Cara

5 Cara Mudah Bayar Bil Air Menggunakan Aplikasi Touch n Go eWallet

Pinterest LinkedIn Tumblr

Hi semua? Apa khabar, anda sihat? Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan ni, nak bergerak pergi bayar bil pun susahkan? Jadi harini admin nak ajar cara mudah bayar bil air menggunakan Touch n Go eWallet hanya dengan 5 cara sahaja.

Sebelum itu, mestilah anda perlu ada aplikasi Touch n Go eWallet. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di Google Play Store bagi pengguna telefon Android dan di AppStore bagi pengguna iPhone. Jika sudah selesai muat turun, anda boleh mendaftar masuk bagi yang belum mempunyai akaun Touch n Go eWallet. Seterusnya anda boleh mengikuti step dibawah.

Sebelum memulakan step dibawah, pastikan bil air anda berada dengan anda untuk memudahkan anda tengok nombor akaun bil air rumah. Jadi dah boleh mula dengan step pertama, anda perlu klik pada Bills yang ada didalam aplikasi Touch n Go eWallet seperti dibawah. Kedua, anda perlu pilih negeri mana yang anda tinggal. Macam admin tinggal di Selangor, jadi admin memilih Air Selangor.

Ketiga, anda perlu memasukkan nombor akaun bil air rumah dan jumlah yang perlu dibayar seperti dibawah. Keempat, anda perlu tekan next untuk memasukkan 6-digit pin nombor Touch n Go eWallet untuk mengesahkan bayaran.

Dan dah pun selesai buat bayaran bil air tersebut. Mudahkan? Dengan keadaan semasa perintah kawalan pergerakan ini, kita tak perlu keluar beratur untuk membuat apa-apa bayaran. Kita dah pun mengelak daripada berkumpul beramai-ramai. Semuanya dihujung jari. Selamat mencuba ye! #STAYATHOME #JAGADIRI

Si Penulis Terjun

Write A Comment