-Love On

Lee Seul Bi adalah seorang malaikat yang dihantar ke Bumi untuk menjaga Shin Woo Hyun, yang tinggal bersama neneknya. Woo Hyun ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Walaupun sikapnya yang dingin, Woo Hyun popular di sekolah kerana penampilannya yang baik dan pandai menyanyi.

Disebabkan Seul Bi menolong Woo Hyun, dia tiba-tiba bertukar menjadi manusia. Dia tidak tahu apa-apa tentang perasaan manusia. Woo Hyun merasa kasihan kerana Seul Bi seperti orang yang hilang ingatan, kemudian dia mengambil Seul Bi untuk tinggal bersama dia dan neneknya.

Kemudian, Seul Bi juga pergi ke sekolah bersama dengan Woo Hyun. Apabila sahabatnya, Hwang Sung Yeol, juga mempunyai perasaan terhadap Seul Bi, persabahatan bertukar menjadi persaingan di antara mereka. Persoalannya, sampai bilakah malaikat ini akan terus menjadi manusia?

7 Drama ini adalah pendapat admin semata-mata. Banyak lagi drama yang berusurkan fantasi sebenarnya, tetapi admin pilih 7 yang admin suka dengan plot ceritanya! Dah tengok ke semua dalam list ni? Jangan lupa untuk like dan komen di bawah jika anda ada cadangan penambahbaikan. Selamat menonton!

Berikutan perutusan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan mulai dari 18 Mac sehingga 31 Mac dan kemudian dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020. Ini bermakna jika tiada apa-apa urusan penting, kita wajib untuk berada di dalam rumah 24 jam sehingga tamat tempoh PKP.

Ini bermakna. bil elektrik juga akan bertambah kan? Jadi, yang tinggal di rumah kediaman, adakah anda layak untuk mendapat diskaun sehingga 50%? Jawapannya adalah YA. Mari kita lihat beberapa terma dan syarat yang dikeluarkan oleh TnB.

Saya adalah pengguna domestik. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan diskaun?

Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.

Berapakah kadar diskaun yang layak saya terima samada 50%, 25%, 15% atau 2%?

Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik seperti jadual di bawah:

Sumber dari : TNB

Kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan. Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.

Bagaimanakah cara untuk kita sentiasa berjimat-cermat dalam penggunaan elektrik?

1) Lampu

Penggunaan lampu yang kerap semestinya akan menaikkan lagi meter elektrik kita. Pastikan anda sentiasa tutup lampu jika tidak digunakan. Pada waktu siang, gunalah cahaya matahari sebaiknya dan hanya memasang lampu pada waktu malam.

2) Penghawa Dingin

Untuk pengguna yang menggunakan penghawa dingin (Aircond) di rumah, pastikan anda setkan timer setiap malam supaya anda boleh menghadkan penggunaan.

3) Mesin Basuh

Disebabkan semua berada di dalam rumah sepanjang masa, jadi marilah kita menghadkan penggunaan mesin basuh dengan baik. Ini kerana, penggunaan peralatan elektrik seperti mesin basuh, seterika dan cerek elektrik menggunakan elektrik dengan sangat tinggi jika tidak berjimat.

4) Pengering pakaian

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan apartment, selalunya mempunyai dryer dirumah masing-masing. Ini kerana, ada apartment yang tiada beranda untuk menyidai pakaian. Nasihat admin, jika anda mahu berjimat dan ingin mendapatkan diskaun yang diberikan oleh TNB, sidailah pakaian anda dan hadkan penggunaan pengering pakaian.

5) Plug

Pastikan anda cabut plug yang tidak digunakan kerana kita tidak mahu elektrik masih berjalan walaupun kita tidak menggunakannya.

Semoga dengan tips yang diberikan admin ini, anda dapat berjimat cermat dan juga layak untuk mendapatkan diskaun sehingga 50% selama 6 bulan. Jangan lupa untuk duduk dirumah dan sentiasa menjaga kebersihan!

