Author

amyliena izzah

Browsing

Assalamualaikum semua, apa khabar? Semoga sihat hendaknya. Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan ni, nak pergi ke sana ke sini pun susah kan. Jadi hari ini admin nak tunjuk cara bayar bil indah water menggunakan JomPAY secara atas talian. Caranya mudah sahaja.

Pertama sekali, anda perlu mempunyai akaun bank secara atas talian (online) untuk membuat bayaran Bil Indah Water ini. Dalam JomPAY ini bukan sahaja boleh membuat bayaran bil Indah Water, tetapi banyak yang kita boleh bayar melalui JomPAY sepeti membuat bayaran PTPTN, PTPK, dan sebagainya.

Cara-cara nya seperti dibawah:

  • Anda perlu menlog masuk kedalam akaun bank secara atas talian (online banking). Macam admin, menggunakan CimbClicks.
  • Step pertama, cari titik 3 seperti gambar dibawah dan klik pada JomPAY.
  • Seterusnya, isikan detail seperti Biller Code ini (68502). Biller Code ini semua sama ye.
  • Isikan Ref-1 dengan nombor akaun pembentungan anda (boleh dapatkan pada bil Indah Water anda).
  • Isikan Ref-2 dengan nombor telefon anda atau alamat emel anda.
  • Masukkan jumlah bayaran yang ingin dibayar dan klik pada make payment.
  • Semak semula detail seperti Biller Code (pastikan ianya betul IWK SDN BHD), nombor akaun pembentungan di Ref-1, nombor telefon anda di Ref-2 dan juga jumlah yang perlu dibayar.
  • Akhir sekali, anda perlu klik ada Approve untuk mengesahkan pembayaran yang anda ingin lakukan.
  • Dan dah pun siap, mudah je kan. Tak perlu dah kita nak keluar bayar bil, jimat masa, buat dirumah sahaja.

Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, kurangkan berada diluar rumah dan juga ditempat-tempat orang ramai. Keluarlah bila perlu sahaja, beli barang dan balik. Amalkan langkah berjaga-jaga semasa wabak ini dan jangan lupa dengar nasihat pihak kesihatan okay. Semoga semua berakhir dengan segera dan pulih seperti sedia kala, Aamiin.

Untuk pengguna iPhone, seperti yang anda semua tahu, iPhone tidak boleh untuk set ringtone secara percuma seperti Android. Artikel kali ini, admin akan ajar cara-cara untuk set ringtone pada telefon dengan lagu kegemaran anda.

Sebelum itu, anda perlu memuat turun 2 aplikasi yang berbeza. Pertama adalah GarageBand, aplikasi ini anda perlu muat turun menggunakan WiFi oleh kerana GB nya agak besar. Kedua, anda perlu muat turun aplikasi Documents.

Muat turun 2 aplikasi ini ye.

Langkah pertama:

Selepas muat turun 2 aplikasi diatas, anda perlu pergi ke YouTube untuk memuat turun lagu yang anda inginkan sebagai ringtone anda.

Untuk muat turun lagu kegemaran anda boleh layari lama web https://ytmp3.cc/en13/ . Contoh pada link tersebut adalah seperti dibawah. Step ke3 anda perlu copy dan paste link yang anda copy daripada YouTube tadi. Step ke4 anda perlu tekan download sampai ianya keluar seperti step ke5. Selepas itu anda perlu tekan download seperti gambar dibawah.

Selepas selesai muat turun lagu tersebut, ada perlu tekan pada lagu seperti pada step ke6 dibawah dan ianya perlu dimasukkan kedalam folder Documents yang anda muat turun sebentar tadi.

Proses kedua:

Selepas sahaja lagu tersebut sudah masuk kedalam aplikasi Documents, anda perlu ikuti step dibawah untuk membuat ringtone lagu kegemaran anda.

Untuk step ke11 anda perlu klik pada Create Song tersebut dan memilih Audio Recorder. Seterusnya anda perlu klik pada batu bata seperti distep ke12.

