Author

ecah

Browsing

Penyakit bawaan nyamuk yang sangat bahaya dikenali sebagai demam denggi. Jangkitan ini boleh berlaku sekiranya seseorang itu dijangkiti oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini boleh membawa maut.

Mari kita sama-sama membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Cara-caranya ialah pastikan tiada takungan air di kawasan kediaman kita yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tempayan, pasu bunga dan tayar buruk tidak terbiar menakung air di kawasan kita. Jika ada, tuangkan air tersebut dan dibasuh bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.

Tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes

Seterusnya, pastikan anda menutup semua bekas menyimpan air dengan rapat supaya tidak memberi peluang kepada nyamuk untuk bertelur. Bekas yang tidak digunakan jangan dibiar begitu sahaja. Kumpul dan tanam. Jika malas nak tanam buang ke dalam tong sampah yang sepatutnya.

Selain itu, periksa saluran bumbung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memberishkan daun yang menyekat air pada bumbung yang boleh menyebabkan air tidak mengalir.

Cuci bumbung rumah

Tambahan pula, anda boleh menggunakan cara memelihara ikan perliharaan seperti ikan gapi dan ikan puyu yang akan memakan jentik-jentik. Jika anda menyimpan air dalam tangki yang besar. Sebaiknya, peliharalah ikan ini dalam tangki tersebut untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Jika anda tidak ingat lakukan cara ini anda boleh masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air mengikut sukatan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Lakukanlah cara-cara membasmi pembiakan nyamuk Aedes di tempat anda. Setiap orang mestilah prihatin dan melakukan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan kediaman tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Apabila tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes kita dapat mengelakkan diri kita daripada penyakit denggi. Tiada Aedes tiada denggi.

Ramai diantara kita yang meminati movie seram lagi-lagi movie dari negara jiran Thailand kerana lakonan mereka yang seakan-akan realiti.

  1. The House

Movie ini mengisahkan kisah benar mengenai tiga pembunuhan yang dasyat yang berlaku kepada tiga wanita dalam masa yang berlainan. Seorang wartawan yang bernama Chalinee yang ingin mengetahui dan mencari maklumat mengenai kes pembunuhan ketiga-tiga wanita misteri itu sehingga membuatkan dia sebagai wartawan ingin menerokai dan mengetahui secara jelas kenapa mereka dibunuh dengan kejam. Chalinee berusaha mencari rumah dimana ketiga-tiga wanita itu dibunuh. Dia memberanikan diri ke sana dan tinggal di dalam rumah berkenaan. Dari mula dia melangkah masuk ke dalam rumah pembunuhan itu berlaku satu persatu kejadian aneh berlaku dan dia dihantui pengalaman yang mengerikan disitu.

2. Shutter.

Movie Shutter ini ditayangkan pada tahun 2004 yang mengisahkan jurugambar muda dan teman wanitanya yang menemui bayangan misteri dalam gambar mereka selepas mereka mengalami kemalangan tragik.

3. Laddaland.

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang berpindah rumah dan mereka mengalami peristiwa paranormal yang menyebabkan emosi dan mental mereka terganggu. Ini kerana di rumah yang mereka baru pindah itu menakutkan mereka dengan peristiwa aneh.

4. Pee Mak Phrakanong.

Antara filem seram paling laku pada tahun 2013. Mak merupakan watak lelaki dalam filem ini yang berkhidmat dalam peperangan. Mak meninggalkan isterinya yang sedang sarat hamil di rumah seorang diri kerana dia terpaksa menjalankan tugas di luar. Selepas urusan diluar selesai dan dia berjaya dalam perang. Dia mengajak empat orang rakanya ke rumah untuk memperkenalkan mereka kepada isterinya dan melihat bayi mereka yang telah lahir. Isterinya bernama Nak seorang wanita cantik dan diminati oleh ramai lelaki di kampung itu.

Mak pulang ke rumah seperti biasa dan melihat anak dan isterinya ada di rumah dan dia berasa sangat gembira. Ada orang kampung yang bercerita isterinya Nak telah mati sewaktu hendak melahirkan anaknya. Berita ini sangat mengejutkan Mak dan dia tidak dapat menerima berita ini kerana dia sendiri melihat anak dan isterinya baik-baik sahaja di rumah. Mereka mengalami peristiwa aneh dan kawan-kawan Mak yang datang ke rumah mereka itu mula berasa hairan dan yakin isteri dan anaknya telah mati dan muncul menjadi hantu. Mereka cuba sedaya-upaya untuk menyakinkan kawannya Mak yang isteri dan anaknya telah mati. Sukar untuk Mak menerima keadaan itu. Tetapi Mak perlu memilih sama ada hidup dengan isterinya yang telah mati itu sebagai hantu atau menerimanya sebagai realiti.