Apabila ditanyakan kepada generasi intelek zaman ini akan minat dan filem kegemaran mereka, seringkali jawapannya ialah filem Korea, filem Barat atau “Hollywood Movies” dan juga “Bollywood Movies”. Adakah filem tempatan tidak lagi mendapat sambutan sekarang ini? Masihkah anda ingat akan lagenda-lagenda seni Tanah Air yang terkenal suatu masa dahulu seperti Lagenda P.Ramlee?

Mungkin anak-anak muda yang lahir pada tahun 2000 ke atas hanya sekadar pernah mendengar nama ini. Tetapi bagi admin sendiri yang lahir pada tahun 90an, keunikan jalan cerita, nilai-nilai murni dan gelak jenaka yang tidak pernah kering gusi masih lagi menjadi kegemaran admin.

7) Madu Tiga

Isteri tua merajuk, Balik kerumah isteri muda, Kalau dua-dua merajuk, Ana kahwin tiga!

Jamil (P.Ramlee)

Jamil mengahwini tiga wanita tanpa seorang pun daripada mereka menyedari bahawa suami mereka berpoligami. Saksikan adegan-adegan lucu bagaimana Jamil cuba untuk memujuk isteri-isterinya.

Tonton Movie Penuh Madu Tiga:

6) Labu Labi

Sekali aku lesing…baru kau tau!

Pak Haji Bakhil

Labu dan Labi adalah orang gaji Haji Bakhil, seorang tua yang sangat kedekut. Labu dan Labi sering dimarahi, dimaki dan dipaksa melakukan hukuman ketuk-ketampi.

Tonton Movie Penuh Labu Labi:

Tonton Movie Penuh Nasib Si Labu Labi:

5) Sarjan Hassan

Sarjan Hassan merupakan salah satu karya sejarah Tanah Melayu yang sangat menganjak semangat patriotik dan kesan paradigmanya kepada para penonton. Kisah benar yang diceritakan semula oleh Lagenda P.Ramlee menggambarkan sejarah pertempuran Askar Wataniah Tanah Melayu semasa penajajahan Jepun semasa “World War 2”.

Tonton Movie Penuh Sarjan Hassan:

4) Nujum Pak Belalang

“Di mana terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah? Di kerisnya ka? Di tenaganya ka?”

Nujum Pak Belalang

Kisah dongeng Nujum Pak Belalang merupakan sebuah kisah komedi tentang ahli nujum penipu yang diberi mandat sebagai Ahli Nujum Negara. Keadaan menjadi keruh apabila Sultan negara itu menaruhkan negara mereka dalam cabaran kebijaksanaan ahli nujum 2 negara tersebut.

Tonton movie penuh Nujum Pak Belalang:

3) 3 Abdul

“Jikalau anakanda marah, anakanda akan dijual”.

Ayahanda Sadiq Sigaraga

Masihkan anda semua ingat akan ayat ini? Masih lagi ingat akan penasihat misai kontot 25%? Filem lucu yang memberi bnyak pengajaran ini sentiasa menjadi hiburan admin. Filem ini mengajar kita supaya tidak tamak dan sentiasa berwaspada dalam membuat keputusan. Antara sebab lain filem ini menjadi kegemaran ramai ialah lagu-lagu catchy nya yang masih lagi di mainkan di corong-corong radio seperti “Bunyi Gitar”, “Tolong kami, Bantu kami” dan lagu di Kandang Kuda.

Tonton Movie Penuh 3 Abdul:

2) Sekuel Bujang Lapok

Siapa yang tak kenal dengan seniman trio terhebat tahun 50an Tanah Melayu. Sequal Bujang Lapok menceritakan tentang kisah 3 orang sahabat iaitu Ramlee, Sudin dan Ajis dalam pengembaraan lucu mereka sebagai pendekar sikat, seniman dan sebagainya. Sekual Bujang lapok adalah seperti di bawah :

Bujang Lapok (1957)

Bujang Lapok sekual yang petama diterbitkan di Singapura. Ini kerana P.Ramlee memulakan lakonannya yang pertama di Singapura sebelum pindah ke Malaysia selama-lamanya.