Untuk step ke13 sehingga 16 ini adalah untuk anda memasukkan lagu kegemaran yang ingin dibuat sebagai nada dering ataupun ringtone. Pada step ke16 anda perlu menekan sedikit lama untuk ianya dimasukkan diruangan browser seperti step ke17 dibawah.

Pada step ke18, anda boleh cut and trim bahagian lagu yang ingin anda jadikan sebagai ringtone pada telefon bimbit anda. Selepas sahaja anda berpuas hati dengan ringtone yang anda cut and trim, anda boleh save lagu tersebut.

Lepas save lagu tersebut ianya perlu share seperti gambar diatas step ke20 supaya lagu tersebut berada didalam ringtone.

Klik OK untuk ringtone tersebut beraada dialam telefon anda.

Proses ketiga:

Lepas je dah siap save lagu tersebut, anda perlu pergi ke setting pada telefon untuk set ringtone lagu kegemaran tadi. Boleh ikuti step seperti gambar dibawah.

Dannnnn, dah siap. Sekarang pengguna iPhone pun boleh set ringtone sendiri. Adakah anda rasa artikel ini bermanfaat? Jika ya, silakan kongsikan bersama rakan-rakan anda. Selamat mencuba!

Sekarang ni ramai yang nak mohon i-Lestari kan, tapi kebanyakkan daripada anda tiada i-Akaun (KWSP). Jadi harini admin nak ajar cara mudah untuk daftar KWSP i-Akaun secara atas talian (emel). Bila dah ada i-Akaun KWSP senang lah kita nak mohon pengeluaran i-Lestari dan semak statement KWSP kan.

Pertama sekali anda perlu layari laman sesawang KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member . Selepas itu, klik pada daftar sekarang melalui emel. Dan muat turun borang tersebut.

Senarai dokumen yang diperlukan oleh pihak KWSP adalah:

1. Borang permohonan yang lengkap.

2. Salinan kad pengenalan depan dan belakang.

3. Gambar (selfie) bersama dengan kad pengenalan.

4. Bukti pemilikan nombor fon (Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon)

5. Salinan penyata akaun bank

Selepas sahaja dokumen yang diperlukan telah diisi dengan lengkap, anda perlu emel terus ke emel KWSP iakaundaftar@epf.gov.my dengan menggunakan subjek Pendaftaran i-Akaun Ahli (Contoh: Pendaftaran i-Akaun Amy Binti Jomali). Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel, dan anda dinasihatkan agar menyemak notifikasi emel dari pihak KWSP.

Dah pun siap… Mudahkan daftar i-Akaun melalui emel, sekarang anda tak perlu beratur panjang dikiosk KWSP atau bank berdekatan untuk pendaftaran tersebut. Pada masa wabak Covid-19 ni lah, kita tak perlu bersesakkan dengan orang ramai dan kita juga perlu menjaga jarak antara satu sama lain, jaga diri anda okay. #STAYATHOME

Assalamualaikum dan hai semua, apa khabar anda semua sihat? Semoga sihat hendaknya. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mesti ada diantara anda semua nak simpan duit dalam ASNB kan, jadi hari ini admin nak ajar cara mudah untuk anda semua simpan duit di ASNB melalui maybank2u.

Sebelum itu, anda semua perlu mempunyai akaun Maybank2u. Selepas itu anda perlu menlog masuk seperti biasa ke dalam akaun Maybank2u tersebut.

