Author

Lily

Browsing

Korea Selatan bukan sahaja popular dengan drama, malah rancangan realiti TV juga sangat popular di seluruh dunia. Admin ada listkan 9 rancangan yang popular, yang mana satu anda suka tonton?

1. Running Man

Running Man merupakan rancangan tv popular di serata dunia. Kini, Running Man sudah bersiaran hampir 10 tahun (lebih 500 episode) daripada 11 Julai 2010. Siapa sahaja yang tidak tahu rancangan tv ini? Ayah admin yang umur 69 tahun pun tahu.. hahaha. Mulanya dengan Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Lee Kwang-soo, Song Ji-hyo, Lizzy, Song Joong-ki dan Gary. Selepas Lizzy,Joong Ki dan Gary keluar, digantikan pula dengan Jeon So-min dan Yang Se-chan. Rancangan Running man lebih ke arah game yang dilakukan secara berkumpulan. Episode mana yang anda rasa paling tinggalkan impak kelakar?

2. Knowing Bros

Knowing Bros (Bahasa Korea: 아는 형님 : Aneun Hyeongnim). Rancangan TV ini merupakan konsep sekolah menengah di mana ahli tetap berlakon sebagai pelajar di dalam kelas sementara para tetamu akan datang sebagai pelajar yang baru dipindahkan. Sebilangan besar segmen untuk format ini menggambarkan aktiviti yang akan dilakukan oleh setiap pelajar dengan rakan sekelas mereka. Kalau bosan-bosan tu, boleh la tengok rancangan ni hehe..

3. Infinite Challenge

Infinite Challenge (Bahasa Korea: 무한도전;  Muhan Dojeon) diiktiraf sebagai pertunjukan “Real-Variety” pertama dalam sejarah televisyen Korea. Program ini sebahagian besarnya tidak ada skrip. Bermula pada tahun 2005, sudah lebih kurang 15 tahun bersiaran!

4. King of Masked Singer

King of Masked Singer merupakan rancangan pertandingan nyanyian diantara artis Korea. Tetapi, yang membuatkan ia unik adalah artis-artis tersebut harus memakai topeng muka untuk menyembunyikan identiti masing-masing. Best rancangan ni, admin suka sebab kita boleh menilai suara artis-artis tu tanpa melihat muka mereka. Ada yang admin langsung tak sangka suaranya sedap sangat! Haa..pernah tengok ke show ni?

5. Three Meals A Day

3 Meals A Day (Bahasa Korea: 삼시 세끼; Samsi Sekki) adalah rancangan memasak realiti Korea Selatan. Ia disiarkan pada malam Jumaat di tvN mulai 17 Oktober 2014. Rancangan ini mengisahkan tentang pelakon (ahli tetap) tinggal di sebuah desa kecil atau desa nelayan selama 3 hari dan menggunakan apa sahaja makanan yang mereka temukan di sana untuk membuat tiga makanan sehari. Sementara itu, pelbagai selebriti dari Seoul akan tampil sebagai tetamu untuk makan malam.

6. Youn’s Kitchen

Youn’s Kitchen adalah rancangan perjalanan realiti Korea Selatan popular yang mengikuti ahli tetap dalam perjalanan ke destinasi luar negara di mana mereka membuka restoran pop-up selama beberapa hari. Antara hidangan popular dari Korea dijual di restoran mereka. Boleh bayang tak Park Seo Joon jadi waiter anda? 🥰

7. Law of The Jungle

Pelawak Korea Selatan Kim Byung-man mencipta sendiri Kim Byung-man’s Law of the Jungle pada tahun 2011. Dalam rancangan itu, selebriti, termasuk pelakon dan artis K-pop, bergabung dengannya di lokasi terpencil di seluruh dunia untuk mengalami hidup di hutan liar. Di setiap lokasi, para tetamu ditugaskan untuk memburu, menyiapkan makanan, dan membuat tempat tinggal. Kim adalah satu-satunya ahli pelakon tetap rancangan itu. Admin sangat suka Kim Byung Man dalam rancangan ini kerana dia seperti seorang yang sangat pandai berada dalam hutan. Jadi. kalau sesat..tak perlu risau!