5.Dorm

Seorang remaja lelaki yang bernama Ton dihantar oleh bapanya ke sebuah sekolah berasrama supaya anaknya lebih berdikari. Ton mempunyai seorang kawan baru diasrama itu tetapi kawanya itu asyik bercerita kisah hantu yang menakutkan diasrama itu. Kisah budak lelaki mati lemas dalam kolam dan seorang gadis yang membunuh diri di asrama itu.

Hal ini menyebkan Ton tidak senang hati dan asyik dalam ketakutan. Tumpuannya untuk belajar juga hilang. Ton mengambil keputusan untuk berkawan dengan orang lain salah seorangnya ialah Vichien dan apabila dia menceritakan cerita hantu yang pernah dia dengar dari kawan barunya yang pertama itu barulah dia sedar sebenarnya itu adalah lelaki yang mati lemas. Dia terkejut ternyata kawanya itu adalah hantu.

Pasti kamu semua ingin mengetahui peristiwa aneh lain yang berlaku dalam movie ini. Jadi tontonlah sendiri filem seram ini untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik semua cerita seram ini. Pastinya ia membuat anda seperti berada dalam movie itu.

Kalau anda takut jangan tengok waktu malam tengok waktu siang ya. Movie seram Thailand ini memberi efek dari mula hingga akhir cerita kepada anda. Jalan ceritanya yang menarik pastinya tidak membuat anda berasa bosan malah menantikan apakah kesudahan kisah seram itu.

Filem ini memaparkan pelakon yang terkenal seperti Zizan Razak, Zahirah Macwilson, Bell Ngasri, Khir Rahman, Maya Karim dan ramai lagi. Mendengar sahaja nama-nama mereka ini pastinya membuatkan anda ingin menonton filem ini.

Genre filem ini tertumpu kepada aksi tembak menembak dan diselitkan juga dengan watak lucu oleh pelawak terkenal Zizan Razak dan Bell Ngasri dalam adegen cerita ini. Antara sebab kenapa anda perlu menonton filem ini ialah Watak Pria yang dilakonkan oleh Zizan Razak dan Bell Ngasri pastinya mencuit hati. Pria dalam filem ini berperanan membantu misi Bulan yang dilakonkan oleh Zahirah Macwilson untuk memburu adiknya Melati yang berada dalam tangan bapak ayam.

Barisan pelakon Bulan dan Pria Terhebat

Seterusnya, kita dapat melihat kekuatan dan semangat juang wanita yang tinggi yang ditonjolkan oleh Zahirah Macwilson sebagai Bulan dalam filem ini. Zahirah memegang watak Bulan yang merupakan seorang pelatih dalam pasukan ‘special forces’ di Indonesia yang sanggup menyeludup dirinya ke kancah sindikit pemerdagangan manusia. Tujuan bulan berbuat demikian adalah untuk menyelamatkan adiknya Melati dari gengaman bapa ayam.Pada mulanya Melati ditawarkan menjadi model. Tapi sebenarnya dia ditipu kerana bapa ayam itu berhasrat memperdagangkan Melati, dia tertipu kerana lelaku itu memberi janji manis dia bukan dijadikan model malah dipaksa menjual maruah diri.

Selain itu, Filem ini memaparkan persahabatan, kesetiaan dan kepercayaan. Dalam filem ini anda dapat melihat bagaimana seorang kawan itu berfungsi dengan sanggup berdepan risiko demi keselamatan dan ingin membantu sahabat. Ini jelas dapat dilihat pada watak yang dilakonkan oleh Zizan Razak, Bell Ngasri dan Zahirah ketika mereka bersama-sama berhadapan dengan penjahat. Bayangkan macam mana mereka boleh melakukan aksi-aksi lasak dan memastikan ada sedikit komedi yang membuatkan penonton tertawa dan mencuit hati melihat gelagat mereka dalam Bulan dan Pria Terhebat.

Untuk merasai sendiri keseronokkan filem ini. Jangan lupa tonton filem ini, ianya filem aksi yang lasak dengan adegan-adegan menggunakan pistol yang diselitkan komedi yang pasti mencuit hati. Anda pasti tidak akan menyesal menonton filem ini kerana pelakonnya semua terkenal dan berbakat yang pasti tidak akan mengecewakan anda. Selamat menonton!

Setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah pastinya setiap ibu bapa akan merancang perjalanan jauh untuk membawa keluarga bercuti atau pulang ke kampung. Perkara pertama yang akan anda fikirkan ialah bila ada masa untuk bawa kereta ke bengkel untuk servis kerana anda asyik bekerja dan tidak berkelapangan untuk membawa kereta ke bengkel. Tetapi jangan risau jika anda betul-betul sibuk dengan kerja dan tidak boleh tinggalkan kerja anda untuk ke tempat servis kereta anda boleh lakukan sendiri cara-cara seperti di bawah untuk memeriksa keadaan kereta anda di rumah sebelum memulakan perjalanan balik ke kampung.

Cara yang anda boleh lakukan sendiri untuk servis kereta ialah:

  1. Memeriksa keadaan TAYAR. Tekanan angin tayar bagi setiap kereta telah ditetapkan. Biasanya, maklumat tekanan angin kereta ada tercatat pada pelekat pintu kereta kita. Anda perlu teliti keadaan bunga tayar. Pastikan bunga tayar masih baik dan sekiranya tayar telah ‘botak’ anda perlu tukar tayar yang baru.

2. Periksa keadaan BREK. Anda perlu cuba lakukan pemanduan kereta sekitar taman perumahan anda dan uji bunyi brek, Uji juga jika terdapat gegaran pada brek. Jika tiada sebarang bunyi bermakna brek anda dalam keadaan baik sekiranya brek bergegar dan berbunyi itu tanda brek anda nak rosak dan ini harus diservis di bengkel. Jika brek tidak berfungsi dengan baik ianya boleh menyebabkan pelanggaran dengan kereta lain dan berbahaya.

3. Lakukan pemeriksaan pada WIPER. Walaupun ramai yang beranggapan wiper tidak menjejaskan keadaan kereta tetapi ianya sangat penting dan wiper memainkan peranan besar sekiranya anda memandu dalam keadaan hari hujan. Wiper yang berfungsi dengan baik boleh membantu anda mencerahkan cermin hadapan dan belakang untuk pandangan yang lebih selesa sewaktu memandu dalam hujan.

4. Periksa RADIATOR. Fungsi radiator ialah sebagai penyejuk enjin kereta dan ia perlu diperiksa. Perjalanan jauh untuk balik ke kampung boleh menyebabkan enjin kereta panas. Bagi mengelakkan enjin kereta terlalu panas yang boleh menyebabkan kereta mati, periksa air dan cecair penyejuk di dalam radiotor dan pastikan ianya berada pada paras yang sepatutnya. Tambah air dan cecair penyejuk dalam radiotor sekiranya kurang. Perlu diingat, penutup radiotor tidak boleh dibuka ketika ia panas. Pastikan tiada kebocoran berlaku pada radiator.

5. Periksa tarikh luput atau keadaan BATERI kereta. Cara yang mudah untuk melakukan pemeriksaan ini ialah perhatikan keadaan lampu dan peralatan elektronik lain dalam kereta seperti radio. Jika semuanya berfungsi dengan baik maka bateri masih baik. Sekiranya anda dapati radio mula bunyi dan tiba-tiba seakan ingin mati itu tandanya bateri sudah nak kong atau lemah.

Menambah cecair penyejuk dan air mineral dalam radiator.

Cuba anda lakukan sendiri cara ini dirumah sebelum anda pulang ke kampung. Anda tidak perlu ke bengkel dengan mengikuti cara ini sekiranya semuanya dalam keadaan baik. Ia menjimatkan masa dan wang. Tapi jika selepas anda memeriksa keadaan kereta anda tidak memuaskan dan tidak seperti yang dinyatakan selamat untuk perjalana jauh, bawalah kereta anda ke bengkel untuk di servis. Berhati-hati dengan keadaan kereta dan jangan ambil ringan cara servis kereta ini kerana ianya amat membantu anda untuk memastikan perjalanan anda dan keluarga selamat.

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

Panadol Actifast

Selalu dengarkan ayat ini dikaca TV? Iklan Panadol yang membuatkan anda selalu mengambil ubat jika sakit kepala.Negara Malaysia tidak mengalami empat musim. Musim panas dan hujan sahaja yang dialami di negara kita. Musim panas sekarang makin menjadi-jadi disebabkan oleh pembinaan bangunan yang menyebabkan banyak tumbuhan ditebang. Penggunaan aircond dan peti sejuk juga meningkatkan suhu bumi.