Pendekar Bujang Lapok (1959)

Maafkan kami. Maafkan kami. Maafkan kami. Maafkan kami. Eyyy.. berapa kali maaf daaa.

Ramlee & Ajis

Ali Baba Bujang Lapok (1960)

Niat insong mata kaji semar inseng! Rampong ngiseng semar tilem!

Ketua Perompak

Seniman Bujang Lapok (1961)

Heheheheheyyy Hang Jebat! Lebih baik kau turun. Jikalau kau tak mahu turun, kau tunggu disana sampai aku datang, Engkau sudah tahu yang aku tunggu sama kau berapa lama dekat sini Jebat Dan kau sudah tahu yang aku berapakali sudah terbuang air besar. Ini pun ada rasa macam terkucil. Nak terkeluar ku tahan Jebat. Dengan ni sudah hampir 7 kali. CUTTT!!!

Sudin

1) Do Re Mi

Sebuah lagi trio lucu (The Three Stooges Malaysia) selepas trio Bujang Lapok adalah trio Do Re Mi yang dibintangi oleh P.Ramlee (Do), A.R. Tompel (Re) dan Ibrahim Din (Mi).

Do Re Mi (1966)

“Hai ubat, Hai ubat, Mari beli ubat, kalaulah terlambat, tak dapat”

Nasib Do Re Mi (1966)

“Sua, Sue, Kemuning”

Laksamana Do Re Mi (1972)

“Zam, Zam, Alakazam”

Rasa macam berada dalam zaman 90an kan bila tengok senarai filem P.Ramlee ni? Banyak lagi filem yang menarik dan hebat terbitan P.Ramlee, ini hanyalah pendapat admin semata-mata. Jika anda mempunyai pendapat yang sama atau berbeza, tinggalkan komen di bawah supaya admin dapat menambahkan senarai movie pada Bahagian Kedua nanti!

Adakah baru-baru ini anda dikejutkan dengan penolakan Direct Debit oleh CIMB Clicks? Adakah ini berpunca dari pembelian kita sendiri ataupun ditolak dengan sengaja dari pihak CIMB?

Ikuti Langkah-langkah ini untuk menyemak Auto Direct Debit

  1. Log masuk laman web CIMB menggunakan browser (Chrome/Safari)
  2. Klik Desktop View (Jika anda menggunakan smartphone)
  3. Kemudian, skrin akan paparkan log masuk seperti di dalam PC/Laptop
  1. Anda akan terus masuk ke dashboard akaun anda
  2. Klik Services (Ikon Bag) di panel sebelah kiri skrin
  3. Kemudian, klik Direct Debit Authorization

  1. Klik Nombor Akaun anda
  2. Jika keluar Alert seperti ini, bermakna anda tidak subcribe ke mana-mana servis Direct Debit

Jika selepas semak status ini, duit anda masih ditolak oleh pihak CIMB. Anda haruslah menelefon terus ke CIMB Call Centre (+03-62047788) untuk meminta penjelasan lebih lanjut. Admin mengalami benda yang sama dan telah ditolak 2 kali oleh CIMB sebanyak RM45.45 dan RM65.55.

Walaupun ada yang kata, jumlah penolakan bukannya banyak hingga perlu menelefon atau membanjiri page CIMB Malaysia. Tetapi, inilah hak pengguna. Kita berhak untuk tahu jika kita tidak subcribe atau membeli apa-apa dengan jumlah tersebut.

Berikut adalah respond dari pihak CIMB terhadap masalah ini.

Ini adalah jumlah dan deskripsi Direct Debit yang telah ditolak dari akaun admin.

Adakah anda mengalami nasib yang sama seperti admin? Apakah tindakan yang telah anda lakukan? Komen dibawah agar kita sama-sama dapat menyelesaikan masalah ini.

5) Donnie Darko (2001)

Movie ini adalah untuk orang yang suka berfikir ketika movie sedang ditayangkan. Salah satu movie classic cult ini akan membuatkan anda keliru separuh mati, terutamanya dengan kehadiran seseorang yang memakai kostum arnab yang akan membuatkan jantung anda merasa dup-dap sepanjang movie ini.