8. The Return of Superman

The Return of Superman atau dikenali sebagai Superman is Back merupakan rancangan dimana ayah selebriti dibiarkan menjaga anak-anak mereka sendiri selama 48 jam tanpa bantuan sesiapa, sementara isteri mereka meninggalkan rumah untuk menikmati “Me Time”. . Selama 48 jam, ayah dan anak-anak harus melakukan tugas yang telah ditulis oleh isteri atau para ayah perlu meneroka aktiviti baru bersama anak-anak mereka. Admin sangat suka triplets Daehan, Minguk dan Manse, rasa macam nak anak kembar 3 pulak. Eh!

9. 2 Days 1 Night

2 Days 1 Night merupakan rancangan dimana ahli-ahli akan pergi menjelajah seluruh Korea Selatan dan tidur selama 2 hari 1 malam. Mereka harus masak sendiri makanan-makanan yang popular di tempat mereka pergi dan ada beberapa aktiviti yang mereka lakukan untuk mengelak daripada kena hukuman (Seperti terjun ke dalam kolam dan sebagainya). Rancangan ini disiarkan dari tahun 2007 sehinggalah sekarang.

Yang mana satu pilihan hati anda? Admin memang suka Running Man dari episode 1 sehinggalah sekarang. Walaupun banyak sahaja peminat-peminat lama yang bercakap-cakap tentang rancangan ini mula bosan dan penurunan dalam rating. Admin rasa dengan kehadiran Seomin dan SeChan memeriahkan lagi suasana! Apa pendapat anda?

Assalamualaikum semua umat Islam yang tengah berbuasa sekarang, pastinya ketika bulan Ramadhan, kita lebih suka untuk masak bersama keluarga di rumah. Tapi, masa PKP seperti sekarang ni, memang wajib lah kan masak setiap hari. Ada yang beli juadah berbuka di Bazar Ramadan Online ke?

Kalau waktu bulan tak puasa, boleh lah rasa setiap kali masak. Tapi waktu bulan puasa ni macam mana pulak nak rasa? Takut nanti masin ke, pedas sangat ke. Haa..admin ada baca di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. tentang hukum merasa makanan ketika berpuasa, tetapi ada caranya.

Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih. Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur. Ibn Abbas R. Anhuma berkata:

لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ

“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”

Ini hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya. 

Jadi, jangan risau ye makanan korang masin ke pedas ke. Jangan lupa untuk ikut cara yang betul iaitu makanan dikecap di hujung lidah tanpa ditelan. Pastikan anda kumur ya lepas rasa. Selamat Masak semua!

Berpuasa pada bulan ramadhan adalah rukun islam yang ketiga. Sejujurnya, ketika puasa kita tidak merasa terlalu lapar tapi dahaga, kan? Cara mudah untuk mengatasi rasa dahaga di bulan Ramadhan adalah penghidratan dan penyimpanan air di dalam badan kita. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda makan dan minum untuk memudahkan anda berpuasa pada keesokan harinya.

1. Minum Air

Minum air secukupnya dari anda berbuka puasa sehingga waktu sahur. Kalau mengikut kiraan, badan kita memerlukan 8 gelas air sehari. Jadi, pastikan anda minum air putih ya. Jangan minum air manis pulak 8 gelas hehe..

2. Elakkan Minum Kafein

Admin tahu bagi penggemar kopi di luar sana pasti tidak sabar menunggu waktu Iftar untuk minum secawan kopi. Namun, anda harus menghentikan tabiat ini, atau sekurang-kurang mengurangkannya kerana kafein membuat anda ingin buang air kecil, oleh itu badan anda akan kehilangan cecair.