Bila sakit kepala, anda akan berasa terganggu untuk membuat kerja. Sakit kepala biasanya datang secara tiba-tiba sama ada sewaktu anda sedang bekerja atau sewaktu anda dirumah dan anda tiada bekalan ubat. Jangan sesekali hempuk kepala anda kerana ada cara saintifik untuk hilangkan sakit kepala menggunakan urutan yang dikenali sebagai “acupressure”.

3d illustration of headache human, x-ray medical concept.

Sini nak terangkan apa itu “Acupressure”. Ia adalah sejenis urutan. Pengetahuan akupuntur dan terapi reflex diperlukan untuk urutan khas ini. Cara untuk mengurut titik acupressure mestilah diikuti dengan betul.

  1. Pastikan anda duduk dengan selesa dan relaxkan badan anda. Ambil sekurang-kurangnya 5 minit.
  2. Mulakan urutan pada titik dengan tekanan rendah atau dengan peegerakan membulat. Jika urutan dilakukan 5 hingga ke 10 minit biasanya sakit kepala anda akan beransur hilang.

Titik utama untuk hilang sakit kepala ada 6 iaitu Titik Yingtang, Titik Zan Zhu, Titik Yingxiang, Titik TIan Zhu, Titik Shuai Gu dan Titik He Gu. Mari kenali keenam titik ini.

Titik Yingtang yang terletak diantara kedua-dua belah kening anda. Urutan secara perlahan pada bahagian ini juga boleh menghilangkan keletihan mata setelah anda penat mengadap kerja menggunakan laptop. Lakukan urutan sehingga anda rasa lega.

Titik Zan Zhu merupakan titik yang terletak dihujung bahagian dalam kening anda. Urutan pada bahagian ini dapat hilangkan hidung berair.

Titik Yingxiang pula terletak disebelah lubang hidung dan sebaris dengan mata anda. Cari lekuk pada tulang pipi untuk memudahkan anda mencari titik-titik ini. Sedikit urutan pada bahagian ini akan membuka sinus, mangurangkan sakit kepala, gigi malah boleh hilangkan rasa stress dengan bebanan yang anda pikir.

Seterusnya, Titik Tian Zhu yang terletak ditengah bahagian belakang kepala anda. Urutan pada titik ini sangat berkesan untuk hilangkan hidung tersumbat, sakit mata dan telinga, sakit kepala dan hilangkan migrain.

Titik Shuai Gu seperti lekuk di bahagian kepala. Ia terletak 2-3 cm dari garis permulaan rambut. Jika anda tidak pasti bahagian titik ini sila rujuk gambar di bawah.

Akhir sekali, Titik He Gu. Titik ni dibahagian tangan yer bukan kepala. Ia terletak dibahagian belakang tangan,diantara ibu jari dengan jari telunjuk. Sakit belakang, sakit gigi dan tekanan pada otot leher dapat dikurangkan dengan urutan pada titik He Gu.

Cubalah dan lihat hasilnya. Urutan pada titik ini pasti melegakan sakit kepala anda dan juga menghilangkan sakit-sakit bahagian badan lain yang boleh hilangkan rasa tertekan dan anda lebih selesa untuk menjalani hari anda tanpa rasa sakit kepala.

Urutan ini juga boleh elakkan anda daripada berharap pada ubat-ubatan. Penggunaan ubat-ubatan yang kerap mendatangkan kesan buruk kepada badan kerana ada sesetengah ubat yang mengandungi kandungan dadah. Jika anda seorang yang tidak suka untuk telan ubat anda juga boleh amalkan urutan pada titik-titik ini untuk hilangkan sakit kepala. Sakit kepala hilang dan anda boleh gembira meneruskan aktivit harian anda.

Negara kita sekarang makin maju selepas kita mendapatkan kemerdekaan daripada tangan komunis. Ramai yang lupa akan perjuangan yang dilalui oleh nenek moyang kita sebelum mendapatkan kemerdekaan.

Filem Bukit Kepong merupakan filem patriotik yang diterbitkan pada 1981 dan diarahkan oleh seniman terkenal iaitu Jins shamsuddin. Sehingga hari ini filem ini masih ditayangkan ditelivisyen terutama sekali pada bulan kemerdekaan.

Bukit Kepong menceritakan kisah benar serangan Gerila Komunis terhadap stesen polis Bukit Kepong pada 23 February 1950. Sikap komunis yang jahat, memandang rendah akan semangat juang pasukan polis negara yang membuat komunis berhasrat untuk merampas kawalan stesen itu untuk dijadikan kawasan kawalan komunis. Pasukan polis negara kita tidak memiliki kelengkapan dan senjata yang canggih untuk melawan komunis tetapi wira-wira negara kita sanggup berusaha dan bertarung sehingga nafas terakhir mereka untuk mempertahankan kubu polis yang dibuat daripada kayu. Mereka berani bertarung sehingga lima jam sebelun komunis berjaya membakar kubu kayu tersebut.