Cara-caranya seperti dibawah:

  • Anda menlog masuk akaun Maybank2u seperti biasa.
  • Pergi ke bahagian Transfer dan klik pada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
  • Seterusnya, anda perlu klik pada NEW ASNB TRANSFER bagi yang pertama kali membuat simpanan melalui Maybank2u.
  • Selepas itu, anda perlu klik pada Amanah Saham Bumiputera seperti step ke3 dibawah.
  • Anda perlu mengisi detail anda seperti Nombor IC, Membership No ASNB dan sebagainya. Nombor ahli atau Membership No anda boleh didapati semasa anda mendaftar akaun ASNB.
  • Sesudah anda mengisi detail anda dengan betul, anda perlu klik Continue untuk step seterusnya.
  • Seterusnya, masukkan jumlah yang anda ingin simpan didalam ASNB tersebut dan klik OK. Minima simpanan untuk satu transaksi adalah RM1.00.
  • Selepas itu, semak semula nama, Membership No dan jumlah simpanan. Pastikan semua detailnya betul.
  • Jika detail pembayaran sudah disemak dan betul, anda boleh klik pada Confirm & Request TAC.
  • TAC akan diberikan melalui SMS nombor yang anda daftar pada Maybank2u.
  • Selepas memasukkan nombor TAC berikut, anda perlu klik OK.
  • Dan pembayaran telah pun berjaya.

Mudah sahajakan untuk membuat simpanan ASNB melalui Maybank2u. Bagi era masa kini, simpanan adalah sangat penting untuk masa depan. Tidak kisah simpanan secara manual iaitu menggunakan tabung yang penting simpanan kita perlu ada.

Jika ada yang belum mempunyai akaun simpanan di ASNB, anda boleh pergi ke pejabat ASNB atau bank yang berdekatan untuk membuka akaun simpanan atau pelaburan. Jadi menabung dari sekarang, dan semoga berjaya.

Hi semua? Apa khabar, anda sihat? Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan ni, nak bergerak pergi bayar bil pun susahkan? Jadi harini admin nak ajar cara mudah bayar bil air menggunakan Touch n Go eWallet hanya dengan 5 cara sahaja.

Sebelum itu, mestilah anda perlu ada aplikasi Touch n Go eWallet. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di Google Play Store bagi pengguna telefon Android dan di AppStore bagi pengguna iPhone. Jika sudah selesai muat turun, anda boleh mendaftar masuk bagi yang belum mempunyai akaun Touch n Go eWallet. Seterusnya anda boleh mengikuti step dibawah.

Sebelum memulakan step dibawah, pastikan bil air anda berada dengan anda untuk memudahkan anda tengok nombor akaun bil air rumah. Jadi dah boleh mula dengan step pertama, anda perlu klik pada Bills yang ada didalam aplikasi Touch n Go eWallet seperti dibawah. Kedua, anda perlu pilih negeri mana yang anda tinggal. Macam admin tinggal di Selangor, jadi admin memilih Air Selangor.

Ketiga, anda perlu memasukkan nombor akaun bil air rumah dan jumlah yang perlu dibayar seperti dibawah. Keempat, anda perlu tekan next untuk memasukkan 6-digit pin nombor Touch n Go eWallet untuk mengesahkan bayaran.

Dan dah pun selesai buat bayaran bil air tersebut. Mudahkan? Dengan keadaan semasa perintah kawalan pergerakan ini, kita tak perlu keluar beratur untuk membuat apa-apa bayaran. Kita dah pun mengelak daripada berkumpul beramai-ramai. Semuanya dihujung jari. Selamat mencuba ye! #STAYATHOME #JAGADIRI

Mesti anda tertanya-tanya, bagaimana cara buat duit tanpa mengeluarkan modal? Hari ini, admin nak ajar cara macam mana nak mendapatkan duit dengan satu aplikasi hanya menggunakan telefon bimbit anda.

Ikuti langkah-langkah mudah ini:

  • Pertama sekali anda perlu muat turun aplikasi Cashzine di Google Play Store atau BuzzMatch di AppStore. Dua aplikasi ini adalah sama.
  • Setelah muat turun aplikasi tersebut anda perlu mendaftar masuk dahulu. Anda boleh mendaftar masuk melalui Emel anda.
  • Cara cara nya seperti dibawah:
  • Selepas sahaja anda telah mendaftar masuk, anda akan mendapat link pengesahan yang dihantar ke emel yang anda daftar sebentar tadi.
  • Emel itu anda perlu menyemak di Spam/Junk emel anda.
  • Selepas itu, anda perlu tekan pada link tersebut dan ianya akan berikan satu notifikasi Verification Success, itu bermaksud akaun anda telah berjaya didaftarkan.
  • Anda perlu klik OK sahaja.
  • Selepas itu, anda perlu pergi ke aplikasi tersebut untuk melog masuk akaun yang baru sahaja didaftarkan tadi. Isikan emel anda dan juga kata laluan.