3. Makan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

Tips ketiga adalah dengan makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang banyak kandungan air pada waktu sahur. Contohnya seperti tembikai. Tembikai mempunyai 91% air dan 6% gula. Jika anda malas makan begitu sahaja, anda boleh membuat smoothie. Selain itu, timun juga merupakan sayur yang mengandungi 90% air. Ia pasti akan membuatkan anda rasa lebih bertenaga pada keesokan harinya.

4. Elak Makanan Pedas & Masin

Makanan pedas dan masin akan meningkatkan keperluann air dalam badan anda. Sekiranya anda memasak dalam tempoh ini, cuba jangan menggunakan terlalu banyak garam atau terlalu banyak rempah.

5. Elak Aktiviti Yang Mengeluarkan Peluh

Pendedahan kepada haba tidak dapat dielakkan dengan cuaca di Malaysia, tetapi cubalah untuk mengelakkan panas sebanyak mungkin. Suhu yang panas akan menyebabkan anda berpeluh dan mengakibatkan kehilangan cecair dalam badan. Banyak senaman yang tidak mengeluarkan peluh terlalu banyak, janganlah lari atas treadmill selama sejam pulak ye.

Selamat berpuasa! 🙂

Ikuti Tips daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk minum 8 gelas air di bulan puasa.

Assalamualaikum semua! Bulan Ramadhan ni bulan yang kita berpusu-pusu untuk kumpul pahala sebanyak yang mungkin. Selain betulkan niat, jaga mata, mulut, telinga dan sebagainya dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah, kita juga dapat menambah pahala dengan membaca al-Quran.

Bagi yang tidak pernah membaca al-Quran ataupun yang sudah lama meninggalkan bekalan kita yang akan dibawa ke kubur nanti, inilah masanya untuk mengubah diri anda ke arah yang lebih baik. Ada yang setiap tahun mempunyai azam untuk khatam alQuran pada bulan Ramadhan tapi tak kesampaian. Admin akan kongsikan cara mudah pengiraan untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan.

Al-Quran ada 604 muka surat.

Untuk Khatam Al-Quran 1 kali :

  • 604 muka surat dibahagikan 30 hari = 20.133 muka surat setiap hari.
  • Secara logiknya, anda boleh membaca 20 muka surat setiap hari. (Ada beberapa hari 21 muka surat)

20 muka surat dibahagikan dengan 5 waktu solat:

  • Subuh – 4 muka surat
  • Zohor – 4 muka surat
  • Asar – 4 muka surat
  • Maghrib – 4 muka surat
  • Isyak – 4 muka surat

Tips Tambahan :

  • Admin syorkan untuk membaca 2 muka surat sebelum solat fardhu. Dan sambung lagi 2 muka surat setelah selesai solat.
  • Betulkan niat kerana khatam al-Quran memerlukan konsisten dan kesungguhan dalam diri.
  • Setelah selesai baca helaian muka surat, baca terjemahannya agar dapat lahirkan rasa seronok membaca kerana lebih memahami isi kandungan.

Selamat Beramal Ibadah! 🙂

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, akhirnya kita dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Tetapi yang membezakan Ramadhan tahun ini dan tahun-tahun yang lain adalah tiada solat tarawih secara berjemaah di surau. Sedih kan? Tetapi tidak mengapa, insyaAllah dengan keberkatan bulan mulia ini dan juga penjagaan jarak sosial kita dapat mengurangkan lagi kes jangkitan Covid 19. Duduk rumah, okay?

Untuk artikel kali ini, admin akan kongsikan cara dan panduan solat tarawih di rumah. Boleh dibuat secara berjemaah bersama-sama keluarga, kawan-kawan (yang tinggal di rumah sewa) dan bagi yang berseorangan, jangan bersedih ya. Allah S.W.T kan ada.

Apa itu Solat Tarawih?

 Tarawih bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan 4 rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan 4 rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun 20 rakaat. (Sumber : Wikipedia)

Cara Solat Tarawih :

1. Lafaz Niat Solat Terawih

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat *(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.