Dengan genre horor fiksyen-psikologi, Donnie Darko adalah movie terbaik untuk ditambah di dalam senarai filem plot twist kegemaran anda kerana filem ini tidak dapat difahami pada kali pertama anda tonton. Bagi admin, ini adalah salah satu filem yang mempunyai corak plot yang terbaik!

4) Gone Girl (2014)

Gone Girl mengisahkan tentang rahsia perkahwinan moden Nick dan Amy. Pada majlis ulang tahun perkahwinan kelima, Nick Dunne (Ben Affleck) melaporkan bahawa isterinya, Amy (Rosamund Pike) telah hilang. Disebabkan tekanan yang diberikan oleh polis dan media, Nick tidak lagi rasa untuk mencari dan bersatu semula dengan isterinya yang hilang. Tidak lama kemudian, penipuan dan tingkah laku aneh Nick membuatkan semua orang tertanya soalan yang sama: Adakah Nick Dunne membunuh isterinya?

Movie ini menunjukkan realiti yang sebenar bahawa perkahwinan bukanlah sekadar memberi bunga atau coklat. Ia merupakan komitmen yang tinggi bagi suami isteri untuk mempertahankan hubungan. Gone Girl adalah movie yang wajib anda tonton jika anda suka kepada genre thriller/misteri!

3) The Sixth Sense (1999)

Cole Sear yang berusia 8 tahun dihantui oleh rahsia gelap iaitu dia boleh melihat dan bercakap dengan hantu. Hantu-hantu yang mempunyai masalah serta tidak dapat diselesaikan akan datang berjumpa dengan Cole. Cole terlalu muda untuk memahami dan terlalu takut untuk memberitahu sesiapa tentang siksaannya, kecuali psikologis kanak-kanak, Dr. Malcolm Crowe. Oleh kerana Dr Crowe cuba untuk membongkar kebenaran yang tidak menyenangkan tentang kebolehan genius Cole yang boleh melihat hantu. Ia telah mengakibatkan klien dan ahli terapi mengalami kejutan yang membangkitkan mereka berdua kepada sesuatu yang mengerikan – dan tidak dapat dijelaskan.

Walaupun movie ni dikeluarkan pada tahun 1999, tetapi impaknya sangat kuat! Anda pasti tidak akan percaya dramatic plot twist di akhir movie ini. Semestinya akan membuat anda tertanya-tanya.

2) The Others (2001)

Movie ini mengisahkan tentang seorang isteri yang menunggu kepulangan suaminya yang telah pergi berperang dalam World War II. Grace membesarkan 2 orang anaknya di dalam rumah bungalow mereka, dimana satu-satunya tempat yang Grace rasa selamat untuk mereka. Tetapi sebenarnya tidak. Tidak lagi apabila datang 3 orang pembantu rumah yang menggantikan pembantu rumah yang hilang tanpa berita. Dari situ, banyak perkara yang berlaku dirumah tersebut. Termasuklah, anak Grace dapat mendengar suara kanak-kanak lain dalam biliknya. Pada mulanya, Grace enggan percaya sehinggalah dia yang mendengarnya sendiri. Untuk menyelamatkan keluarganya, Grace terpaksa memberanikan diri.

Admin sangat suka movie ni disebabkan plot twistnya yang admin langsung tak jangkakan. Admin syorkan untuk tengok movie ni bersama-sama keluarga dan cuba merungkaikan kebenaran sebelum terbongkar pada akhir movie ini! Jom tonton!

1) The Invisible Guest (2016)

Seorang ahli perniagaan Barcelona yang kaya dituduh membunuh kekasihnya dan dia hanya ada 3 jam untuk membela nasib. Adrian Doria (Mario Casas) mendakwa bahawa dia dan kekasihnya, Laura (Barbara Lennie), diserang oleh pembunuh yang tidak dapat dilihat, kemudiannya hilang dari bilik hotel mereka yang terkunci. Peguamnya menghantar peguam yang terbaik, Virginia Gooseman (Ana Wagener) untuk membantu mendapatkan kisah dengan betul sebelum dipanggil hakim.