Seterusnya bermula lah kisah untuk anda mendapatkan wang tersebut.

  • Pertama sekali untuk anda mendapatkan coins tersebut anda perlu memasukkan Invitation Code pada gambar diatas (Step 6).
  • Invitation Code adalah 5710685, lepas anda masukkan invitation code tersebut anda telah dapat sebanyak 800 coins.
  • Anda boleh juga memberi Invitation Code ini kepada rakan rakan lain untuk mereka mendapatkan 800 coins.

Untuk mendapatkan coins dengan lebih banyak anda perlu scroll sahaja artikel yang ada didalam aplikasi Cashzine atau BuzzMatch ini. Satu artikel mempunyai sebanyak 50 coins. Anda juga boleh memilih jenis artikel seperti contoh; Lifestyle, Food, Health, Sport dan sebagainya.

  • Apabila anda pilih satu artikel, secara automatik coins anda bergerak sehingga ianya keluar seperti gambar dibawah.
  • Anda boleh menyambung membaca artikel lain untuk mendapatkan coins dengan lebih banyak.
  • Anda juga boleh kongsi link artikel yang anda baca kepada rakan anda.
  • Jika rakan anda membaca artikel tersebut anda juga akan mendapat sebanyak 30 coins.

Untuk pengetahuan anda, coins yang telah dikumpul sebanyak 16,000 coins ianya bersamaan dengan RM1.00. Jadi duit ini juga boleh dikeluarkan apabila cukup matang dan minima pengeluaran adalah sebanyak RM1 dan ianya mengambil masa 1-5 hari bekerja.

Senangkan cara ni, kita boleh membaca isu semasa negara, tentang Sport, Lifestyle, Health, Food dan sebegainya dengan aplikasi ini dan boleh menjana pendapatan tambahan. Selamat mencuba….

Teknologi sekarang amatlah mudah, semua pembayaran boleh dilakukan secara atas talian. Artikel kali ini akan mengajar anda cara yang sangat mudah untuk membuat bayaran Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Pertama sekali, anda semua perlu ada akaun bank secara atas talian, contohnya seperti CIMB Click. Anda perlu melog masuk kedalam akaun bank anda. Selepas itu, klik pada step kedua dan ketiga seperti gambar dibawah.

Seterusnya anda perlu mengisi Biller Code PTPK iaitu 58966, pilih akaun bayaran dan tarikh bayaran. Tekan proceed untuk step kelima dan keenam.

Selepas itu, masukkan Ref-1 iaitu nombor akaun PTPK anda, dan Ref-2 nombor kad pengenalan anda seperti contoh dibawah. Seterusnya anda perlu mengisi jumlah bayaran yang ingin dibuat dan tekan pada make payment. Sebelum itu, pastikan juga Biller Code adalah betul ya!

Akhir sekali, anda perlu klik pada butang approve untuk pembayaran tersebut.

Dan siapppp! Bayaran anda akan mengambil masa beberapa hari untuk diproses. Jadi selepas itu, anda boleh membuat semakan dilaman web rasmi PTPK http://apps1.ptpk.gov.my/penyataonline/login.php . Pastikan anda bayar menggunakan sumber yang sah ya! Mudah kan? Selamat mencuba~

Mengikut peredaran zaman, banyak laman website sekarang yang memudahkan rakyat Malaysia serta serata dunia untuk membeli barang secara atas talian. Ha! Hari ini saya akan kongsikan cara mudah untuk kita membeli barang daripada lazada menggunakan Touch n Go e-wallet.