2. Sama Seperti Rukun Solat Yang Lain

Selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam. Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).

3. Bacaan Surah

Sejujurnya, kita boleh membaca apa sahaja surah yang kita hafal sekalipun. Tidak ada yang wajib membaca surah-surah yang tertentu sahaja.

4. Selawat & Wirid di Antara Solat

Boleh amalkan selawat-selawat yang kita sering alunkan atau yang kita tidak pernah hafal selama ini. (Panduan penuh di akhir artikel)

Cara Solat Witir :

Ada yang tanya, kenapa perlu buat solat sunat witir setelah selesainya solat tarawih? Ini kerana, solat witir merupakan penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang subuh. Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya yang ganjil. Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat.

  1. Dilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)
  2. Lafaz niat sembahyang sunat Witir: Sahaja aku sembahyang sunat Witir 1 rakaat / 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.
  3. Solat seperti biasa dan diakhiri dengan salam.
  4. Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.
  5. Boleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun afdalnya boleh dibaca surah berikut:
  • Rakaat pertama – surah Al-A’la
  • Rakaat kedua – surah Al-Kafirunn
  • Rakaat ketiga – surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

Muat Turun Panduan Jakim :

Untuk panduan lengkap, anda boleh download panduan penuh solat terawih oleh Jakim. Semoga Ramadhan kali ini memberi kita keinsafan dan penuh makna. Selamat Berpuasa 🙂

http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Panduan-Solat-Terawih-Jakim—2020.pdf

Assalamualaikum semua! Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Bagaimana persiapan anda semua untuk berjumpa dengan bulan yang mulia ini? Cukup kah amalan kita selama ini? Binasakah perkataan-perkataan yang keluar dari mulut kita? Sudahkah kita terbiasa mendengar gossip dan perkara yang tidak baik melalui telinga kita? Adakah kita melihat benda yang haram dilihat?

Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…

— surah Al-Baqarah, ayat 185

Bagi yang berpuasa penuh pada setiap tahun, admin ucapkan tahniah kerana berjaya melawan nafsu sendiri. Pada yang baru untuk berubah untuk menjadi insan yang lebih baik, admin ucapkan tahniah juga kerana Allah tidak pernah membezakan umatnya. Sebesar mana pun dosa kita sebelum ini, ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun.

Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan:

 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala. 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan:

 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala.

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.

  • Diingatkan kepada semua bahawa lebih digalakkan untuk niat berpuasa sebulan dan juga harian (Niat waktu tenggelam matahari-Maghrib sehingga terbenam matahari-Subuh) kerana takut kita terlupa untuk niat harian.
  • Semoga Ramadhan kali ini memjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya, InsyaAllah.

Tipulah kalau kita umat Islam di Malaysia ni tak pernah dengar lagu niat puasa dari kumpulan raihan ni, kan? Selamat Berpuasa 🙂

1. Bawang Putih Bawang Merah

Siapa tak ingatkan siri Bawang Putih Bawang Merah yang suatu ketika dulu pernah menjadi sinetron wajib di depan TV lepas sahaja sekolah habis? Admin masih ingat kalau tak silap cerita ini ditayangkan pada pukul 2pm, jadi lepas balik sekolah tu mandi terus duduk depan TV. Hahaha. Drama siri Indonesia terkenal dengan adegan zoom berulang kali terhadap perlakon-pelakon. Sebelum perkataan Bersambung….setiap kali berakhirnya episod, akan keluarlah adegan zoom-zoom.

2. Olivia

Drama siri Olivia menceritakan tentang kisah Olivia yang memegang 2 watak perempuan dan lelaki. Sehingga lah suatu hari dia terjatuh hati terhadap Justin. Walaupun cerita ini ada sedikit konflik yang mengatakan bahawa jalan ceritanya sama seperti movie amerika She’s The Man. Apa-apa pun admin rasa setiap drama walaupun konsepnya sama tetapi plotnya masih berbeza.