Antara pengajaran yang dapat kita lihat dan ambil untuk dijadikan inspirasi kepada diri kita untuk menghargai jasa-jasa wira negara dan kita perlu mengekalkan kemerdekaan.

  1. Bekerjasama. Sentiasa berkomunikasi secara terbuka antara satu sama lain. Dalam filem ini, kerjasama dapat dilihat apabila pasukan polis pimpinan Sarjan Jamil Mohd Shah, penduduk kampung, dan wakil British yang duduk berbincang dalam mesyuarat tentang kelemahan kawasan masing-masing. Kawasan kubu wira-wira negara kita terletak di tebing sungai dan memudahkan musuh untuk datang menyerang dengan menggunakan bot. Dalam perbincangan itu wira-wira negara dan orang kampung bekerjasama untuk sentiasa berjaga-jaga serta memasang mata dan telinga untuk anggota polis. Kita mestilah sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain agar kita boleh menyiapkan diri untuk berhadapan dengan tugas yang mencabar dan bekerjasama menangani masalah untuk kebaikan bersama.
  2. Keberanian yang tinggi. Pengajaran ini dapat kita lihat apabila komunis Muhamat Indera membuat beberapa panggilan kepada pegawai polis Bukit Kepong supaya mengangkat bendera putih yang memberi tanda wira-wira negara akan menyerah diri. Wira negara kita enggan berbuat demikian kerana mereka sangat berani dan melawan apa yang diperintahkan oleh komunis. Mereka tidak menyerah diri begitu sahaja. Walaupon susah untuk berjuang demi keberanian tetapi wira-wira negara kita tetap berjuang, berganding bahu dan tidak gentar untuk mendapatkan keadilan.
  3. Mementingkan kepentingan orang lain melebihi diri sendiri. Dalam filem ini dapat kita lihat Sarjan Jamil mempertahankan nyawanya untuk memeriksa saki-baki orang yang masih hidup dalam berek polis walaupun dia tahu keadaan dia sendiri dalam bahaya tapi dia masih memikirkan anak dan isteri polis yang lain yang berada dalam berek polis untuk diselamatkan.

Banyak pengajaran yang ditunjukkan oleh wira-wira negara kita dalam mempertahankan maruah negara dan ahlinya daripada filem ini yang dapat kita perolehi dari watak-watak yang dilakonkan semula melalui filem ini. Bukan itu sahaja malah banyak lagi pengajaran baik yang ditunjukkan.

Untuk yang belum pernah menonton filem ini. Tontonlah kerana ia tidak merugikan dan pasti memberi inspirasi kepada anda untuk mempertahankan kemerdekaan negara yang kita peroleh hari ini hasil pengorbanan wira – wira negara kita. Semoga kita semua sentiasa hidup dalam keadaan aman dan kita sebagai warganegara Malaysia jangan pernah menghianati negara sendiri untuk kepentingan diri. Hargailah perjuangan dan pengorbanan wira-wira kita terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan yang kita nikmati sehingga hari ini.

Pada zaman sekarang, kita sangat sibuk dengan kerja masing-masing sehingga lupa untuk memeriksa tarikh luput bateri kereta yang membawa kita ke tempat kerja. Tiba-tiba pada waktu petang dan kita ingin pulang dari tempat kerja tetapi enjin kereta tidak hidup. Bila diperiksa dan kita dapati bateri kereta kita dah mula kong.

Kita perlu mencari kawan yang memiliki kereta dan ada jumper untuk menghidupkan enjin kita semula sekurang-kurangnya kereta kita boleh hidup untuk dibawa pulang ke rumah atau dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Melakukan jumper bateri dengan cara-cara yang betul amatlah penting. Jika anda tersilap, anda boleh mengalami kerugian ribuan ringgit terutama sekali apabila ia menjejaskan litar pintas pada kereta anda.

Apa yang anda perlukan untuk jumper bateri kereta anda adalah seperti berikut:

1.Bateri kong/mati

2.Kabel jumper

3.Kereta dengan bateri yang baik/bateri kereta yang baik.

Anda perlu ingat sekiranya anda menggunakan bateri/kereta dengan kereta, pastikan saiz bateri tersebut adalah sama atau lebih besar daripada bateri anda. Cara-cara jumper kereta pertama anda perlu matikan enjin dan suis kedua-dua kenderaan. Kereta anda yang kong dan kereta kawan anda yang digunakan untuk jumper sebagai bantuan kepada kereta anda mestilah enjin dimatikan, semua suis elektronik dalam kereta juga perlu dimatikan. Cara mudah ialah cabut je kunci kereta anda.Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya litar pintas.