Pertama sekali, anda semua haruslah mempunyai aplikasi Touch n Go eWallet tersebut, anda boleh muat turun di Google Play Store atau AppStore. Selepas itu, anda boleh masuk Ladaza yang ada di dalam aplikasi Touch n Go eWallet tersebut. Seperti yang saya bulatkan pada gambar dibawah.

Didalam Lazada tersebut, anda boleh memilih barang apa yang anda ingin beli termasuklah barangan keperluan harian seperti Nescafé, biskut, air mineral dan sebagainya.

Selepas memilih barang yang anda ingin beli, anda perlu log masuk ke akaun Lazada melalui aplikasi Touch n Go eWallet.

Selepas itu, anda perlu memasukkan alamat, nombor telefon dan email yang betul untuk proses penghantaran.

Seterusnya, anda perlu place order seperti yang saya bulatkan dalam gambar diatas dan memilih Touch n Go eWallet untuk bayaran pembelian. Pastikan baki anda mencukupi sebelum membuat pembelian. Anda boleh tambah nilai akaun anda menggunakan credit/debit card atau pun secara atas talian (online banking).

Selepas itu, anda perlu tekan pay now serta agree and pay seperti gambar dibawah untuk proses penerimaan bayaran daripada pihak Touch n Go eWallet.

Dan akhir sekali, anda akan dapat notifikasi diaplikasi Touch n Go eWallet yang menunjukkan bayaran anda telah berjaya dibuat. Anda juga boleh menyemak diaplikasi Lazada untuk maklumat semasa barang yang anda beli, pastikan anda menggunakan ID yang sama ketika beli di aplikasi Touch n Go eWallet ya!

Haaa, dah siap! Mudahkan beli barang zaman sekarang ni? Semuanya diatas talian. Tapi ingat, berbelanja lah dengan sederhana, jangan boros ya. Bye semua selamat bershopping!

Sebelum saya memulakan artikel ini, saya ingin bertanya terlebih dahulu. Pasti anda semua pernah merasai pengalaman belajar kan? Diantara anda semua juga mesti ramai yang mengambil pinjaman PTPTN. Artikel ini akan mengajar anda cara mudah untuk membuat bayaran PTPTN secara direct debit tanpa perlu pergi ke kiosk untuk bayaran bulanan.

Caranya mudah sahaja, anda perlu log masuk ke dalam laman rasmi PTPTN. Pastikan anda menggunakan Mozilla Firefox untuk permohonan ini.

Sesudah anda log masuk ke dalam laman web tersebut, anda perlu pergi ke bahagian kiri laptop atau pc anda iaitu di penyata baki seperti digambar bawah.

Selepas itu, anda perlu klik permohonan direct debit untuk memulakan proses. Bayaran pendahuluan dikenakan sebanyak RM1 sahaja untuk proses bayaran secara direct debit ini. Bayaran ini diboleh dibayar secara atas talian.

Langkah 2

Seterusnya anda perlu klik pada permohonan baru. Dan isi butiran anda seperti jumlah bayaran yang ingin ditolak untuk setiap bulan. Anda perlu mengisi jumlah bayaran jika anda ingin membayar lebih daripada jumlah yang dipaparkan.

Langkah 3

Kemudian, anda perlu isi maklumat seperti no telefon, emel dan amaun bulanan. Tanda di kotak pengesahan maklumat dan terma & syarat. Dan klik simpan.

Langkah 4

Semak maklumat yang dipaparkan dan klik pada pengesahan maklumat akaun bank seperti dibawah. Pastikan nombor telefon anda aktif untuk mendapatkan TAC bagi membuat pembayaran pertama iaitu RM1. Email anda juga perlu aktif untuk mendapat notifikasi tentang bayaran yang telah ditolak secara auto setiap bulan.

Langkah 5

Selepas itu, anda perlu membuat bayaran RM1 wang pendahuluan melalui FPX. Isikan detail bank akaun, emel, dan klik pada kotak pengesahan dan bayar dengen FPX.