3. Upik Abu Dan Laura

Siapa masih ingat lagu popular Cinta Laura “You say aku, seperti barbie”? Drama ini mengisahkan tentang 2 orang yang berlainan taraf. Opie merupakan seorang yang baik, lemah lembut tetapi miskin hartanya, manakala Laura seorang gadis kaya yang manja, liar dan sombong. Tetapi mereka berdua pergi ke sekolah yang sama. Nak dijadikan cerita, Laura diusir dari rumahnya dan terpaksa mencari makan dan kehidupan sendiri.

4. Jelita

Drama ini mempopularkan lagu Agnes Monica “Matahariku” sehinggalah ke hari ini. Jelita menceritakan kisah gadis yang dibesarkan oleh keluarga angkat kerana ibu bapanya telah membuat kesalahan besar. Tapi admin pelik, kenapa lepas dapat tahu kita ni anak angkat, kita harus keluar dari rumah seolah-olah ibubapa angkat kita ni menipu kita selama ni? Bukan kah mereka juga yang membesarkan kita dengan baik? Eh..tiba-tiba emo pula.

5. Mutiara Hati

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia wajib tonton drama ini di TV9 pada tahun 2006/2007, kan? Mutiara Hati mengisahkan kehidupan seorang budak berumur 5 tahun iaitu Nabila yang kehilangan ibu kandungnya. Ibu kandungnya sering muncul di dalam mimpi Nabila. Dia dijaga oleh ayahnya, Aji Darmawan, seorang pengurus di syarikat pembinaan. Guru kelas Nabila di tadika ialah Bu Arini, seorang guru yang penyayang serta dedikasi terhadap kerjanya. Ketika drama ini masih hangat, admin masih ingat kebanyakan kita mula untuk berfesyen seperti tudung Bu Arini, iya kan iya kan?

6. Cinta Kirana

Siapa tak kenal 2 pelakon hebat indonesia nia ramadhani dan randy pangalila. Cinta Kirana mengisahkan tentang Kirana, gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari Saat sedang mengantarkan suratkhabar pada pelanggannya, Kirana dilanggar oleh kereta yang dipandu Galang. Kirana hilang sabar lalu menampar Galang kerana Galang mentertawakannya.. eh malah diketawakan sih? Ha..tiba-tiba jadi orang indonesia.

7. Dongeng

Dunia khayalan, dunia impian~ Mesti anda semua terbiasa kan dengan lagu ni? Siri dongeng memaparkan cerita-cerita dongeng yang mempunyai nilai-nilai yang baik. Antara siri dongeng yang popular.

  1. Putri Salju
  2. Putri Tidur & 3 Peri
  3. Rapunzel
  4. Si Itik Buruk Rupa
  5. Aladdin & Lampu Wasiat

Bonus : Kiamat Sudah Dekat

Movie ni kelakar sangat, admin masih ingat tagline “Suer, 2 minggu”. Filem ini menceritakan tentang musibah yang melanda Fandy, seorang rocker kelahiran Malaysia. Dia tidak pandai mengaji dan solat tetapi telah jatuh hati dengan anak Pak Haji Romly. Pak Haji memberinya masa 2 minggu untuk berubah, sampaikan satu kampung pelik melihat Fandy berubah ke arah agama. Bila ditanya kenapa, dia menjawab “Kiamat Sudah Dekat, Men!”

Haa..terimbau kenangan lama kan? Banyak lagi sinetron Indonesia yang popular di Malaysia suatu ketika dulu. Yang mana satu pilihan drama anda? Komen dibawah jika anda ada pendapat yang lain! 😀

Bosan duduk di rumah? Nak tengok movie online tapi terlalu banyak iklan (Ads)? Dengan kadar langganan bulanan yang rendah dan koleksi filem dan rancangan televisyen yang besar, Netflix adalah pilihan yang terbaik. “Netflix and chill” merupakan tagline syakirat ini yang mengajak pelanggannya untuk rehat dan menonton netflix.