Plot movie ini sangat mind-blowing, anda rasa anda tahu apa yang berlaku tapi sebenarnya bukan.Ini adalah movie spanish pertama admin untuk genre thriller/misteri. Walaupun movie ini banyak flashback untuk setiap scene tetapi admin pasti anda tidak akan menyesal!

Haaa! Macam mana dengan Top 5 Movie Plot Twist yang admin senaraikan? Jangan lupa untuk tonton sambil makan popcorn bersama keluarga,kucing dan yang tersayang malam ini! Selamat menonton~

Artikel ini adalah berdasarkan pendapat admin sendiri dan orang lain juga berhak untuk mempunyai pendapat yang berbeza. Komen dibawah jika anda ada pendapat lain ataupun tambahan movie thriller yang anda rasa admin patut jadikan ia Top 5 😀

Jika anda sedang membaca artikel ini, ini mungkin bermakna anda sudah pun memuat turun aplikasi ini di Google Store atau App Store. Ataupun, anda sudah sedar bahawa gaji bulanan anda tidak mencukupi dan tidak tahu ke mana duit semua itu pergi? Jangan risau, artikel ini akan mengajar anda bagaimana untuk menguruskan wang anda dengan bijak menggunakan aplikasi Spendee.

Aplikasi Spendee ini pernah memenangi anugerah Apps Terbaik bagi tahun 2018. Tetapi masih ramai lagi yang tidak tahu kewujudan aplikasi ini kan?

Download Apps di App Store atau Google Store

Aplikasi ini adalah percuma dan mudah untuk semua pengguna. Download sahaja app ini tanpa bayaran apa-apa.

Cara untuk merekod kemasukan duit

  1. Tekan Add Transaction
  2. Pilih Income
  3. Pilih jenis Income sama ada duit masuk dari gaji, bonus, extra income dan lain lain
  4. Masukkan jumlah
  5. Pilih tarikh kemasukan duit (Tidak perlu untuk menukar sekiranya anda merekodnya setiap hari)
  6. Tulis sedikit nota dan masukkan gambar (Jika ada)

Cara untuk merekod pengeluaran duit

  1. Tekan Add Transaction
  2. Pilih Expenses
  3. Pilih jenis Expenses sama ada duit keluar ke makanan, shopping, bull, kenderaan dan lain-lain.
  4. Masukkan jumlah
  5. Pilih tarikh duit keluar(Tidak perlu untuk menukar sekiranya anda merekodnya setiap hari)
  6. Tulis sedikit nota dan masukkan gambar (Jika ada)

Cara untuk menentukan budget bulanan

Anda boleh tekan butang Budgets. Masukkan jumlah budget anda pada bulan itu. Seperti gambar di atas, admin budget RM650 sahaja sebulan, tetapi telah melebihi had sehingga RM534.53 disebabkan sakit dan beli barang-barang penting yang lain. Walaupun admin telah melebihi budget tetapi admin berpuas hati kerana dapat lihat balik kemanakah duit-duit dibelanjakan.

Jika budget masih dalam keadaan yang terkawal, aplikasi ini akan menunjukkan berapakah jumlah purata sehari yang anda boleh gunakan. Contoh seperti gambar di atas, anda boleh berbelanja sebanyak RM20.69 sehari sehingga 30 April 2020.

Anda boleh melihat kesemua transaksi yang berlaku. Aplikasi ini juga akan membuat pie chart secara automatik, jadi disini kita dapat lihat di kategori manakah kita lebih berbelanja.

Walaupun perbelanjaan tetap seperti sewa rumah/bilik, bil air/elektrik/wifi, minyak kereta dan lain-lain membuatkan expenses anda banyak. Ingatlah bahawa kita mampu mengubahnya! InsyaAllah.. bab kata peribahasa melayu “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”