Langkah 6
Resit bayaran akan dipaparkan setelah bayaran berjaya dibuat.
Langkah 7

Setelah permohonan berjaya, anda perlu mencetak permohonan tersebut untuk simpanan. Penolakan akan dibuat sebulan selepas permohonan dibuat. Pastikan baki dalam akaun bank anda mencukupi untuk penolakan tersebut.

Itu sahaja langkah yang diperlukan. Senang kan? Lepas ini dah tak perlu beratur ke kiosk untuk membuat bayaran pinjaman.

Hi semua, seperti yang kita semua tahu sekarang dunia mengalami Pandemik wabak Covid-19. Jadi kerajaan Malaysia ingin meringankan beban rakyat dengan cara rakyat Malaysia boleh mengeluarkan duit daripada akaun 2 (KWSP) maing-masing.

Artikel ini akan mengajar anda cara mudah untuk memohon pengeluaran I-Lestari (KWSP) akaun 2 secara atas talian (online).

Pertama sekali, anda semua perlu mempunyai i-Akaun (Member). Jika tiada, anda perlu pergi ke bank untuk memohon i-Akaun atau kiosk KWSP yang berdekatan. Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login . Selepas itu, anda perlu log masuk ID dan kata laluan seperti gambar dibawah.

Selepas sahaja anda log masuk ke dalam i-Akaun tersebut, pertama sekali anda akan nampak baki akaun KWSP 1 dan 2 anda. Kerajaan hanya membenarkan pengeluaran untuk akaun 2 sahaja.

Gambar diatas adalah benda pertama sekali yang anda akan lihat selepas anda log masuk. Di sini anda boleh melihat baki akaun KWSP anda. Minima baki akaun 2 anda perlulah ada sebanyak RM50 dan had maksimum pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan. Jadi, kalau baki akaun 2 anda kurang daripada RM6000, anda boleh mengeluarkan duit daripada akaun 2 minima sebanyak RM50 sebulan.

Selepas itu, anda perlu cari withdrawal disebelah kanan laptop/telefon bimbit anda untuk permohonan I-Lestari ini. Boleh rujuk gambar dibawah yang warna ungu tu ye.

Disini ya withdrawal tersebut

Seterusnya anda akan nampak new application (seperti gambar dibawah), di new application anda perlu memilih I-Lestari untuk pengeluaran (KWSP) akaun 2 seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri Malaysia.

Selepas itu juga, anda akan dapat satu notis syarat untuk permohonan I-Lestari, anda hanya perlu menekan OK untuk langkah seterusnya.

Ha ini dia notis tu.

Seterusnya anda akan berada dilangkah yang kedua dimana anda perlu mengisi jumlah yang anda ingin membuat pengeluaran, minima RM50 sebulan dan maksima RM500 sebulan selama 12 bulan. Di langkah ini juga anda perlu mengisi nama dan nombor bank yang anda ingin membuat mengeluarkan duit tersebut. Pastikan akaun bank tersebut aktif.

Untuk step ketiga pula, anda perlu menyemak semula nama, no IC, alamat, no telefon untuk TAC, email, jumlah yang anda ingin membuat pengeluaran, bank serta nombor akaun anda. Juga anda diminta untuk tick pada kolum dibawah yang menyatakan anda setuju dan terima untuk memohon pengeluaran ini.

Seterusnya anda perlu, memohon dan memasukkan nombor TAC untuk mendapatkan kod pengesahan seperti gambar dibawah.

Selepas sahaja memasukkan kod TAC, ini bermaksud anda telah berjaya membuat permohonan pengeluaran I-Lestari (KWSP) akaun 2 dan ianya akan keluar pengesahan seperti dibawah. Anda boleh mencetak pengesahan tersebut. Juga boleh menyemak di inbox i-Akaun anda untuk notifikasi permohonan diterima oleh pihak KWSP.

Bayaran akan dibuat bermula bulan Mei 2020, jadi anda perlu jimat berbelanja pada masa yang agak kritikal ini. Sentiasa menjaga kebersihan dan duduk dirumah.