Kedua, Sambungkan jumper kabel merah pada terminal postitif (+) bateri kereta kong. Anda perlu melakukan penyambungan jumper kabel pada bateri kereta kong dahulu. Sambungan mestilah dilakukan pada terminat positif bateri. Gunakan kabel jumper Merah=Termina Positif, dan kabel jumper Hitam=Terminat Negatif untuk mengelakkan kekeliruan.

Positif=Merah

Ketiga,lakukan sambungan jumper kabel merah pada terminal positif bateri kereta kawan anda atau kereta bantuan. Setelah lakukan smbung jumper merah pada terminal positif kereta bantuan. Anda perlu menyambungkan kedua-dua bateri kereta disambung pada terminal positif kereta.

Positif=merah pada kereta yang bateri bagus

Keempat, sambungkan jumper kabel hitam pada terminal negatif bateri kereta bantuan. Lakukan seperti cara di gambar dibawah.

Negatif=Hitam

Cara yang kelima, sambungkan jumper kabel hitam pada terminal negatif bateri kereta kong. Kereta anda yang rosak lah.Lengkapkan cara dengan menyambung pada terminal negatif bateri kereta kong. Seterusnya, anda mempunyai dua-dua sambungan kenderaan yang telah lengkap disambungkan.

Negatif=hitam pada kereta bateri kong

Seterusnya, Anda boleh mula hidupkan enjin kereta bantuan atau kereta kawan anda itu. Ini lah yang dikatakan masa jumper kereta bermula untuk kawan anda membantu mengecaj bateri kereta anda yang kong tadi. Hidupkan enjin kereta kawan anda terlebih dahulu. Sebaik-baiknya biarkan selama 3-10 minit untuk pengecasan berlaku pada bateri kereta kong

Hidupkan enjin kereta kawan anda

Akhir sekali, hidupkan enjin kereta kong iaitu kereta anda yang mati tadi. Bila anda berjaya menghidupkan enjin disitu bermakna cara jumper kereta anda berjaya. Selesai dan anda boleh balik rumah dulu atau terus singgah ke bengkel untuk tukar bateri baru yer.

Hidupkan kenderaan anda

Eh eh sekejap jangan seronok dulu. Cara untuk jumper kereta sudah berjaya sekarang anda perlu ikuti pula cara yang betul untuk mencabut kabel jumper tadi mengikut urutan. Kabel jumper tadi mestilah dicabut secara berlawanan. Contohnya, jika jumper terakhir yang anda pasang tadi adalah hitan pada kereta bantuan, kabel tersebut adalah kabel pertama yang anda perlu cabut, begitulah sebaliknya sehingga kesemua kabel tadi dicabut dan disimpan dengan baik dalam bonet kereta.

Untuk pengetahuan apa yang kereta anda alami selepas jumper anda akan mengesan punca kenapa kereta ada tidak dapat dihidupan tanpa bantuan.

a) Hidupkan kereta anda tu dalam 10 ke 15 minit untuk pengecasan semula bateri daripada alternator.

b) Jika jumpstart gagal, berkemungkinan bateri anda sudah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi.

c) Kalau jumpstart berjaya, tetapi bateri gagal dihidupkan semula setelah anda mematikan enjin, ada kemungkinan alternator rosak dan pengecasan semula bateri gagal.

Kesimpulannya, jika kereta anda tidak dapat dihidupkan. Silakanlah bawa kereta anda ke bengkel atau hubungi bengkel kereta berdekatan untuk membantu anda. Senang anda perlu sediakan duit je. Harap cara ini dapat membantu anda la sementara anda menukar bateri lain kan.

Bantuan Prihatin National (BPN) merupakan wang daripada kerajaan kepada rakyat yang terjejas disebabkan oleh wabak corona virus yang melanda. Hal ini menyebabkan kerajaan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu rakyat yang tidak dapat bekerja kerana mematuhi arahan PKP ini.

Seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan bantuan ini akan mula diagihkan bermula 6 April secara berperingkat kepada mereka yang lulus. Anda tidak perlu setiap hari ke kaunter bank untuk menyemak sama ada duit bantuan BPN sudah masuk atau belum. Perkara ini sangat menyusahkan kerana anda perlu beratur panjang dan keluar rumah terdedah dengan orang ramai pada musim covid 19 ini sangatlah tidak elok untuk keluar berhadapan dengan orang ramai.