Cara Untuk Register Akaun Netflix:

  • Masuk ke lawan web Netflix.com
  • Masukkan email anda dan klik “Try It Now”
  • Kemudian, klik See The Plans.
  • Terdapat 4 plan yang berbeza di Malaysia, anda boleh pilih plan serendah RM17. Tetapi quality video hanyalah standard dan boleh tengok di handphone atau tablet sahaja.
  • Macam mana admin cakap boleh dapat plan serendah RM13.75 sebulan? Disinilah kita harus menjadi pengguna yang bijak.
  • Pilih plan Premium RM55 (Sebulan), kongsi akaun anda bersama 4 lagi rakan anda. (RM13.75/Sebulan). Bukan sahaja anda dapat tengok movie dengan kualiti HD, malah Ultra HD 😀
  • Masukkan email dan password anda.
  • Kemudian, set up kan payment anda menggunakan debit/credit card, postpaid telco anda atau gift code yang boleh didapati di 7e.
  • Masukkan butiran diri anda dan klik Start Membership. Kini anda sudah menjadi pengguna netflix!
  • Anda juga boleh download aplikasi Netflix di Microsoft Store di PC/Laptop anda.
  • Selain itu, anda boleh download aplikasi Netflix di Appstore atau Playstore.
  • Anda juga boleh Download movie kegemaran anda untuk ditonton secara offline.
  • Seterusnya, anda boleh meyimpan movie anda di bahagian My List seperti di bawah.

Mudahkan? Admin syorkan untuk anda kongsi akaun anda bersama 4 lagi rakan anda yang lain supaya dapat menikmati movie berkualiti Ultra HD dengan harga RM13.75 sebulan! Berbaloikan? Anda hanya perlu membayar 50 sen sehari kepada Netflix untuk tonton pelbagai movie dan drama dari bermacam-macam negara. Jom Netflix & Chill!

Pada bulan 9 tahun 2019, admin telah kehilangan seekor kucing yang dijaga dan dibela selama 7 tahun. Sedih tu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pencinta kucing ni menganggap kucing sebagai keluarga mereka sendiri. Jadi, jika kucing kita telah meninggalkan kita, sedihnya seperti kehilangan ahli keluarga sendiri. Bukan manusia sahaja yang merasa kehilangan, malah kucing yang rapat dengan kucing yang mati pun turut merasa sedih.

Kucing admin yang diberi nama Obin menghidap penyakit Batu Karang (Urinary Tract) pada tahun 2015. Umurnya panjang, admin dapat lagi meluangkan masa dengannya sehingga 2 September 2019. Tinggallah admin bersama seekor lagi kucing, Cheche. Disebabkan pengalaman sedih tidak dapat selamatkan kucing dari penyakit ini, admin mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan kucing admin yang lagi satu ni terhindar dari batu karang.

Cara Atasi Penyakit Batu Karang :

  1. Pastikan kucing berada di dalam berat ideal. Maksudnya tidak terlalu gemok dan tidak terlalu kurus. Kucing yang gemok lebih cenderung untuk sakit. Pastikan doktor dapat merasakan tulang rusuk kucing.
  1. Beri makanan basah dalam tin. Admin suka jenama Sheba, makanan kucing import dari Jepun. Ayam, Tuna atau Salmon dalam tin tersebut adalah dari carikan isi ayam/ikan dan kurang bahan pengawet.
  1. Sentiasa sediakan air minuman yang bersih. Kalau boleh air yang ditapis ya, kerana air paip di malaysia ni tidak bersih.
  1. Selalu bersihkan litter box kucing. Pastikan pasir sentiasa bersih dari tahi dan kencing.
  1. Kurangkan stress kepada kucing. Selalu main bersama mereka dan boleh juga beri snek kucing selang 2 hari.
  1. Beri makanan kering yang khasiatnya khusus lebih kepada Urinary Care. Contohnya admin menggunakan Royal Canin Urinary Care.