Zaman serba canggih ini gunalah telifon pintar anda untuk menyemak status BPN anda untuk mengetahui sama ada duit anda sudah dikreditkan atau belum secara online.

Cara-cara untuk menyemak duit BPN sudah dikreditkan ke akaun anda atau belum secara online sangatlah mudah. Perlu diingat Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin National (BPN) adalah berbeza. Jadi untuk menyemak status wang BPN anda dikreditkan atau belum pertamanya ialah anda perlu semak di laman web https://bpn.hasil.gov.my. Anda tidak perlu keluar rumah yer,patuhilah arahan PKP dan ‘Just Stay at Home’.

Setelah anda berjaya memasuki laman web itu anda perlu mengisi maklumat yang diminta seperti dalam paparan skrin iaitu masukkan nama penuh dan nombor mykad anda dengan betul dan paparan akan menunjukkan sama ada status permohonan anda lulus atau pon tidak.

Sekiranya anda lulus paparan skrin akan menunjukkan status permohonan lulus dan jumlah keseluruhan BPN yang anda akan terima. Jika tiada paparan lain selepas jumlah keseluruhan BPN itu bermakna status anda lulus dan wang anda masih dalam proses, wang BPN anda belum dikreditkan lagi dan anda tidak perlu buang masa untuk keluar kemana-mana mesin ATM kerana wang anda belum dikreditkan.

Paparan yang menunjukkan wang belum dikreditkan lagi

Berbeza pula paparan skrin bagi anda yang telah berjaya dikreditkan wang BPN ke dalam akaun anda. Paparan skrin akan menunjukkan icon lain untuk anda semak seperti status permohonan lulus dan anda boleh teruskan dengan menekan pada Maklumat Pembayaran untuk melihat secara jelas maklumat pembayaran yang dibuat.

Paparan menunjukkan wang BPN anda telah berjaya dikreditkan

Anda boleh menyemak lebih jelas maklumat pembayaran BPN anda dengan scroll ke bawah dan anda akan lihat tarikh wang BPN dikreditkan, nombor pengenalan akaun dikreditkan dan jumlah bayaran yang anda akan terima untuk fasa yang pertama.

Wang berjaya dikreditkan

Jadi bila dah dapat keputusan macam ni barulah anda boleh ke mana-mana mesin ATM yang berdekatan dengan rumah anda untuk keluarkan wang BPN ini untuk kegunaan keperluan anda. Pastikan anda memakai mask untuk ke bank, jaga jarak anda daripada orang lain yang beratur di bank nanti, pastikan anda betul-betul menjaga keselamatan diri daripada virus covid 19 ni.

Nak pesan juga ni, duit tu jangan pula guna untuk bersuka ria, gunakan duit bantuan itu dengan sebaik-baiknya untuk keperluan keluarga sepanjang tempoh PKP ini.

Singki tersumbat merupakan masalah besar dan paling dibenci oleh setiap kaum ibu waktu di dapur apabila melihat singki atau aliran air tersumbat. Keadaan ini boleh memberi tekanan dan hilangkan perasaan kaum ibu untuk membasuh pinggan. Ini akan menyebabkan pinggan mangkuk banyak tidak dibasuh di sinki. Masalah ini haruslah diselesaikan dengan segera.

Tekanan masalah singki tersumbat

Pam atau pencuci khusus biasanya digunakan untuk mengatasi sinki tersumbat tetapi jangan risau bagi kaum ibu gunakan 3 bahan dapur ini untuk membantu anda atasi masalah sinki tersumbat dengan mudah dan pantas tanpa perlu menyediakan pam.

Tiga bahan dapur yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah singki tersumbat ialah Cuka, Baking Soda dan Air Panas. Semestinya setiap dapur rumah memiliki 3 bahan asas ini. Cara-caranya sangat mudah dan tidak menggunakan tenaga keras.

Langkah Pertama:

Sediakan sekurang-kurangnya dua botol baking soda, satu botol cuka dan panaskan air satu bekas. Pastikan anda panaskan air itu sehingga tahap panas yang maxsimum.

Cuka

Langkah Kedua:

Tuang baking soda tadi ke dalam lubang saluran sinki. Kemudian, masukkan cuka ke dalam saluran sinki itu. Tunggu sehingga 5 minit anda akan dapat melihat kemeluapannya. Pada ketika ini, ambil air panas yang anda panaskan itu curah ke dalam saluran sinki. Anda perlu sabar dan lihat hasilnya.

Baking soda

Langkah Ketiga:

Anda boleh tinggalkan kawasan saluran sinki itu dulu untuk teruskan tugasan lain anda di dapur. Bila anda rasa dah cukup 30 atau 45 minit anda tinggalkan kawasan saluran itu, pergi balik pada saluran sinki dan periksa keadaan saluran sinki itu untuk melihat hasilnya.

Masukkan bbaking soda dan cuka serta air panas

Anda tidak akan mendapat hasil yang serta merta berubah pada saluran sinki itu. Ianya mengambil masa dalam 30 hingga 45 minit untuk menghasilkan bunyi air mengelegak dan air pada sinki anda akan mengalir sehingga kesemua air yang tersumbat pada permukaan air disedut oleh saluran. Anda boleh lihat sinki anda tiada lagi takungan air yang tersumbat dan anda boleh meneruskan urusan mencuci pinggan seperti biasa.

Sekiranya anda takut singki anda tersumbat lagi, pastikan anda membuang sisa makanan ke dalam tong sampah terlebih dahulu sebelum terus meletakkan pinggan makanan yang mengandungi sisa makanan ke dalam singki. Malahan, elakkan membuang sisa minyak ke dalam singki kerana ia boleh menyebabkan singki lebih mudah tersumbat. Keadaan inilah yang membuatkan singki anda senang tersumbat. Jadilah pengguna bijak supaya ianya tidak menyusahkan anda. Saluran singki yang baik memudahkan urusan kaum ibu mencuci pinggan di singki dan ini juga boleh mengelakkan saluran pada tempat lain terjejas.

Cara mudah menggunakan 3 bahan dapur ini sangat bermanfaat dan menjimatkan kerana anda tidak perlu memanggil plumber untuk membantu anda menyelesaikan masalah sinki tersumbat. Jadilah kaum ibu yang hebat.

Sekarang,lihatlah perubahan yang berlaku pada singki anda yang tersumbat tadi. Anda pasti akan berasa kagum dan berpuas hati atas usaha anda sendiri untuk atasi masalah singki tersumbat.

GrabCar merupakan kereta persendirian yang didaftarkan untuk mengambil penumpang dengan menerima bayaran daripada penumpang.

Penumpang yang menaiki GrabCar harganya lebih murah berbanding menaiki teksi. Anda boleh menaiki GrabCar pada setiap masa yang anda inginkan. Gunalah GrabCar untuk memudahkan perjalanan anda untuk ke destinasi yang anda ingin tuju.

Bagi memudahkan anda menempah GrabCar, berikut cara-caranya:

  • Install apps GrabCar.
  • Selepas install anda perlu ikuti beberapa langkah mudah untuk memberi maklumat mengenai anda.
GrabCar di Playstore
  • Anda boleh membuat pendaftaran melalui ‘Google, Facebook atau Mobile Number’ untuk login.
  • Isi semua maklumat yang diminta dan tekan next untuk ke paparan yang seterusnya.
  • Jika anda memilih login menggunakan mobile number, nombor pengesahan akan dihantar melalui SMS.
  • Sila semak dan pastikan nombor pengesahan yang didaftarkan sama dengan nombor yang dihantar kepada anda melalui mesej atau email.
Pilihan Login untuk pengesahan
  • Setelah selesai membuat pengesahan, anda boleh mula menggunkan aplikasi GrabCar untuk penempah perjalanan anda.
  • Untuk menempah GrabCar anda hanya perlu memasukkan maklumat yang diminta oleh paparan GrabCar dengan betul seperti maklumat lokasi anda berada ‘pick up’ dan lokasi dimana GrabCar perlu menghantar anda ‘drop off’.
  • Kemudian anda dapat melihat bilangan GrabCar yang berada berdekatan dengan lokasi anda berada.
  • Kadar tambang yang dikenakan akan terus dipaparkan.
  • Sekiranya anda bersetuju dengan kadar tambang yang dikenakan, tekan ‘Book’ untuk mencari dan memulakan tempahan.
  • Pemandu GrabCar yang berada disekitar anda akan memberi tindak balas dengan pantas dan menerima tempahan anda.
  • Tunggu sehingga pemandu GrabCar anda menjemput anda dan selesai.

Jadi, sekiranya anda malas untuk membawa kenderaan sendiri ke sesuatu destinasi anda tidak perlu risau lagi dengan hanya menggunakan aplikasi GrabCar perjalanan anda lebih mudah dan selesa.

Anda tidak perlu lagi risau kerana ada pemandu GrabCar yang akan membawa anda ke destinasi yang ingin dituju dengan harga yang berpatutan.