Demikianlah 6 langkah yang admin praktikkan sekarang. Cheche dah tidak kesunyian, admin telah selamatkan seekor anak kucing (Miko) pada waktu hujan selepas 2 bulan kematian Obin. Sekarang Cheche dah ada kawan hehe!

Cheche dan Miko
Sentiasa dalam ingatan, Obin. (1 April 2013-2 September 2019)

Komen dibawah jika anda mengalami masalah yang sama seperti admin. Dengan pengalaman ini, marilah kita sama-sama membendung kucing dari terkena penyakit batu karang. 🙂

Bagi orang yang bertudung, mereka lebih cenderung kepada masalah kulit kepala. Ini disebabkan oleh terlalu lama rambut terperap di dalam tudung. Ada juga yang mengalami masalah ini kerana keturunan. Penyebab kelemumur termasuklah kulit kepala kering, dermatitis seborrheic, sensitif terhadap produk rambut dan pertumbuhan jenis fungus tertentu yang hidup di kulit kepala. Kadang-kadang rasa macam ada salji ya atas kepala! 😂

Baru-baru ini, admin mengalami masalah kelemumur yang agak teruk disebabkan terlalu lama memakai tudung waktu bekerja 9am-5.30pm dan kadang-kadang bersambung sehingga ke malam jika admin ada kerja lain diluar. Jadi, kadang lebih dari 12 jam rambut terperap membuatkan rambut menjadi tidak sihat.

Bermacam cara semula jadi yang admin telah cuba, tetapi mengambil masa yang lama dan ada juga yang tidak berkesan langsung. Sehinggalah satu hari, admin berjumpa dengan pharmacist di sebuah farmasi ini mengsyorkan shampoo dari jenama Selsun.

Selsun 2.5% Suspension Treatment

RM 27.00
RM 35.00

Ada pelbagai jenis shampoo untuk kelemumur yang dikeluarkan oleh Selsun, tetapi bagi admin inilah yang paling berkesan. Disini admin akan kongsikan rutin penjagaan rambut setiap hari.

Langkah Penjagaan Rambut Berkelemumur

  1. Basahkan rambut dan kemudian shampoo menggunakan Selsun, kuantiti mengikut panjang rambut anda.
  2. Biarkan rambut anda selama 5 minit, kemudian bilas.
  3. Seterusnya, gunakan conditioner. (Contoh pelembut rambut untuk kelemumur yang admin guna)
RM 20.00
RM 28.00
RM 35.00
  1. Biarkan rambut selama 5 minit, kemudian bilas.
  2. Keringkan rambut menggunakan kipas ataupun hair dryer (Suhu sejuk sahaja-jangan guna yang panas ya)
  3. Sesudah rambut kering, letak sedikit aloe vera di rambut. Jenama apa pun ok.
RM 5.00

RM 15.00

P/S : Guna shampoo selsun tu 2 kali sahaja seminggu kerana kandungan chemicalnya yang tinggi. Ia boleh merosakkan rambut jika anda guna setiap hari. Admin nasihat untuk cuci rambut anda 2 hari sekali atau 3 hari sekali. Ini kerana, rambut anda boleh cepat gugur.

Untuk shampoo pada hari biasa, admin menggunakan shampoo bawang atau amino mason.

RM 18.00

RM 57.00

Walaupun kos penjagaan rambut ini agak mahal, admin tidak kisah kerana rutin ini sangat menjadi. Admin harap dengan perkongsian admin kali ini dapat membantu anda mengatasi masalah kelemumur. Sekarang, admin sudah tidak ada kelemumur! Rutin harian ini mengambil masa dalam sebulan* sahaja, anda akan nampak result di kulit kepala anda. Jom sama-sama menjaga rambut agar rambut sentiasa sihat.

*Berbeza pada setiap orang. Ada yang tidak sesuai dengan shampoo. Apa-apa pun cuba tak salah kan? Selamat mencuba 😀